Skip to main content

Posts

KEJOHANAN FUTSAL SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PERAK 2024

“Budak ni, kalau dia lemah dalam pelajaran, tak semestinya dia lemah benda lain. “Sekolah kita ni… pelajarnya bukan cerdas sangat otak. Mil, dalam 5 buah sekolah agama dalam daerah, sekolah kita yang paling corot. Dah tak ada pilihan lain baru mereka pilih sekolah kita. “Saya rasa, kalau budak tak boleh dalam pembelajaran, kita cuba ‘channel’ dia untuk berjaya dalam sukan atau kokurikulum,” ujar Wardi memulakan mukadimah. Di depannya ada secawan air suam dan teh o panas. Ini adalah minuman yang biasa dipesan kalau berada di kedai makan. Wardi adalah orang lama di sekolah. Hampir 20 tahun dia berkhidmat di sekolah ini. Kebetulan, ayahnya adalah antara orang penting yang mengasaskan sekolah ini. Dari Sekolah Agama Rakyat, sekarang ini sudah bertukar menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Aku sekadar mengangguk tanda bersetuju dengan pandangannya. Memang betul, tak bermakna jika seseorang lemah dalam pelajaran, bidang lain pun dia turut lemah. Kalau semua orang bijak pandai, nanti siapa ...

KENDURI ABDULLAH ZAID - PART 2

“Eh, kita ada 2 tempat ni. Rumah Yid dengan rumah Lih.” Aku mengingatkan Bakari dan Muzakkir. “Pastu… nak pergi yang mana dulu?” Tanya Muzakkir. “Pergi rumah Yid dulu la. Balik kita singgah rumah Lih.” Bakari memberi kata putus. “Boleh juga. Kena pergi rumah Yid dulu sebab Jes dari tadi lagi tunggu kita.” Aku mengiyakan keputusan Bakari. Dan memang kebiasaannya, pembuat keputusan adalah Bakari. Kalau tanya Muzakkir, jawapan dia senang sahaja. “Atas mu belaka. Aku ikut je.” “Mu on, aku on.” “Mu gi, aku follow.” Dan paling susah dia nak buat keputusan adalah bila ditanya, “Nak pergi makan kedai mana ni?” Maps menunjukkan sudah sampai di rumah Abdullah Zaid. Kami semua turun dari kereta. “Eh, betul ke rumah Yid ni? Tak ada kelibat Yid pun.” Muzakkir mula sangsi. “Kalau ikut maps, betul dah ni.” Aku bahagian tengok maps cuba memberi kepastian. Telefon bergetar. Amjes membuat panggilan. “Mari masuk ni. Aku nampak dah sek mu. Mari!!” Lega. Memang ini rumah Abdullah Zaid. Di bahagian belakang...

KENDURI ABDULLAH ZAID - PART 1

Entah bila kali terakhir aku, Bakari dan Muzakkir bergerak sama-sama untuk ke menghadiri kenduri. Yang pasti, zaman itu adalah zaman semua masih lagi teruna dan bujang. “Nak gi makan gulai masa mana esok? Gerak sekali la.” Soalan yang pasti Muzakkir akan tanya jika ada jemputan kenduri. Ketika zaman kegemilangan dia sebagai teruna, jarang sekali dia akan terlepas mana-mana jemputan kenduri. Yang pasti juga, jarang sekali dia akan pergi seorang diri. Pasti berteman. Untung berteman dengan Muzakkir, dia akan sediakan hadiah yang berbalut rapi untuk cenderamata kepada tuan rumah. Aku dan Bakari akan menumpang hadiahnya. “Hadiah sek kawe 3 orang.” Kata Bakari kepada tuan rumah. Jika kenduri arah timur, maka tempat berkumpulnya di rumah Muzakkir. Bakari akan datang dari Kg. Simpul Berlubang, aku pula datang dari Pasir Mas. Masing-masing akan parkir di rumah Muzakkir dan kami akan bergerak dengan satu kereta. Jika kenduri arah barat, maka yang pastinya Bakari akan menunggu kami berdua untuk ...

ASAL USUL KG. SIMPUL BELUBANG

Cuaca mendung sepanjang perjalanan hari ini. Dari Pasir Mas hingga Sg. Siput cuaca mendung. Sinar matahari nampak terhalang oleh awan yang tebal. “Kawe gerak awal esok. Takut jammed.” Kata Bakari. Bakari anak jati Machang, Kelantan tetapi berkhidmat di Pulau Pinang. Masa cuti sekolah sahaja baru boleh nampak kelibat Bakari di bumi Machang. Semalam, sempat juga bersua dengan Bakari walau sebentar. Bakari dari Kg. Simpul Belubang. “Mil, demo nak tahu nama kampung kawe?” Tanya Bakari pada aku. Dialog yang mencecah 17 tahun lamanya dahulu masih aku ingat. “Tahu Yi. Sebab kampung demo tu banyak jalan-jalan yang berlubang.” Teka aku. Nama kampungnya adalah Kg. Simpul Belubang. “Salah. Bukan Mil. Teka lagi.” “Sebab kampung demo ada tali besar, lepas tu orang buat simpulan yang berlubang dekat tali.” Aku meneka buat kali kedua. Aku sudah kehabisan idea kenapa dinamakan Simpul Belubang. “Salah! Teka lagi Mil.” Bakari tersenyum bila jawapan aku tidak menepati jawapan sebenarnya. “Payah Yi nak te...

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2024

“Demo nak tahu tak, hari ni kawe berebut pensel warna dengan anak kawe. Sebabnya kawe nak mari mewarna di sekolah hari ni.” Kata Amin dengan tangan kanannya mengangkat kotak pensel warna berjenama Stabilo. “Kawe rasa, demo boleh menang hari ni. Pengorbanan demo besar. Pengorbanan demo dan anak demo.” Zikri memberi semangat. Amin nampak berkobar-kobar. Sudah terbayang dia akan menaiki pentas untuk menerima hadiah. “Johan pertandingan mewarna bagi kategori guru, dimenangi oleh… Ustaz Amin!” Bergema dewan mengumumkan keputusan johan mewarna. Mungkin ini yang terbayang di benak fikiran Amin. Amin mula mewarna lakaran di atas kertas. Seorang yang berseni. Setiap kombinasi warna yang digunakan nampak sepadan. Dalam dirinya terpendam bakat sebagai seorang guru seni. Di sekolah, pagi ini adalah aktiviti pertandingan mewarna yang terbuka kepada guru dan murid bersempena bulan kemerdekaan. Walaupun sudah melepasi tarikh 31 Ogos, tetapi bulan kemerdekaan masih belum dirasmikan penutupannya. Tidak...

PASIR MAS - GERIK BERSAMA POK CEK : PART 4

Hujan lebat masih belum lagi menunjukkan tanda untuk berhenti. Air putih jernih sudah bergenang di permukaan jalan di depan masjid. Jika diinjak, paras air mungkin sudah mencecah buku lali. “Cek, hujan ni. Kalau dekat Teja, hujan macam ni memang tak boleh nak duduk. Kena tempias air hujan.” Kata aku kepada Cek. “Tapi… Teja tu sebenarnya buka ke tak hari ni? Minggu lepas lama dia tutup.” Cek masih sangsi sama ada kedai Teja buka ke tidak. “Setakat ni memang aku yakin buka Cek. Tadi dah tanya Azizi Azahazuhari. Dia kata buka.” Aku meyakinkan Cek sekali lagi. Kedai Teja dengan Masjid Nurussalam bukannya jauh. Dari Masjid, keluar ke kanan, dalam 300 meter sudah nampak kedai Teja di sebelah kiri. Kedainya kena masuk simpang selepas simpang ke taman perumahan. Nak cam kedainya buka ke tidak, adanya lampu-lampu yang menyala berjuntaian biarpun di siang hari. Jarang benar kalau dari Kelantan aku tidak singgah di Teja. Kalau dari Sg. Siput memang tak pernah singgah sebab nak cepat. Kalau singga...

PASIR MAS - GERIK BERSAMA POK CEK : PART 3

Hujan lebat masih belum lagi menunjukkan tanda untuk berhenti. Air putih jernih sudah bergenang di permukaan jalan di depan masjid. Jika diinjak, paras air mungkin sudah mencecah buku lali. “Cek, hujan ni. Kalau dekat Teja, hujan macam ni memang tak boleh nak duduk. Kena tempias air hujan.” Kata aku kepada Cek. “Tapi… Teja tu sebenarnya buka ke tak hari ni? Minggu lepas lama dia tutup.” Cek masih sangsi sama ada kedai Teja buka ke tidak. “Setakat ni memang aku yakin buka Cek. Tadi dah tanya Azizi Azahazuhari. Dia kata buka.” Aku meyakinkan Cek sekali lagi. Kedai Teja dengan Masjid Nurussalam bukannya jauh. Dari Masjid, keluar ke kanan, dalam 300 meter sudah nampak kedai Teja di sebelah kiri. Kedainya kena masuk simpang selepas simpang ke taman perumahan. Nak cam kedainya buka ke tidak, adanya lampu-lampu yang menyala berjuntaian biarpun di siang hari. Jarang benar kalau dari Kelantan aku tidak singgah di Teja. Kalau dari Sg. Siput memang tak pernah singgah sebab nak cepat. Kalau singga...