Skip to main content

Yeay... Cuti

Yeah. Rabu. Baru dengan rasminya dapat isytiharkan cuti dengan rasminya. Cuti penggal akhir tahun. Cikgu-cikgu kan, biasalah tu. Orang kata, cuti cikgu sama cutinya dengan anak murid. Kalau murid cuti, maknanya guru pun cuti. Cuti cikgu adalah sama banyak dengan cuti murid. Silap-silap, cikgu siap boleh tambah cuti lagi kan?

Bukan cikgu sedap la sembang...

Baru dapat merasai cuti adalah kerana sekolah tempat aku bertugas baru sahaja habis program atau pun sesuai dipanggil dengan nama kelas intensif. Kelas ini dikhusus dan diwajibkan kepada pelajar yang lemah dalam hafazan Al-Quran mereka. Setiap tahun, semua pelajar perlu memastikan hafalan mereka berada di muka surat mana, yang mana tidak mencapai target atau pun garis sukatan yang ditetapkan, mereka ini adalah yang tergolong dalam kumpulan lemah.

Jadi, kelas ini bermula pada Khamis yang lepas lagi, 10 Disember 2015. 5 hari berturut-turut. Diganyang sehabis masa dalam sehari untuk memastikan para pelajar ini punya ruang dan masa untuk fokus kepada Al-Quran dengan sepenuhnya. 8 jam sehari kelas dengan 4 sesi atau pun slot. Sebagai info tambahan, sekolah ini bermula cuti pada Khamis yang lepas. Pelik kan? Baru cuti. Cuti-cuti sekolah ni tak sama dengan cuti kebanyakan sekolah kementerian di Malaysia.

Cumanya, bila difikirkan balik dan ditengok balik laporan bagi setiap kelas sepanjang kelas intensif ini, kesedaran murid untuk menghafal dan mencukupkan diri dengan sukatan yang telah ditetapkan masih lagi berada di tahap yang rendah. Murid itu ada daya dan mampu untuk menghafal tetapi tiada keinginan dan semangat untuk menggapai objektif kelas intensif ini. Macam mana boleh tahu murid itu mampu sebenarnya? Cikgu kenal la murid dia macam mana...

Apakah mungkin hidayah belum lagi sampai ke dalam dada-dada mereka?

Atau, adakah itu tanda mereka ingin protes akan sesuatu?


Comments

  1. Cuti sek tahfiz tak banyak sgt kan HJ?

    Mak aihh 8 jam?
    Kaklong selalu fikir yg tak mampu hafal tu sebab mereka lemah, tp ye juga kan.. Klu x minat blh juga jd punca mereka tak mahu usaha menghafal.

    Ada yg dihantar ke sana atas keinginan ibu bapa bkn atas kemahuan pelajar. Mereka tak minat langsung pun kdg2 tu, malah buat onar kat sana ganggu kawan lain pun ada

    ReplyDelete
  2. Bertuahnya adik-adik tu dapat peluang attend kelas intensif macam ni..
    lagi2 belajar pasal kalam Allah.. Harap dapat peluang mendalami surat cinta Allah ni kelak.


    p/s : untungla dah cuti... :D

    ReplyDelete
  3. ehhh baru cuti sek ke? memang tak sama rupanya dgn sekolah harian.
    ok lah boleh rest puas2. hehee

    ReplyDelete
  4. ada teknik menghafalkan macamana yer... akak nak tau sgt teknik hafazan ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.