Selang 2,4 hari lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula. Jadi guru ni kadangkala rasa puas dan bosan bila tak bersua muka dengan anak-anak murid. Kalau lama sangat menghadap mereka, kadang-kadang tu ada rasa serabut dan serba tak kena bila tengok mereka. Habis, mana satu perasaan yang sebetulnya? Haha. Budak-budak kat sini akan datang ke asrama pada Sabtu ini (2 Januari 2016) dan sesi persekolahan akan bermula pada keesokan harinya. Tapi, kebiasaannya, memang tak akan mula belajar terus la pada keesokan harinya. Nak kena kemas kelas, nak tunggu pembahagian buku teks dan ditambah pula dengan kalut para guru untuk menyambut pelajar baharu Tingkatan 1. Pelajar Tingkatan Satu yang baru akan datang mendaftar pada hari Isnin iaitu selang 2 hari dari pelajar-pelajar lama. Ini untuk mengelakkan daripada kelam-kabut pada hari pertama persekolahan. Sekurang-kurangnya dapat menenangkan keadaan dan dapat membuat persiapan dengan seeloknya dan aku pula kena bertanggungjawab untuk bua...
melakar apa yang minda sering kusut