Today News

Salam semua..Jumpa lagi kita ye. Hari ni aku mintak maaf banyak² sebab update lewat sikit. Sebabnya Internet out of line jadi tak dapat nak publish. Hari ni pom aku tengok tak de berita yang menarik. Jadi, aku just kongsi berita² yang tak menarik untuk hari ini. Kalo korang rajin. Korang baca la. Takpom, kalo malas sangat. Sekali kerdip mata je tengok blog aku ni, pastu terus click butang 'pangkah' kat buju kanan tu. Hehe.

Arsenal tak kan jual Fabregas.

Arsenal takkan jual Fabregas? Korang mesti pelik kan? Sebab beberapa hari yang lalu aku ada bagitahu yang Wenger merelakan Fabregas blah dari Arsenal asalkan Barca ni bagi cash 80 juta pound. Putih mata la kelab Barca nak cari duit banyak tu. Baru je duit habis sebab beli Villa dari Valencia. Aku rasa sape di antara korang yang ada kenalan dengan along² jalanan tu, bagitahu la pihak pengurusan Barca sebab diorang skang ni kesuntukan sangat duit.

Pastu, kalo korang yang banyak duit tu, jangan pulak bagi kat Barca, takot dikebas Fabregas pula. Jadi, yang sebentar tadi bahagian mencarut je..Aku nak explainkan yang Arsenal tak kan jual Fabregas tu bukan kenyataan Wenger mahupom kenyataan pemilik kelab ataupon pihak pengurusan Arsenal. Yang kata sedemikian adalah bekas pemain Arsenal yang bernama Robert Pires.

Korang mesti kenal dengan Pires ni kan. Bekas pemain Arsenal yang dok di kem Arsenal selama 6 tahun. Pastu dia blah dan skang ni dok dengan Villareal. Dah lama dah dia blah ni, 4 tahun lepas. Kira sempat la dia dengan Fabregas ni. Pires tak pe la nak blah pom sebab dia dah boleh 2 piala time dok dengan Arsenal. Kira blah dengan hormatnya ikut bahasa ibunda.

dah tua dah,..ptut Wenger tak nak pom...kekeke

Kalo korang perhatikan kata² Pires ni..memang dia konfiden giler la yang Arsene Wenger tak kan jual Fabregas, Pandai² je Pires ni. Macam la dia yang jadi pengurus Arsenal. Haha. Dia kata, Fabregas ni macam imej untuk Arsenal buat sekarang ni. Imej ke kartun ke, fotografi ke, aku rasa Wenger tak kisah pom, kalo Barca sudi bayar 80 jtua pound secara cash dan bukan ansur-ansur(ansuran).

"I believe that Arsenal will not let go of Cesc,"- konfiden punya mamat Villareal ni,
"Cesc is the image of Arsenal. I'll bet that we once again see Cesc in an Arsenal shirt.
"If today we see a great Cesc, it is because Arsene Wenger has great confidence in him, so I do not see Cesc leaving Arsenal."

Bendtner pulak..


 Yang ni pasal Bendtner plak. Dalam satu emel tu, akud apat berita yang BEndtner ada meluahkan perasaan kat wartawan yang diadia suatu hari nanti akan pergi dari Arsenal dan ingin berada di 2 kelab gergasi Sepanyol. Bendtner aku anggap tak de apa² pom sebab mungkin dia saje nak buat kontroversi dan ingin mendapatkan publisiti.

Aku pom tak paham dengan Bendtner ni, kalo setakat depan gol tu dia ni jarang² je boleh finishing dengan perfect. Kalo yang kadang² tu asyik buah nasib je dia boleh finishing. Kalo jarang² tu, dia jaring gol buat muntah je. Keke...Bendtner..lambat lagi Barca nga Real nak ambik ko jadi player diorang. So, buat masa ni ko kena jadi top skorer cam Villa ke, cam Messi ke, baru ramai orang nak ambik ko jadik pemain diorang.

bajet star skang ni,,,hehe

Jadi, buat masa ni, baik ko tumpu dan fokus betol² kat Arsenal. Latih biar tajamkan sikit skil ko tu. Takpom latih biar rajin sikit kejar bola tu. NI dok makan chewing gum je atas padang, tapi bola entah ke mana. Bajet star je..kekeke..saje lepas angin kat BEndtner sebab dia ni cam nak blah dari Arsenal je tapi tak perfect mana pom. Wenger baru je nak naikkan nama dia dan rela menjual Adebayor kat City. Haha..

p/s: aku dah bagitahu yang kali ni entri tak sedap dan tak meleleh. Aku pom boleh rasa.haha..kalo korang nak komen aku ke..komen je kat entri ni.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun