Skip to main content

Posts

DIARI PKP : PART 6 - BERAPA HARGA SERVIS AIRCOND?

Aku bertanya kepada Rahim, berapa harga yang dia kenakan untuk servis dan pemasangan penyaman udara. Aku juga ada tanya berapa caj yang dikenakan untuk kerja-kerja wiring. Bila dengar jawapan Rahim, aku termenung. Mataku merenung siling. Hati aku bertanya sendiri, ‘Tak mahal ke harga tu?’ Lama tunggu. Senyap. Tak ada jawapan dari hati. “Hing, tak terik ke harga demo kenakan untuk buat kerja servis aircond?” Aku menanyakan kepada Rahim. ‘Terik’ adalah istilah yang selalu digunakan dalam loghat Kelantan untuk menggambarkan sesuatu benda itu mencapai hadnya yang tertinggi. Terik. Tegang. Kalau berkenaan harga; ‘teriknya harga’ membawa maksud, ‘mahalnya harga’. “Kalau demo? Demo rasa terik ke harga tu?” Rahim menanyakan aku kembali. “Tak tahu juga Hing. Macam terik. Tapi kawe tak biasa dalam bidang ni. Apa benchmark demo dalam menetapkan harga dalam bidang ni, kawe tak tahu.” “Benchmark ya? Hmmm…” Rahim berfikir sendiri. “Kawe sebenarnya ikut harga orang lama. Orang lama adalah orang-orang

DIARI PKP : PART 4

“Erm… benda ni tak bersabit dengan wali. Ni namanya pengalaman. Kalau demo acap kali servis aircond, jadi mudah la nak buat.” “Jadi, demo bukan wali la?” “Demo ni banyak tanya la!” Nada Rahim sedikit tinggi. Dia marah ke? Kalau mudah marah, mudah melenting, bukan perangai wali. Setahu aku, wali ni tak ada had dan batas kesabarannya. Aku senyap. Biasanya amat jarang bila usia dewasa sebegini tapi masih kena marah. Body indoor aircond dicabut oleh Rahim. Nampak senang betul Rahim cabut. Mungkin salah satu dari karamah orang yang bergelar wali. Aku perhati Rahim. Dia angkat sedikit body aircond kemudian tarik keluar sehingga paip gas dan paip saliran air di sebelah luar turut ditarik bersama dengan body aircond. “Body aircond ni dia sangkut atas tapak yang sudah di’drill’ di dinding. Nak cabut, kena angkat, kemudian tarik keluar.” Rahim menjelaskan. Nada suaranya mendatar sahaja. “Ooo… begitu. Holder kan nama tapak dia tu? Baik… baik.” Reaksi sopan aku berikan pada penjelasan Rahim. “Ambi

AYAH SUDAH PERGI

Tempat di mana ayah ditanam Jumaat, 2 Julai 2021. Usai azan Zohor, ‘Ayah’ (datuk) telah menghembuskan nafas yang terakhir. Pergi meninggalkan dunia untuk menghadap Allah, Tuhan Yang Maha Menghidup dan Maha Mematikan. Hari yang baik dan hari yang penuh berkat ayah meninggalkan dunia. Dunia fana, dunia penuh tipu. Moga-moga roh ayah diampuni dan dirahmati oleh Allah. Ayah adalah panggilan kepada datuk aku yang sebelah ibu. Sudah seminggu ayah terlantar di atas katil. Tiada kudrat dan tiada upaya untuk bergerak. Jika tidak dipimpin, tidak dipapah, maka ayah akan lesu di pembaringan. Dua tiga hari sebelum Ayah pergi, Ayah sudah tenat. Tutur suaranya sudah tidak jelas kedengaran. Malam itu, anak mata hitam ayah terangkat dan cuma nampak mata putih di bawah kelopak mata. Adakah masanya sudah tiba untuk Ayah pergi meninggalkan kami? Umur Ayah masih tersisa. Bukan lagi masanya untuk malaikat maut mencabut nyawa, melepaskan roh dari jasad. Keesokan harinya, Ayah nampak semakin baik. Mampu bertu

DIARI PKP 2021 : PART 5

“Guana demo tengok saja? Tolong la kawe ni. Tolong pegang indoor ni, kawe nak buat masuk cooling coil.” Rahim meminta pertolongan. Selesai masuk cooling coil. Kemudian aku ambil alih untuk pasang semula indoor. Semuanya berjaya dipasang dengan baik. Rasa puas hati. Puas hati dengan diri sendiri. “Hing, cuba tengok, betul ke kawe pasang ni?” “Tak ada skru lebih, kira betul dah tu,” acuh tak acuh Rahim menjawab. Mungkin panas terik matahari mengubah mood Rahim. “Skru lebih tak ada Hing. Ngam-ngam cukup.” “Kalau gitu, demo pasang balik la sebelah dalam tu. Kawe tunggu sebelah luar. Buat sama macam tadi.” Aku masuk ke dalam rumah. Ikut step tadi. Masukkan paip air dan paip aircond ke dalam lubang dan pastikan sangkut indoor atas tapak holder dengan baik. “Sangkut body indoor atas tapak dia kalau rasa lenguh. Selamat dari jatuh terhempas,” pesan Rahim dari luar. Di sebelah luar, rahim menyambung paip aircond dengan outdoor. Kemudian dilepaskan gas aircond dari outdoor supaya gas akan mengal

DIARI PKP 2021 : PART 3

Tangga tolak laras Sebuah banglo berwarna hijau terpacak di hujung jalan. Rahim terus memarkir kereta dia di hadapan rumah. Pagar sudah terbuka luas. Mungkin tuan rumah sudah menjangka kehadiran Rahim. “Mil, hari ni job servis aircond.” Rahim memberitahu aku. “Servis aircond? Haritu kata kerja wiring.” “Aircond jarang-jarang. Wiring kadang-kadang.” Rahim selamba menjawab. “Aii… ajar hing. Kawe tak pandai bab aircond. Basic pun kosong.” “Beres. Jangan kalut. Kawe ajar la.” Seorang lelaki muda keluar dari rumah. Mungkin anak tuan rumah. “Kita mari nak buat kerja ni. Bilik mana yang nak servis aircond tu?” Rahim terus menanyakan lelaki muda tersebut. “Masuk la bang. Bilik saya yang nak servis aircond tu.” Lelaki muda tadi menjawab. Terus di bawa kami ke ruang biliknya. Rahim merenung Aircond berjenama Topaire yang tegak di dinding. Kata nama ‘aircond’ adalah perkataan Bahasa Inggeris. Jika mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ianya adalah penyaman udara. Kalau sebelum ini, istilah lama

DIARI PKP 2021 : PART 2

Pukul 9 pagi, masuk satu panggilan. Terpampang di skrin telefon, ‘Rohing 20’. Angka 20 bukan menunjukkan Rahim berumur 20 tahun, tapi sebagai tanda yang Rahim merupakan senior di zaman sekolah dulu-dulu. “Assalamualaikum Mil. Dah siap ke?” Rahim menghulurkan salam. Aku perhati Rahim, memang setiap kali dia buat panggilan, wajib untuk dia menghulurkan salam terlebih dahulu hatta untuk bercakap beberapa patah perkataan. Ada sekali tu dia menghubungi seseorang, “Assalamualaikum bos, beres.” 3 patah perkataan dan terus dia mematikan panggilan. “Waalaikumusalam Hing. Ya, siap dah. Kawe tengah tunggu demo mari ambil. Sama macam janji demo semalam.” “Mil, tukar plan boleh? Demo mari sendiri. Tempat kerja kawasan Lati. Berasa malas nak ambil demo.” Lati ni memang kawasan rumah Rahim, kalau Rahim nak ambil aku, dia kena menyeberang beberapa kampung untuk pergi dan patah balik semula ke Lati. “Boleh. Kawasan mana Lati tu?” Hari mula-mula kerja, aku tidak cakap banyak. Terus sahaja bersetuju. “Ma

DIARI PKP 2021 : PART 1

Jentera Rahim “Hing, kalau nak pasang plug bahagian dapur rumah kawe tu, berapa demo ambil caj?” Aku melontar satu persoalan kepada Abdul Rahim, tapi selesa dipanggil dengan panggilan Rohing. Rahim sekarang kerjayanya sebagai electrical engineer. Rahim termenung sejenak. Merenung siling sambil jari-jemari mengusap janggutnya yang sejemput. “Biasa kawe duk ambil RM 180 untuk satu plug, tarik wayar dari DB,” Rahim memberi jawapan. “Kalau kawe minta demo buat, boleh?” “Hmmm… berapa plug nak pasang?” “Satu.” “Hmmm… macam ni la. Kawe ajar demo, lepas tu demo pasang sendiri. Boleh?” “Sebenarnya, demo malas nak buat ke kalau satu plug?” Soalan Rahim sengaja tidak dijawab bahkan dilontar pula satu soalan lain. “Bukan. Kawe rasa kalau demo pasang satu plug, 2, 3 bulan lagi demo nak pasang satu plug lagi. Baik demo belajar pasang sendiri. Bila-bila masa demo boleh pasang.” Rahim menjelaskan. “Demo rasa kawe mudah faham ke nak belajar wiring ni? Lepas tu demo rasa kawe boleh buat sendiri ke lepas