Skip to main content

Posts

Seri dengan Milan

Salam semua. Aku baru je dapat tahu result match antara Arsenal nga Ac Milan. Korang yg baca ni pom mesti dah tahu kan yang Arsenal dan Ac Milan seri 1-1 untuk Emirates Cup.Haha. Aku pom tak tahu la nak kata apa. Ac Milan ni kelab hebat jugak kan.? Takkan Arsenal asyik nak menang je. Jarang-jarang sekali kena gak seri. Nanti Man U, Liverpool, Chelsea dan jgak kemungkinan City akan jeles la nga kita. Mesti diorang dok borak2 kat kedai kopi time lepas latihan pasal Arsenal yang asyik menang je kebelakangan ni. Haha. Tapi,,tu la, kalo menang mesti syok lagi sebab boleh gak nak berbangga  2 3 pam. Kekeke... Mungkin ada diantara pembaca-pembaca blog ni tak tahu detail sangat kan pasal match ni. Mungkin tak de orang yg alert pasal Emirates Cup ni. Diorang nak tunggu untuk liga Premier je. Kalo korang yang tak tahu bila liga perdana inggeris nak mula, meh aku beritahu. Liga inggeris akan mula pada 15 Ogos 2010 pada tarikh Britain. Korang kena alert la tu. Tu yang aku tahu la. Tak tahu la ta

Midfiled Injured

Assalamualaikum semua. Harap yg membaca blog ubibadok ni sihat-sihat je. Maklum la..kalo time sihat ni, orang tak ingat pom macam mana nak menghayati nikmat sihat ni. Time sihat tak ingat diri dok bersuka ria. Tapi, tunggula time sakit, time kena penyakit, time tu la orang akan mengeluh betapa nikmatnya sihat ini. Korang kalo boleh tanya diri korang sendiri la sebab tak mungkin ada di antara pembaca-pembaca ni tak pernah pom mengalami sakit. Ehehe  nampak sihat je kan??ehehe Itu sebagai madah bicara untuk permbuka kata. Aku skang ni nak citer pasal persiapan kita mengahadapo Emirates Cup hari ni. Dalam web Arsenal yang aku selak pagi tadi, terdapat  beberapa pemain star yang takkan bermain untuk game petang ni waktu Britain. Harap korang yang ada niat untuk tengok match petang ni harap jangan batalkan niat korang tu gara-gara pemain bintang tak beraksi.  depan wartawan je ceria... Tak ramai pom yang tak akan beraksi petang ni. Korang paham baik-baik ayat aku tu. Tak ramai pom pem

Bertemu AC Milan esok.

Salam semua. Tak update dalam banyak hari jugak ye blog aku ni. Ni aku saje nak berbual kosong sikit pasal Arsenal. Nak citer pasal Emirates Cup kita je ni. Korang mesti dah tahu yang Arsenal ni anjur Emirates Cup dengan team yg boleh dikatakan power untuk permulaan musim 2010 ni. Hahaha. Ac Milan , Celtic dan Lyon. Korang jangan pandang rendah ye dengan kelab-kelab yang ternama ni. Ehehe. Coba korang tengok la dengan Celtic tu. Walaupun jersi dia cam cibai je, dengan jalur-jalur hijau dia tu, tapi, diorang ni ada semangat yang kental lagi padu. Ehehe. Tapi, jersi dia untuk versi tahun 2010 ni aku tak tahu la macam mana. Kalo lawa, boleh gak kalo nak beli ni. Haha..Kat Rantau Panjang pom ok. Ok. Kat bawah ni aku nak senarai senarai skuad bagi pihak lawan kita ni. Ehehe. Untuk team Ac Milan : Marco AMELIA (GK) Kakha KALADZE PATO Gennaro GATTUSO Filippo INZAGHI Clarence SEEDORF Alessandro NESTA Rodney STRASSER Sokratis PAPASTATHOPOULOS Mathieu FLAMINI Massimo ODDO Ma

Fabregas akan stay setahun lagi

Salam semua. Hari ini adalah hari last exam aku. Jadi, buat masa sekarang ni, mungkin aku ada ruang masa untuk mengupdate sedikit sebanyak blog ni. Ehehe. Aku mintak maaf la pada korang yang mengunjung blog aku tapi, aku tak de pom update untuk sebelom-sebelom ni. Biasala, orang exam kan, sibuk la skit. Ehehe. Jadi, aku tak nak citer panjang pasal cerita - cerita yang telah lepas tu. Cerita yang lepas tu, biar la dia lepas. Kita buat dia sebagai sejarah. Ehehe. kat sini aku nak citer tentang kapten kita iaitu Fabregas. Dengar-dengar kata yang dia sememangnya tak jadik pergi ke Barcelona untuk musim ini. Satu berita baik untuk fans Arsenal. Dia sedar yang fans sangat berhrap yang dia dapat lagi kekal di Arsenal. Kalo boleh, fan Arsenal ni nak dia stay dengan Arsenal sampailah fan dah rasa jemu nga dia ni. Ehehe. baru betol kan? Fan diutamakan. Disebabkan itu lah, pemain Barcelona, Andres Iniesta rasa sedikit frust. Tak leh nak tarik Fabregas pulang kembali ke Barcelona. Cukupla In

Eduardo ke Shakhtar Donetsk

Salam semua. PErtamanya aku nak mintak maaf yang sejak 2 3 menjak ni blog aku terbiar macam tu je..Tak de pom update. Kalo hutan tu...memang makin tebal la semak samun dia. Aku bukan saje saje tak nak update, tapi, aku kena fokus utk exam dahuli. ehehe..Ni pom aku saje mencurik ruang masa nak update skit blog ni. Sebaik saje aku dengar cerita pasal Arsenal yg telah pom menjual penyerang Croatia yang pada masa dahulunya sangat digeruni oleh pihak lawan. Sampaikan Ferguson sendiri menggelarkan penyerang ini sebagai musang di dalam kotak. Aku pom tak tahu kat mana istimewanya gelaran itu. Ehehe. Yang penting, gelaran tu Ferguson bagi untuk pemain yang telah pom pergi ke Shahkhtar Donetsk. Korang semua mesti dah tahu sape yang aku maksudkan? Sape lagi kalo bukan peyerang yang tak tinggi lampai dari Croatia. Eduardo da Siva. Pemain yang lahir di Brazil ni, telah pom secara sah meninggalkan Arsenal dan menyertai kelab Shakhtar Donetsk di Ukraine. Kita sebagai seharusnya menyokong keputus

Match antara German nga Uruguay

Salam sejahtera semua. Korang perasan tak. Start je posting aku ni mesti ada salam kat depan tu. Ni biasala, salah satu amalan orang Muslim yang sentiasa menyebarkan salam sesama Muslim. Jadi, kalo korang rasa yang korang ni seMuslim nga aku, Jawab la salam yang aku bagi tu. Hehe. Bukan aku saje-saje je bagi salam kat korang tu, mesti la nak suh jawab kan? Umum pom dah tahu yang bagi ni sunat dan wajib untuk menjawabnya. Hehe.. Kita teruskan je untuk tajuk entry kita ni. Bincang serba sedikit tentang match malam ni. Aku pom bengap sangat. Dah tahu yang match akan start dalam 2-3 jam lagi, tapi still update tentang match malam ni. Biasa je perkara-perkara macam ni. Perkara last-last minit kan. Aku saje je nak merapu sebelom match menentu sape yang akan dapat tempat ketiga ni. Germany lawan Uruguay kan? Korang perasan tak ramai yang dok jangka Germany yang akan pergi ke final dan akan beraksi dengan Belanda esok. Tapi nak buat macam mana, Allah dah tetapkan sape and team mana yang ak

Careffour lari dari Asia?

Salam semua. Aku skang ni nak buat perubahan skit kat blog aku ni. Tak nak la asyik post pasal bola je. Mesti boring jugak kan? Kalo aku yang tak boring.. Mesti korang pulak yang boring. Jadi, aku skang ni nak isi blog aku ni dengan entry2 yang aku rasa nak masukkan je. Tak kira la pasal apa pom. Apa yang aku rasa nak buh kat blog ni, aku bantai je. KEke.. Sebab skang ni blog ni dah jadi blog aku. Partner aku yang sebelom ni dah chaw pom. Ari tu kata nak post sama-sama pasal Arsenal. Masing-masing ada kerja masing-masing. Jadi mungkin juga diorang tu tengah sibuk dengan kerja diorang masing-masing. Hehe, Korang jangan risau la...aku dah mintak izin partner aku nak ambik alih blog ni sebagai blog aku. Hehe.. Hari tu aku baca paper Kosmo yang secara online tu. Aku ada terbaca yang Carrrefour kat Asia ni dah nk tutup kedai. Tak nak lagi buat pasaran kat rantau asia ni. Ni mesti ada sebab dan problem diaorang sampai pasaraya yang brand dia dah kukuh di rantau dunia ni nak lari dari pasar

Akhirnya Laurent Koscielny

 Laurent Koscielny Salam semua. Mintak maaf la semua kerana pasal player ni aku update lewat sikit. Aku cuba carik masa nak update pasal Arsenal dah berjaya dah  beli player ni, tapi, masa yang aku ada ni terhad dengan kerja-kerja yang penting skit. (bab pelajaran) Hehehe.. Player Perancis ni Wenger bawa dari kelab Lorient dan bermain sebagai pertahanan tengah. Korang boleh search la Wikipedia tentang player ni. Kat sini aku bagi link Arsenal yang dia ni dah sahih dah pergi ke Emirates. HEhe.. KLIK SINI . Laurent ni kalo korang tengok dari rupa paras ni boleh tahan jgak la kemachoaannya. Boleh la tambah koleksi pemain-pemain yang handsome kat Arsenal ni. Kekeke.. Tapi, biasanya, kalo Arsenal ni beli pemain yang ada rupa, cara bermain dia pom ok gak. Korang tengok la Mael yang dibawa dari kelab Ajax. Rupa boleh tahan je,,,,tapi, main sebagai bek power gak. Kadang-kadang tu, boleh naik jadi penyerang. Wakaka.. Laurent ni aku rasa memang cukop som la Wenger buat dia berganding dengan

Belanda Mara ke Peringkat Akhir

Yang ni untuk match pagi tadi bagi korang yang dok kat Malaysia tu. Bagi aku yang dok di perantauan ni, match ni adalah match semalam. Jadi, bangun je tido, aku update sikit blog ni. Hehehe...Biasala, time boring cam ni boleh la nak update blog. Belanda akan melangkah ke peringkat akhir kejohanan World Cup. Sekarang ni kita masih tak tahu lagi mana satu team yang bakal bertemu Belanda di peringkat akhir nanti. Haha..korang kena tengok la match malam ni antara German nga Spain. Aku pom tak tahu nak kata sama ada Spain ataupun German. German game dia memang top la tambah plak dengan body pemain diorang yang sememangnya tuff. Diorang main 90 minit pom tak de hal dengan masalah stamina ni. Hehe..Sorang je team German ni yang kecik iaitu kapten diorang Philip Lahm. Philip Lahm pom tak de hal, boleh isi posisi penyerang. Aku nak kata Spain tak leh nak g peringkat akhir pom tak berani jugak sebab Spain ni selalu je menang nasib. Apa-apa pun kita tengok jer match kita malam ni. Haha..Semal

Post kejap je ni..

Terbaru..aku nak kasi update skit setelah sekian lama aku menyepi. Kekeke...Ni aku nak post berita pasal Fabregas sempena dia nga Spain dapat pergi ke separuh utk World Cup 2010 ni. Tahniah la untuk Spain kerana team diorang ni dapat jugak melangkah ke separuh akhir. Time match peringkat kumpulan tu, dah ramai fan-fans Spain yang kecewa kerana permainan Spain untuk World Cup ini sedikit hambar. Tak macam diorang main utk Euro 2 tahun lepas. Aku pom tak tahu team Spain ni ada prob kat ne. Mungkin coach baru kot.Hehe.. Spain boleh gak dianggap bernasib baik kerana dia ni dok sekali nga team-team yang tak mempunyai kuasa VETO. Aku kat sini nak kasik berita buruk yang Fabregas kemungkinan tidak akan diturunkan untuk match separuh akhir menentang German. Fabregas dikatakan mengalami kecederaan kaki semasa sesi latihan. Fabregas o Fabregas. Kalo dia tak injurt pom, coach Spain ni jarang je bagi dia bermain full time. Kebanyakannya dia bermain sebagai subs. Aku pom tak tahu. Dengar-dengar h

rehat jap...

Assalamualaikum semua...ini entri aku nak bagitau yang aku cukop sibok utk World Cup ni. Jadi, kemugkinan aku akan jarang untuk update blog ni. Aku harap korang faham la kan?kekeke,,,Demam World Cup katakan. So, aku nak mintak maaf kat korang semua atas kesulitan yang berlaku. Keke..Korang pom nk tengok World Cup gak kan? Haha..Ok.setakat ni dlu..bulbye..

Update!!!

Assalamualaikum dan harap korang jawab. Diharap jugak yang korang semua ni sihat-sihat and ceria je. Keke.. Apatah lagi yang kita ni sesama Muslim kan. Sama-sama la kita mendoakan kesejahteraan dan jugak kebahagiaan antara satu sama lain.  Bukan susah pom, doa je setiap kali lepas solat. Doa pom kira ibadah gak, jadi secara langsungnya boleh gak kita dapat pahala dari Allah Taala. Sekarang ni aku nak masok bab update pasal Arsenal skit ni. Tapi, sebelom tu, harap korang-korang semua ni dapat ambik cakna dan jugak ambik berat pasal isu sensitiviti agam Islam, yang mana terbaru ni pasal Yahudi yang menyekat bantuan kemanusiaan di Gaza. Aku tak terlintas nak update pasal tu kat sni time isu ni mula-mula hangat. Jadi, harap korang semua, jangan berhenti setakat tu je utk bagi sokongan kat umat Islam. Kita tahu kan yang sekarang ni ramai orang yang memeluk Islam, ramai yang menjadi saudara kita. Tengok kat Eropah la, bilangan orang memeluk Islam kian meningkat setiap tahun, tapi senang

Sembang-sembang.

Assalamualaikum semua. Terlebih dahulu, untuk entri kali ini, aku nak ucap terima kasih banyak kat sukarno dan parjo yang datang dok meriah blog ni. Keke..Pastu tak lupa gak kat Razuba , cuma aku je yang tak sempat nak lawat blog Razuba. Yang terbaru aku lawat blog Razuba ni pasal dia dok main nga CCTV. Entah pe kebenda dia dok pintal situ, pintal sini. Hehe..Saje je Razuba, nak kasi ceria skit. Kekeke.ok kan? Aku hari ni tak de berita pom nak update. Berita tu tetap ada, cuma yang ada pom berita yang langsung tak menarik perhatian. Orang putes cakap tak de feel. Jadi, sebab tu aku malas nak update pasal berita yang bukan-bukan ni sebab kesahihan dia belom pom terjamin. Jadi. just nak sembang-sembang biasa je kali ni.  Joe Cole ko serius ke ni nak dtg p Arsenal...??hehe Sambil sembang-sembang tu, aku selit la sikit pasal gosip transfer. Yang menarik sikit pom pasal Joe Cole la. Entah angin dari kutub mana yang datang bertiup membawa berita  yang Joe Cole ingin ke Arsenal. Angin

Update!!!

Assalamualaikum semua. Mula-mula aku nak mintak maaf dlu la nga korang sebab cukop seminggu aku tak update blog ni. Seperti entry sebelom ni kan yang aku nak tahu sama ada blog aku ni ada orang baca ke tak. Tu je.Keke...Jadi, selepas aku teliti beberapa komen dan juga laungan korang kat shoutbox tu...aku pom buat keputusan nak update balik blog ni. Sori la atas angin aku tu.Hehe.. Yoann Gourcuff Cerita pasal Gourcuff dulu. Yang ni aku tak nak update panjang-panjang. Cukop skeadar kongsi yang penting-penting je. Pasal pemain Perancis yang memang cun + handsome + kacak (cam sukorno kat shoutbox), akhbar Inggeris ada membuat gosip yang Arsenal ingin mendapatkan khidmatnya sebagai pengganti Fabregas. o0o0..Gourcoff..ko ni cam sukarno la...kekeke Aku rasa memang masuk dan matching la tempat Fabregas ni diganti dengan Gourcuff. Tapi, yang masalahnya, Arsenal tak pernah pom membida untuk mendapatkan pemain ni. Cuma main cakap ikut mulut je nak dapatkan Gourcuff ni. Dia ingat boleh ke na

Pertanyaan

Salam semua. Mesti korang pelik kan kenapa aku dah tak update dekat dengan seminggu. Aku mintak maaf banyak pasal hal tu. Tapi, posting aku kali ni bukan nak kasi update je. Cuma ada sedikit pertanyaan je. Hehe.. Pertanyaan: Aku di sini nak tanya la ada tak sape² yang dok tengah baca blog aku ni still nak suh aku update blog ni. Aku cuma nak kepastian je. Aku malas gak nak update kalo korang semua macam tak nak baca je entry aku...keeke.. So, kalo ada di antara korang² semua yang masih lagi mahu blog ni up to date...aku mintak la jasa baik korang supaya bagitahu aku sepatah 2 kata. Kekeke..Jadi, untuk korang yang nak suh aku update...Korang boleh je komen posting..tak pom..korang luah je kat shputbox kat tepi tu. Sekali lagi aku bagitahu yang aku ok je kalo nak update...tapi, kalo korang semua tak nak baca pom...rugi masa jugak aku update blog. Biar aku je yang tahu sorang² pasal Arsenal ni...Hehe Jadi, kepada korang semua tu, selamat mencuba ye. P/S : kalo blog ni tak de per

Today is Friday

Assalamualaikum semua. Salam Jumaat dan harap korang semua ceria☻ je hari ni. Korang kena ceria la sebab hari ni adalah hari raya bagi kita semua. Tak macam agama lain..sekali setahun je ada hari raya. Tapi, uniknya Islam ini adanya hari raya tiap² minggu dan sudah semestinya pada hari raya itu ada keberkatan dan liputan rahmat daripada Allah Taala. Jadi, sama² la kita beristighfar kepada Allah Taala dan memohon agar sentiasa berada di bawah keredaan Nya. Okes...siap sedikit pembukaan di pagi Jumaat ni. Kalo korang nak suh aku bagi tazkirah yang panjang sikit lagi pom ok jugak. Boleh jugak kongsi nga korang semua kan. Tapi, tu aku bagi secebis je, tak nak bagi yang panjang berjela² takot korang plak yang boring. Kalo korang nak jugak, korang boleh je request dengan aku. Bagitahu je...acecece,.. Selamat Datang Pape Diakhate Korang jangan ingat tajuk kecik kat atas tu tanda Arsenal dah beli bek Senegal ni. Hari ni aku nak ulas pasal Sagna yang sedia meraikan Diakahte sekiranya bek t

Today News

Salam semua..Jumpa lagi kita ye. Hari ni aku mintak maaf banyak² sebab update lewat sikit. Sebabnya Internet out of line jadi tak dapat nak publish. Hari ni pom aku tengok tak de berita yang menarik. Jadi, aku just kongsi berita² yang tak menarik untuk hari ini. Kalo korang rajin. Korang baca la. Takpom, kalo malas sangat. Sekali kerdip mata je tengok blog aku ni, pastu terus click butang 'pangkah' kat buju kanan tu. Hehe. Arsenal tak kan jual Fabregas. Arsenal takkan jual Fabregas? Korang mesti pelik kan? Sebab beberapa hari yang lalu aku ada bagitahu yang Wenger merelakan Fabregas blah dari Arsenal asalkan Barca ni bagi cash 80 juta pound. Putih mata la kelab Barca nak cari duit banyak tu. Baru je duit habis sebab beli Villa dari Valencia. Aku rasa sape di antara korang yang ada kenalan dengan along² jalanan tu, bagitahu la pihak pengurusan Barca sebab diorang skang ni kesuntukan sangat duit. Pastu, kalo korang yang banyak duit tu, jangan pulak bagi kat Barca, takot dike

Berita untuk Hari Ini.

Salam semua. Berita unutk hari ini yang aku akan update seringkas mungkin dan aku ingin bagitau awal² lagi yang kelmarin berita pasal Arsenal ni kurang sket. So..untuk hari ini aku update bese² je. Sekadar 2 kadar je...hehe.. Merida Sah ke Atletico Madrid awak,.,,bye-bye ye,,,hehe Nampak tak kat situ? Kita kehilangan sorang lagi player yang masih muda dan bergetah plus handsome. Nak buat cam ner,,,orang dah tak hingin kan. Lepas je la. Kejar pom dah tak guna bila niat dah tekad di hati. Ceewah... Aku dah bagitau akhir² ni yang Atletico Madrid ingin mendapatkan Merida dan seperti tajuk kecil di atas, Merida nampaknya membalas pelawaan Atletico Madrid tersebut untuk menjadi pemain kelabnya. Kalo hari tu dok main gosip je yang Merida akan tinggalkan Arsenal untuk Atletico, dan aku harap korang jangan ingat apa yang aku tulis ni masih lagi gosip. Kali ini yang betol² dah. Kira yang sudah sah dan telah pom disahkan. Yang sah tu Merida dan yang mengesahkan adalah Atletido. Aku pom tak

News Update!!!

Assalamualaikum semua. Harap korang semua sihat² aje. Memang ramai la orang yang sering kali melupakan nikmat sihat yang diberi oleh Allah S.W.T. Jadi, aku nak, orang yang dok tengah baca tulisan aku ni sedar yang dia sekarang ni kena bersyukur dengan nikmat kesihatan yang diberi oleh Yang Maha Pemurah. Bahkan, bukan saja dengan nikmat kesihatan, tapi kesemua nikmat² yang dianugerahiNya. Kalo kita menghitung nikmat Allah Taala, bukan setakat jari kita yang tak cukup.. tapi, buih di lautan pom belom tentu akan cukup. 80 Juta Pound untuk Fabregas Berita latest yang aku ambik daripada surat khabar The Sun edisi keluaran UK. Kalo korang nak tahu macam mana aku boleh dapat surat khabar ni, aku dah bagitau yang aku ni cam pelanggan setia diorang la. Tiap² pagi je dia akan hantar surat khabar The Sun ni. Kalo korang nak, ok je. Janji kontek aku. Dalam berita tu, dengan tajuk header yang bukan main besar lagi 80 Juta Pound untuk Fabregas . Nah, ambik ko Barca. Kalo ko nak sangat Fabregas

Arsenal News

Salam Arsenal. Maksud salam Arsenal ni cam salam ni dituju kepada fans Arsenal sebab entri aku kali ni nak mengisahkan berita pasal Arsenal. Yang ada sangkut paut dengan Arsenal je. Kalo korang yang bukan dan Arsenal yang nak baca jguak entri ni, boleh jugak, tapi takut korang pulak yang tak hangin bila baca entri ni. Tak masok jiwa kalo bahasa tang mudah faham sikit. Hughton mahu Wilshere Pelapis terbaik untuk skang ni...hehe Kalo semalam aku dah update kan pasal Merida yang mahu pergi ke Atletico dan kemungkinan dia ni akan pergi dalam bulan 7. Free plak tu..Mak ai...rugi la macam ni. Betol tak. Blah dari Arsenal macam tu je..orang bagi makan cukup², last, nak blah nga free. Cam tak kenang jasa plak Merida ni. Kita tengok la dia pegi ke Atletico ni menjadi ke tak? Harap² menjadi la kan? Kita bukan nak citer pasal Merida kat sini, hari ni kita nak citer pasal Wilshere. PEmain muda jugak..Adooii,,sikit² pemain muda. Information yang aku dapat bagitau yang manager Newcastle Unit

News Update

Salam dan selamat pagi semua. Macam biasa, berita latest yang aku dapat pasal Arsenal dan teros je aku kongsi kat sini. bagi korang yang dah pom tahu berita yang akan aku bgtau ni, korang tak yanh baca la...Tengok² je. Aku pom tulis cincau²  je ni. Wenger dan Chamakh Jadik, untuk hari ni, aku ada 2 3 berita untuk korang semua. Aku bagi extra sket sebab kelmarin aku tak update. Mungkin hari Sabtu jadual dia cuti untuk blog ni. Berita ni adalah pasal transfer pemain yang berlegar dalam kelab Arsenal. Korang dah tahu yang kelmarin Wenger dah siap bergambar dah dengan Chamakh yang memang secara sah lagi halal dah jadi pemain Arsenal. Diorang ni siap bergambar lagi dan kalo dalam gambar tu, korang boleh tengokla yang Chamakh ni pakai jersi no.29.  No 29 ni bro...hehe Tahu je Chamakh nak datang, habis team Nike ni berkalut ribut nak siapkan jersi berno.29 ni untuk Chamakh. Wenger dah bagitahu awal² lagi yang Chamakh akan datang jugak musim panas ni, tapi, diorang ni buat tak endah je.
Bolehkah Peguam Syarie Bukan Muslim? Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net SOALAN Selain isu pemberian lesen perjudian untuk mengendalikan perjudian sewaktu piala dunia pada bulan hadapan, isu berkait Islam yang banyak ditanyakan adalah berkaitan Perlantikan Peguam Syari'e dari kalangan bukan Islam. Apakah terdapat larangan khusus atau keharusan tentangnya di dalam Islam? Mohon ustaz mengulas. JAWAPAN Saya kira isu ini memerlukan perbincangan lanjut dengan lebih terperinci khususnya yang melibatkan peruntukan undang-undang dan yang berkait dengannya. Selain itu, perkara berkait nas syarak dan juga kesan positif serta negatifnya juga perlu diteliti. Semua perlu didiskusikan bagi memperolehi satu keputusan paling konkrit dan wajar. Artikel yang saya tulis ini hanyalah sekelumit perbincangan yang berkaitan, ia ditulis dalam bentuk agak ringan untuk pembacaan awam. Ia tentunya tidak cukup untuk menetapkan pendirian terbaik namun saya kira cukup untuk memberika