Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pendidik

TAKTIK BALIK ASRAMA SECARA HALAL : GOSOK DAHI SAMPAI PANAS

Gambar hiasan semata-mata Hari Sabtu lepas ketika kelas tambahan pagi, aku ditugaskan di kelas tingkatan 1 Warsy. Pelajar tingkatan 1 baru saja datang dan sudah hampir seminggu berada di sekolah dan juga asrama. Aku tengok ramai yang nampak gembira dan ada juga yang berwajah sayu. Mungkin teringatkan mak ayah di rumah. Ataupun teringat handphone yang ditinggalkan oleh mereka. Habis segala game tidak dikemaskini. Itulah cabarannya. Cabaran semasa zaman kita di bangku tingkatan 1 dengan zaman pelajar tingkatan 1 di tahun 2021. Ada halangan. Ada cabaran biarpun bentuknya berbeza-beza. Emosi yang kental saja dapat mengharunginya. Kelas hampir tamat dalam 15 minit lagi. Aku mencapai buku kedatangan dan mula memanggil nama setiap pelajar yang tertera di dalam buku tersebut. Tiap kali aku menyebut nama pelajar, aku akan perhatikan wajah pelajar tersebut. Bukan untuk membaca air muka mereka sama ada mereka ini sedang teringatkan mak ayah di rumah atau teringatkan Mobile Legend mahupun PUBG yan

PERSEKOLAHAN PERTAMA SESI 2021

Hari ini, persekolahan sesi 2021 bermula biarpun seluruh negara kecuali Sarawak menjalani PKP. Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, cuma pelajar tingkatan 5 dan 4 sesi 2020 yang diwajibkan hadir. Tingkatan 4 meneruskan peperiksaan percubaan SMTQ yang tertangguh. Ada beberapa kertas lagi yang belum diselesaikan. Menunggu peperiksaan sebenar yang bermula pada 26 Januari nanti. Bermula dengan mata pelajaran al-Quran. Harapnya bersedia semua. Manakala tingkatan 5 meneruskan pengajian bersemuka bersama para guru. Persediaan menghadapi SPM tidak lama lagi. Mudir baru, Ustaz Othman Bin Lah menghantar pesanan, meminta semua pelajar menjaga SOP untuk mengelakkan dijangkiti COVID-19. Mana-mana yang dijangkiti semasa peperiksaan, bermakna tiada lagi peperiksaan buatnya. Mereka perlu ulang tahun, dua kali di tingkatan lima. Tambah beliau lagi, para guru lebih-lebih lagi kena jaga SOP. Tunjuk contoh yang baik kepada pelajar. Baiklah tuan mudir. Kantin huru-hara hari ini. Tender baru, Zara Ikhtiar Ente

MICROPHONE TAK BUNYI UNTUK GOOGLE MEET? BOLEH CUBA CARA INI

Musim PKPB, cikgu-cikgu sibuk nak buat kelas online. Walaupun tak semua pelajar yang join kelas online, bagi pihak guru, pengajaran tetap kena teruskan. Itu tanggungjawab. Aku cuba juga berjinak dengan kelas online. Salah satunya adalah menggunakan google meet. Banyak kali aku cuba guna google meet dekat PC, tapi bila guna, ada masalah mic tak berbunyi. Aku beli headset sekali dengan mic. Baru lagi. Mustahil rosak macam tu. Mic bukan kaleng-kaleng. Jenama HyperX. Nak beli mic baru, macam tak cukup sen lagi. Aku cuba minta bantuan google. Taip 'mic problem with google meet' . Memang keluar banyak hasil carian. Aku baca cepat-cepat. Ramai yang complain dan aku rasa ini adalah memang silap dan kekurangan dari google meet. Aku buat kesimpulan yang google meet dekat PC ni memang ada masalah dengan mic! Selang seminggu dua, aku godek dan godek google. Ada la satu jalan penyelesaian dan aku cuba dekat google meet. Terus menjadi. Ini selepas beberapa kali berputus asa dan dan sudah ada

PdPR : KELAS HAFAZAN AL-QURAN SECARA ONLINE DI RUMAH

Langkah untuk memastikan pelajar tidak menipu Sekolah sudah ditutup bagi semua negeri biarpun negeri tersebut tidak melaksanakan PKPB. Sekolah ditutup bukan bermakna murid dan guru bercuti. Ini bermakna kena teruskan pembelajaran dan pengajaran secara atas talian seperti awal-awal musim PKP baru-baru ini. Bekerja di rumah. Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR). Ikutkan takwim baru yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini, sekolah akan mula bercuti pada 17 Disember. Disebabkan sekolah terpaksa ditutup gara-gara COVID-19, pembelajaran dan pengajaran terpaksa diteruskan juga sehingga 17 Disember 2020. Ini adalah salah satu cara kerajaan untuk memastikan rakyat tidak ketinggalan dalam pendidikan. Semua sudah maklum bila buat kelas atas talian akan ada pelbagai masalah. Masalah capaian internet tak laju, murid tak ada peranti, murid tidak beri kerjasama dan macam-macam lagi masalah yang wujud dan baru diwujudkan sama ada dari pihak murid ataupun

KANTOI MENIPU; MURABBI PERLU DOAKAN YANG BAIK-BAIK

Secebis padang untuk sisa rumput tumbuh di MTAQA Ini adalah kisah daripada emak pelajar sendiri. Untuk sepanjang PKPP ini, sekolah masih lagi tidak dibuka dan pelajar tingkatan 1-4 meneruskan pembelajaran dari rumah. Untuk pelajar tahfiz, sesi tasmi' secara online berjalan sejak awal PKP lagi dan diteruskan sehingga kini. Banyak cabaran, dan banyak juga halangan sebenarnya untuk menjayakan sesi tasmi' secara online ini. Ye lah, benda ini adalah benda baharu. Normal baharu untuk pelajar mahupun para guru. Apa pun, tasmi' mesti diteruskan untuk anak-anak tahfiz. Nak dijadikan cerita, ada seorang ibu pelajar tingkatan 2 ni mesej aku. Bertanya ada tak Ustaz B yang merupakan rakan sekerja aku ni bercerita tentang anaknya. Aku cuma menjawab tak ada dan sememangnya tak ada. Rakan sekerja aku tu pun jarang nak bersua sekarang memandangkan masing-masing buat kelas di tempat masing-masing. Kalau selisih pun ketika nak thumbprint.  KANTOI Aku membalas mesej mak pe

JUMAAT PERTAMA DI BUMI ASRIAH

Fauzan di hadapan menyampaikan khutbah Jumaat Malaysia sekarang dalam tempoh pemulihan yang diberi nama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung virus COVID19 yang mula tular pada Mac lepas. Pun begitu, sepanjang PKPP ini, masjid telah dibuka dan orang ramai boleh solat jemaah di masjid. Begitu juga dengan solat Jumaat, namun ianya terhad sehingga masjid penuh sahaja dengan penjarakan 1 meter antara seorang dengan yang lain semasa di dalam masjid. SOLAT JUMAAT DENGAN PENJARAKAN 1 METER DI MASJID Bermakna, sekiranya solat Jumaat, tak semua orang yang berada di mukim tersebut dapat solat Jumaat. Sebab biasanya kita lihat, masjid sentiasa penuh pada solat Jumaat. Jadi, sekiranya dijarakkan 1 meter antara seorang dengan seorang yang lain, bermakna hampir separuh sahaja yang boleh hadir berbanding kapasiti asal yang dapat memuatkan jemaah. Berbalik kepada asrama sekolah tempat aku bekerja, pelajar di sini cuma berjumlah 37 orang sahaja. Hendak ikut keb