Skip to main content

Posts

KEINDAHAN PANTAI SEPAT, KUANTAN

Hari Isnin sempena Hari Raya Deepavali, rancangan untuk ke Kuantan nampaknya berjaya. Rancangannya adalah untuk ke Pantai Sepat, kemudian terus pergi ke Zoo Teruntum untuk melihat haiwan-haiwan yang melata di sana. Alhamdulillah, cuaca pada hari itu mendung sedangkan semalamnya hujan dengan selebat-lebatnya di kawasan Muadzam Shah.  Aku sekeluarga bertolak dari Muadzam pada jam 9.40 dan perjalanan sejauh 100 KM lebih ditempuh dengan tenang dan lancar. Tidak ada sangkut dalam kesesatan dan kesesakan jalan raya. Ketika ini, google maps memainkan peranan penting sebab ini adalah kali pertama aku ke Pantai Sepat. Tahu nama Pantai Sepat pun lepas search google dengan menaip ‘tempat-tempat menarik di Kuantan’. Sampai di Pantai Sepat, aku terus park bersebelahan dengan pagar masjid. Awal aku park sebab aku tengok banyak khemah-khemah yang dipacak di bawah pokok di belakang masjid. Aku fikir, mungkin depan sana semua tempat parkir sudah penuh. Elok sahaja aku parkir, tidak perlu nak berebut-re

ABANG BOMBA

Perasan segak dengan uniform bomba! Tidak pernah terfikir dan juga terlintas dalam fikiran yang aku akan menyarung uniform lengkap seorang bomba. Dulu, pernah ada cita-cita untuk menjadi askar. Pakai celoreng, masuk hutan, mengendap dan menyorok dari musuh, kemudian bertempur dengan pistol dan juga senapang. Tapi itu ketika masih lagi zaman kanak-kanak yang terpengaruh dengan cerita Arnold Schwarzenneger dalam movie setiap Rabu pada pukul 10.00 malam. Kemudian, cita-cita itu lebur bersama masa yang bergerak tanpa henti yang seiring dengan fikiran turut menjadi matang. Terpengaruh juga dengan kata-kata kawan yang jadi askar boleh cepat mati. Askar akan berada di barisan yang paling hadapan bila mana berperang. Bila di barisan hadapan, bila kena tembak, yang depan akan tumbang terlebih dahulu. Darah membuak merata-rata, ambulans tidak dapat nak menolong, akhirnya rebah menjadi mayat. "Mu nak mati awal ke jadi askar?" soalan ini pernah dilontarkan kepada aku. Ahh... sudah. Tukar

HIKING KE GUNUNG BAH GADING & AIR TERJUN TIGOK PART 1

Lama berehat dari dunia hiking. Awal tahun 2020, naik Kem Baha, kemudian kahwin, kemudian PKP melanda negara dan masa terus berlalu hingga ke tahun 2022. Dan sekarang, Ogos 2022. Aku berani menyahut cabaran untuk mengikuti trip mendaki ke Gunung Bah Gading yang terletak di daerah Bidor, Perak. Hampir 2 tahun tidak aktif hiking, jiwa memberontak untuk masuk ke hutan dan memerah keringat untuk ke puncak gunung. Ada yang cakap Gunung Bar Gading, ada yang cakap Bah Gading. Entah mana satu yang betul. Yang penting, dekat belakang, bunyinya adalah GADING! Bentuk gunung semacam gadingkah? Atau banyak binatang bergading yang ada dalam trek pendakian untuk ke puncak? Apakah yang menyebabkan gunung tersebut dipanggil dengan gunung Bah Gading? Wallahu a’alam. Setakat ni tidak ada jawapan yang betul-betul tepat. Mengikut trip yang dianjurkan oleh Mors untuk kali yang ketiga. 2 kali sebelum ini adalah trip CBL dan trip Gunung Tahan Merapoh – Merapoh. Malangnya trip kali ini gogonya iaitu

CAMPING DI KG. DUSUN, KUALA MU, SUNGAI SIPUT, PERAK

Hajat dan rancangan untuk datang ke Kuala Mu memang sudah lama, tapi masih belum sampai juga. Akhirnya, minggu ini tercapai hajat untuk berkhemah di Kuala Mu, Perak. Ya, la. Kuala Mu sejak beberapa tahun yang lepas tular tentang keindahan tempatnya. Ada sungai yang airnya jernih mengalir dari puncak bukit. Kiri kanan ada chalet yang diperbuat daripada buluh dan berbumbungkan atap nipah. Pagi-pagi ada kabus yang memutih memenuhi perkampungan tersebut. Tengok gambar pun dah tahu tempat itu adalah tempat impian untuk semua pencinta aktiviti outdoor. Buka je pintu chalet atau pondok, terus nampak air sungai yang mengalir. Bunyi derunya sungguh mengasyikkan sambil sinar matahari mengintai di celah bayang-bayang daun pokok. Bayangkan tidur malam dengan suhu yang sejuk mencecah 17c bertemankan dengan bunyi deru sungai yang mengalir di celah-celah batu. Iramanya sungguh mengasyikkan! Hari Jumaat lepas, usai saja solat Jumaat, terus kami bertolak ke Kuala Mu. Hanya aku dan Mat Yi. Berdua sahaja

KITAB TAFSIR BERBAHASA ARAB SIAP DIBACA OLEH ORANG LAIN. KITA CUMA DENGAR

"Bila masuk bulan puasa ni, rasa nak tadabbur al-Quran dengan baca tafsir bahasa Arab. Tapi... tak ada masa pula." Sesiapa yang ada masalah di atas, ada satu website yang berkongsi kitab tafsir dalam bahasa Arab sebanyak 8 buah. Boleh pilih mana-mana kitab tafsir, kemudian ada suara yang tolong bacakan kitab tersebut; satu perkataan demi satu perkataan dengan jelas. Jangan risau kerana suara tersebut adalah suara lelaki. Garau. Setakat ini, cuma ada tafsir yang ringan dan ringkas sahaja. Mungkin sesuai untuk didengar ketika berada dalam kereta atau mana-mana keadaan yang dirasakan sesuai. "Betul ke dia baca kitab dari awal hingga akhir? Banyak juga tu. Tak penat ke dia?" "Cuba la dengar. Ana baru dengar setakat Surah Al-Fatihah." Boleh tekan link ini. https://read.tafsir.one/

TANGMO NIDA? BANJIR KILAT DI LEMBAH KLANG PADA 7 MAC 2022

Foto : BERNAMA Apa yang hangat pada minggu ini adalah berkenaan dengan kematian Tangmo Nida, seorang artis dari Thailand. Dikatakan kematiannya itu satu konspirasi dan agenda tangan-tangan yang mahukan hartanya sehingga sanggup membunuhnya. Entah kenapa ia begitu hangat diperkatakan di media sosial sehingga rakyat Malaysia sendiri turut mengambil bahagian. Ya... memang rakyat Malaysia sememangya rakyat bawang, itu tidak pelik. Jika isu berkenaan artis dan artis tersebut pula lawa, memang menjadi subjek kegilaan bawang-bawang sekalian untuk turut serta menyumbang pandangan dan analisa sehingga kadang-kadang polis terduduk kerana kerja mereka sudah diambil oleh para bawang Malaysia. Tapi, ada isu yang lebih berat dan menyentuh hati yang menimpa rakyat Malaysia pada minggu ini berbanding isu kematian Tangmo Nida. Yang mati tu biarkan mati dan biar polis Thailand buat kerja mereka. Untuk semalam bertarikh 7 Mac, rakyat Malaysia yang berada di sekitar Lembah Klang ditimpa musibah banjir kil

KEDAI MAKAWE DI KG REPEK PASIR MAS - SARAPAN PAGI ALA-ALA WESTERN

  Jarang-jarang ada juga mari rasa nak makan makanan ala-ala western. Makan pula untuk breakfast di waktu pagi. Macam mat salleh pula kan? "Eleh... mana tahu mat salleh pagi-pagi lagi dah makan macam tu?" "Tengok movie Mat Salleh la. Tengok ada babak dia makan macam tu. Ada hotdog ada cheese, kira makanan Mat Salleh la tu." Untuk orang Pasir Mas yang nak sarapan ala-ala western tu, boleh cuba makan di Kedai Makawe yang terletak di Kampung Repek, Pasir Mas. Kedai dia kecil sahaja tapi berada di tepi jalan utama. Mudah untuk dilihat. Ada kain rentang yang besar bertulis Kedai Makawe. Nama kedai bunyi Kelantan kan? Tapi makanan dia memang boleh dipuji. Semuanya sedap! Macam makan dekat Amerika. "Makawe tu sempena nama dia Mak Awe." "Bukan, Makawe tu maksudnya Ma Kawe (Ma Saya)." Pernah sekali nama Kedai Makawe menjadi pertikaian. Ada yang berpendapat maksudnya adalah Mak Awe. Kelantan memang selalu letak Mat dekat depan kalau nama lelaki. Kalau pere