REVIEW NASI ARAB - LAMB KABSAH

Tempoh hari ada jalan-jalan pusing kota raya, pusing putrajaya dan singgah lah dekat cyberjaya. Netizen selalu gembar-gemburkan yang dekat cyberjaya ada lambakan restoran nasi arab dan rasanya pula tidak mengecewakan. Jadi, sampailah aku di sebuah restoran yang baru sahaja pintunya dibuka pada pagi Jumaat yang lepas. Awal pagi dah nak pekena nasi arab, bukan apa... ye ke nasi arab dekat sini sedap..?

Kedai yang netizen selalu duk cakap adalah Restoran Saba' tapi masa aku pergi tu, kedai tutup lagi. Mungkin beroperasi petang hingga malam sahaja. Jadi, aku pusing-pusing dan jumpalah kedai yang nampak sangat baru buka pintu kedainya. Pekerjanya tengah mengemop lantai. Yameni Hadramawt Kitchen. Lantaklah , lepas ni nak solat Jumaat pula. Asal makan dan kenyang je. 

Akak dekat kaunter tu datang layan kami. Layanan dari akak ni memang terbaik. Penuh sopan santun dan tatatertib. Siap explain satu-satu apa beza mandy, apa beza kabsah, apa beza madghout. Boleh katakan semua dalam menu tu dia explain. Dia melayan je lah mungkin sebab aku ni customer pertama yang masuk kedai dia hari tu. Katanya nasi arab ada, tapi kena tunggu dalam 10 minit sebab tengah masak atas dapur.

Akhirnya, 3 lamb kabsah (kabsah kambing) dan 1 teko kecil syai (teh) adani. Syai adani sebiji macam teh susu cumanya dia letak rempah macam cengkih blend dan dicampur dalam teh susu tu. Rasa herba-herba la sikit tapi tak kaw dan tak power masa aku minum dekat Madinah hari tu. Susu kurang, teh lebih, kurang lemak. Pandai komen je ni, tapi habis juga 1 teko teh adani tu. Haha.

Jadi, komen untuk kabsah kambing ni, nasi dia memang banyak. Tersangat banyak. Masa sampai tu aku siap tanya, ni yang regular kan kak? Aku ingatkan yang large punya. Tapi jangan risau, habis semuanya masuk dalam tangki simpanan sementara. Lauk dia juga banyak dan kuah dia sedikit ceroi. Untuk keseluruhannya, memang memuaskan dari segi rasa dan kuantitinya biarpun masih tidak dapat menandingi nasi arab di Madinah. 4 bintang daripada 5 bintang. Boleh la kot.

Berbaloi dengan harga. Sepinggan regular harganya cuma RM 22. Kalau yang large harganya dalam RM 32 kalau tak silap. Yang large tu aku tak tahu lah besar mana dan banyak mana nasi dengan lauknya. Kalau sorang, confirm tak habis dan tak muat dengan tangki aku. Tangki orang lain aku tak tahu. Syai adani pula harganya RM 8 untuk satu teko. Cukup la untuk 3 orang minum.

**Masa tunggu nasi kabsah tu sampai, nasib baik tak order ma'sub (pisang blend dengan roti arab). Kalau tak, confirm tak habis dan kena bungkus bawa balik. 






Comments

  1. Allhamdulillah... licin sampai....

    ReplyDelete
  2. xpernah singgah cyberjaya lg.. nampak sedap2.
    nasi arab jarang makan sbb takda geng mkn nasi kot. hehehe

    ReplyDelete
  3. deiiii ko nak bandingkan nasi arab madinah dengan sini memang jauh panggang dari api la. nasi arab sana pure arab yang masaknya. nasi arab sini resepi je dari sana tu pun ubat suai sikit ikut citarasa tekak melayu. cepuk kang haaaaaaaaa :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

KERJA SAMPAI MALAM, HANTU KE TU?

BEN ASHAARI CARI BLOGGER KREATIF..AKU UMPAMA !