Skip to main content

Posts

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

WAKTU OPERASI UTC SELEPAS COVID-19 BERMULA 15 JUN 2020

Berikutan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau dikenali juga dengan nama Abah Din berkenaan pembukaan semula pusat UTC untuk menjana semula ekonomi negara, waktu operasi UTC di semenanjung dan juga Sabah Sarawak turut diseleraskan. Ini bukan bermaksud waktu operasi UTC di semenanjung sama dengan Sabah Sarawak. Di semenanjung ada waktu operasi yang sama di seluruh negeri. Dari Perlis hingga Johor, waktu operasinya sama. Buka pada waktu yang sama, tutup juga pada waktu yang sama. Begitu juga di negeri Sabah dan Sarawak, operasi di dua negeri tersebut selaras keduanya tapi tidak sama dengan semenanjung. Bila waktu Operasi? Maka berikut merupakan waktu operasi UTC untuk tahun 2020 bermula 15 Jun 2020 bagi semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak. Semenanjung Malaysia:- Hari biasa : 8.00 pagi - 9.00 malam Hari minggu : 8.00 pagi - 5.00 petang Sabah dan Sarawak dan W.P Labuan :- Hari biasa dan hari minggu : 8.00 pagi - 5.00 petan

SEKOLAH DIBUKA 24 JUN 2020

Baru sebentar tadi, Menteri Pendidikan, YB. Dr Radzi Jidin mengumumkan yang sekolah akan dibuka pada 24 Jun 2020 dan hanya untuk pelajar yang mengambil SPM, STPM, STAM, SVM dan sijil-sijil antarabangsa yamg setara dengannya. Bagi pelajar lain, mereka masih lagi perlu berada di rumah dan meneruskan pengajian secara atas talian. Bila mereka boleh pergi ke sekolah? Dr. Radzi dalam sidang media tadi memberitahu yang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan pembukaan sekolah kepada mereka ini dari semasa ke semasa. Berdasarkan klu yang diberikan, nampak gayanya pelajar lain akan ‘bercuti’ lebih lama lagi di rumah. Paling awal pun mungkin selepas berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Sibuk sangatkan selalu tanya cikgu, “cikgu... bila cuti?” “Cikgu, esok cekolah tak?” Nah. Ambil lah kamu berapa lama nak cuti. Ingat sedap ke cuti lama-lama? Lain pula bagi cikgu. Mereka ini perlu hadir ke sekolah biar pun mereka tidak mengajar subjek SPM atau

Muliakan Jiran

Dalam kita ghairah ditimbuni nikmat makanan yang beraneka jenis daripada Allah, jenguk-jenguklah jiran kita. Adakah jiran kita perutnya kenyang membuncit ataupun lapar sehingga kepis perutnya. Ada satu hari jiran aku bawa balik aneka durian. Ada durian musang king, tok litok, D24, kunyit, B61, 4G93 dan macam-macam jenis lagi. Durian level kayangan. Kalau ada syarikat perniagaan durian di Bursa Saham, mesti harga tengah top sekarang. Walupun berjarak 20-30 meter dengan rumah jiran, aroma durian sudah menusuk hidung hingga memenuhi ruang rumah aku. Aku tumpang syukur, rezeki jiran haritu dapat makan durian. Aku? Tak apalah.  Sekilo durian musim sekarang ni boleh tahan juga harganya. Lagi-lagi jenis durian yang bertaraf kayangan. Tapi sedih, jiran aku ni tak bertanya sepatah apa pun dekat aku.  “Oii... tak bau durian musang king ke? 10kg kawe beli ni.” “Kawe beli tok litok ni. Sedappp boss. Kunyit pun ada ni. Demo bau saja jah deh.” Apatah lagi dia nak

REVIEW BUKU : BUMI MANUSIA KARYA PRAMOEDYA ANANTA TOER

kulit buku pun dah klasik Bagi yang sudah habis baca segala kitab agama dan buku-buku yang berada di rak buku di ruang tamu rumah tu, boleh cuba tengok atau cuba baca buku karya Pramoedya Ananta Toer ni yang berjudul Bumi Manusia. Watak utamanya bernama Minke, lelaki jawa yang sudah jatuh cinta pada Annelies yang merupakan anak kepada gundik Nyai Ontosoroh, gundik milik Tuan Mellerma yang berbangsa Belanda. Orang kata gundik ini sekadar untuk bersedap-sedap tanpa melalui jalan perkahwinan yang sah. Macam perempuan simpanan gitu. Minke ini pula adalah lelaki jawa tulen yang berketurunan darah pembesar. Cerita ini tak sama dengan cerita Laksamana Sunan ataupun Tombiruo karya Ramlee Awang Mursyid. Cerita ini berlaku ketika zaman Belanda menjajah Indonesia. Kalau sesiapa yang gagal mata pelajaran sejarah, mungkin berada dalam keadaan samar-samar. Tertanya-tanya siapa itu Belanda, apa itu Indonesia. Kalau peminat Arsenal, mereka cuma tahu yang Belanda itu adalah Dennis Bergkamp, t

JOM INFAQ UNTUK PEMBELIAN TANAH MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN AL-ASRIAH

Sekolah ni tak femes pun sebenarnya, tapi ramai yang tak tahu sebenarnya sekolah ini adalah cawangan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulai Chondong. Dan aku merupakan salah seorang pekerja di sana buat masa ini. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2006 disebabkan terlalu ramai permintaan dari dalam dan luar negara yang ingin menjadi pelajar di MTAQ PC. Jadi, dinamakan sekolah ini dengan nama MTAQ BC atau nama rasminya Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, beralamat di Banggol Chicha (BC) Pasir Mas. Nanti kalau permohonan tingkatan satu dah berjaya, ada yang akan ke PC dan ada yang akan ke BC. Jadi, bermulalah perjalanan “Road to Al-Hafiz” mereka seawal tingkatan 1 yang mana sistem pembelajaran yang sama digunakan sama ada di PC atau di BC. Dulu-dulu, pelajar dekat BC ini cuma setakat tingkatan 4. Bila masuk tingkatan 5, mereka punya pas khusus untuk sambung di PC. Ramai antara mereka yang bila dah masuk menjadi pelajar PC, mereka tak mengaku dah mereka ini dulu pel

REVIEW : NASI ARAB MANDY HAJI CHEF FAIZ TERBAIK!

Bagi penggemar Nasi Arab Mandy yang berada di Kelantan, aku cadangkan untuk cuba Nasi Arab Mandy Chef Faiz. Nasi arab dia ni betul-betul sedap dan hampir-hampir nak sama rasanya dengan Nasi Arab yang aku selalu makan semasa belajar di Madinah dulu. Nasi Arab beliau ni, jika dimakan begitu sahaja pun sudah sedap sebenarnya. Tapi, nak rasa yang lebih sedap, boleh request lauk ayam dan kambing. Kalau special lagi, boleh minta lauk arnab. Tapi kalau tak makan daging haiwan darat, boleh request dengan taukey dia nak daging haiwan laut. Dia boleh buat lauk ikan tilapia, ikan merah, ikan keli dan lain-lain ikan yang ada stok dengan beliau. Nasi Arab Mandy dengan Lauk Arnab. Paduuuuu.. Aku cuba lauk arnab haritu memang betul-betul padu. Makan sehingga lupa dunia. Tapi awas!! Arnab tu kalau sekali tengok memang bentuknya macam kucing parsi. Haha. Bau nasi dia sungguh mengasyikkan. Aromanya menusuk hidung, menyebabkan semakin bertamboh selera ketika makan. Kalau nak lagi sedap, semasa makan tu k