Update!!!

Assalamualaikum dan harap korang jawab. Diharap jugak yang korang semua ni sihat-sihat and ceria je. Keke.. Apatah lagi yang kita ni sesama Muslim kan. Sama-sama la kita mendoakan kesejahteraan dan jugak kebahagiaan antara satu sama lain.  Bukan susah pom, doa je setiap kali lepas solat. Doa pom kira ibadah gak, jadi secara langsungnya boleh gak kita dapat pahala dari Allah Taala.

Sekarang ni aku nak masok bab update pasal Arsenal skit ni. Tapi, sebelom tu, harap korang-korang semua ni dapat ambik cakna dan jugak ambik berat pasal isu sensitiviti agam Islam, yang mana terbaru ni pasal Yahudi yang menyekat bantuan kemanusiaan di Gaza. Aku tak terlintas nak update pasal tu kat sni time isu ni mula-mula hangat. Jadi, harap korang semua, jangan berhenti setakat tu je utk bagi sokongan kat umat Islam.

Kita tahu kan yang sekarang ni ramai orang yang memeluk Islam, ramai yang menjadi saudara kita. Tengok kat Eropah la, bilangan orang memeluk Islam kian meningkat setiap tahun, tapi senang je orang-orang kafir ni nak tindas ummat Islam. Harap korang tahu yang pada akhir zaman ni, umat Islam memang ramai tapi macam buih lepas banjir. Tak berguna pom. Korang sama - sama fikirkan. Korang nak jadi buih ke nak jadi banjir. Hehehe..

JOE COLE LAGI

Pasal bola la plak. Habis yang atas tu. Posting aku sebelom ni pasal Joe Cole yang digosipkan dengan Arsenal. Pastu, hari ni kuar plak di laman web Chelsea yang kelab Chelsea ni memang tak nak kekalkan Joe Cole di Stamford Bridge. Semua ni aku rasa angkara Ancelotti. Senang-senang dia je hasut pihak management Chelsea. Alasan dia sebab tak dapat nak tanggung kos gaji Joe Cole.

dah tak leh na gelak nga Chelsit da...kekeke

Yang aku herannya...Ballack pom menerima nasib yang sama macam Joe Cole. Tapi, aku awal-awal lagi warning Ballack yang dia tak usah la bermimpi nak join Arsenal. Kena ambik tanda tangan aku dulu kalo nak masok Arsenal. Kalo tiap game Chelsea lawan Arsenal, aku memang bengang la dengan Ballack ni. Main kasar giler. Kasar + nga jahat. Cam gengstar je. Kekeke... Sakit hati tol nak tengok match tu. Kalo aku dok seat depan skali dalam stadium, mahu je aku serbu p ketok kepala dia, tak pom tarik rambut dia. Hahaha...

orang kata ko ni tua la..betol ke??kekeke

Sama gak macam Beletti. Terima nasib yang sama gak. Alasan Chelsea untuk Beletti ni sebab dia dah tua dah. Kalo untuk pempuan, darah tak nak kuar dah. Pasal darah ni, nak bagitahu skit yang korang kena tahu, darah kuar sebelom wanita nak lahirkan baby, selepas  dan semasa wanita lahir baby tu punya nama yang lain-lain. Info  berguna buat yang nak jadi bidan. Boleh gelaran bidan bermaklumat. Keke..Korang boleh rujuk la orang yang pakar. Aku pom tak ingat. Yang aku ingat darah nama nifas ni bagi yang dah lepas bersalin. Habis pasal darah. Diorang bagitahu gak, yang tempat Beletti ni lebih sesuai diisi oleh orang yang selayaknya. Jadi, sebab itu diorang tolak 3 pemain yang sebelom ni menjadi nadi utk kelab Chelsit ni. Hahaha... Macam ni la nasib pemain bola sepak...Addooiii...

pemain yang aku bengang skali dalam Chelsit...keke

Utk yang pasal Arsenal, dikatakan  Joe Cole akan menandatangani kontrak dengan Arsenal lepas musim World Cup ni dengan gaji 115 ribu pound seminggu. Banyak dah tu. Up 15 ribu berbanding dia dok Chelsea dulu. Aku rasa tak yah pom nak up gaji..Kena tengok dlu permainan dia cam ner...Kalo ok..boleh la nak naikkan...Betol tak? Hahaha...

Pendedahan Ronaldo.

Akhir tahun lepas, kalo tak silap aku dalam musim transfer musim sejuk Wenger ada bagitahu yang Cristiano Ronaldo ni hampir-hampir je jadi pemain Arsenal. Tapi, korang tahu je kan, Wenger cakap yang hampir-hampir nak jadi. Tak penting pom kalo setakat berita yang tak conferm, dok main tentang khayalan je. Hehe..

nampak iras² dia cam pemain Arsenal ke?kekee

Sambungan di atas, berita tu nampak nya kuar dari mulut Wenger je. Ronaldo tak beri respons pom. Dia malu kot time tu sebab Real Madrid buat onar sikit. Sikit-sikit kalah, banyak-banyak seri. Haha.. Jadi, pada hari ni telah terjawab pasal isu tersebut dan Ronaldo telah pom mengiyakannya.

Kalo Ronaldo tak mengiyakan pom aku dah percaya dah kat Wenger ni. Cuma berita ni nak yakinkan pemonat Red Devil ni. Group setan merah ni jenis anti Wenger. Mesti susah giler nak percaya nga statement WEnger. Haha..

Ronaldo telahpom bagitahu majalah sukan POrtugal time dia ditemuramah. Jujur je Ronaldo jawab. Time tu skit lagi dia nak join Arsenal. Dia gak bagitahu yang dia berjumpa WEnger sebanyak 3 kali. Cuma time tu, dia pergi dengan mak dia. Aku tak tahu apesal dia bawak ibu dia ni. Ke Wenger ada skandal nga mak dia. Kekeke.. Yang tu aku tak tahu la...maybe nak bagi semangat kot. PErkara ni dah 2 tahun dah berlalu. Dah tak penting pom...Kekeke..

It’s true. I was an inch away from signing for Arsenal.
I saw Arsene Wenger three times with my mother. It was very close to being a done deal.
After I signed for United, she and I were sitting watching a Premier league game on television and she yelled out, ‘I know that guy – I liked him.
The reason I went to United was because they were the team that made me the best offer.
I had never been to Manchester before, but what helped me was that my mother lived with me, my family visited a lot and I made friends with the players. What were my first impressions of the city? It rains a lot.

Panjang dah entri aku ni. Buat menyamaph je korang nak baca..Kekeke...k. Adios..

Comments

  1. waalaikumussalam si ubi..
    salam satu malaysia. haha..
    ikut gk perkembangan semasa yea psl isu2 yahudi..
    ingatkan dok layan bola je. huahua..

    layak ke joe cole join arsenal dgn tahap kecergasan die yang masih meragukan. n cite psl ronaldo ni mmg aku xpnh dga pun. tp pesal die xjoin arsenal yea? haha

    ReplyDelete
  2. haha...aku tak tahu la...bunyi khabar angin je tu...biasala gosip..aku tak tahu la apa plan wenger ttg joe cole..kot2 tak beli pom..kekeke

    yg ronaldo ni dah kuar dah time musim sejuk ari tu..cuma tak pnas je...dia tak nk p tak tahu la...nak kata solat istikharah tu.jauh skali..kekeke

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun