Ape Macam Malam Ni?

Abang..o abang...ape macam malam ni eh? Ape macam nga Arsenal kita malam ni. Tak de ape² yang terbaru pasal Arsenal. Pemain yang injurt ataupun pemain yang sembuh dari injurt. Takde berita yang terbaru. Sbb tu aku tak update pom untuk semalam. Jadi, malam ni game kita lawan nga Blackburn. Kita kena relaks dulu sebab kita dah tak de harapan dah nak kejar Chelsea nga Man U tu. Dahla satu game je yang tinggal pasni. Kalo boleh, kurang²nya kita nak kekalkan tempat di mana kita berada sekarang.

Aku ingat nak biar Song la yagn jd kapten mlm ni...hehe

Semalam kita dah tahu yang Chelsea menang selesa dengan Liverpool dan Man U plak menang tipis dengan Sunderland. Habis tu, malam ni giliran kita la plak nak menang. Target kita malam ni nak menang dengan bergaya. Bergaya beb..Nak menang tu biar ada gaya dan style. Baru Chelsea nga Man U tu pandang lain macam sikit. Ni menang dengan gol sendiri. Low class la beb.

Jadi, untuk malam ni aku nak turunkan skuad jangkaan aku. Skuad jangkaan aku ni adalah jangkaan aku semata² setelah aku tanya nga malaun² yang ada link nga Arsenal.com. Haha.

Fabiasnki
Sagna-Campbell-Silvestre-Clichy
Nasri-Song-Diaby
Waalcott-Persie-Bendtner

Ni team yang aku jangka Wenger akan turunkan untuk malam ni. Kalo korang tengok game malam ni pastu korang compare la nga team yang aku jangka ni. Kalo korang tengok tu betol² padan, memang sah la aku ada chemistry dengan Wenger. Kalo tak padan tu, Wenger ada plan lain dalam kepala hotak dia. Macam plan B la. Plan B di jarang gak dia guna. Tu aku tak leh nak cerita banyak² takut spy Blackburn ada terbaca.
main ke tak orang tua kita malam ni??hehe

Kalo tengok skuad kat atas tu, parah jugak sebab bek tengah tu semuanya tua². Bukan tak harap langsung kat Silvestre nga Campbell ni, tapi... tu la. Dah tak de bek dah nak ganti. Djourou pom belom fit lg. Aku dah tengok dah kelmarin. Baik je dia dok atas padang tu.. DOk main nga Kieran Gibbs. Nampak macam belom fit sepenuhnya. Jadi, korang tak yah la nak pikir panjang² sebab paling kurang pom malam ni kita skor 2-0. Chewah..Kalo korang ada masok bet ke ape, korang bet la yang Arsenal ni menang. Gerenti tak menyesal. Tapi, aku ingatkan yang bet ni haram di sisi Islam. Bahasa mudah nak paham gak, judi la. Kira nama komersial dia ni bet. Biasala..bahasa orang putih, penuh konspirasi.

OFFER KONTRAK KAT CLICHY

Ni berita cam berita kecil²an la. Nak buat entry baru untuk berita ni cam tak padan je. Buat bazir post je. Jadi, aku tambah kat sini je. Arsenal telah pom bersedia menawarkan kontrak baru untuk Clichy ni. Bukan ape, Wenger cakap yang Clichy ni aset jangka masa yang panjang untuk Arsenal untuk piala EPL. Kira Clichy ni sangat penting la dalam planing Wenger ni. Korang jangan main² nga planing ni. Ingat senang ke nak buat plan.
Nampak je cam ni.ada bakat jadi penyerang,,hehe

Sebab Wenger nampak awal benar nak sambung kontrak Clichy ni? Yang ni korang dah boleh agak dah..sebab Wenger nak sangat sambung kontrak Clichy ni sebab ramai sangat kelab² dok intai dia. Bukan intai dia mandi telanjang dalam bilik persalinan. Korang jangan salah faham pulak. Kelab² ni dok intai dia sebab nak ambik dia ni sebagai pemain diorang. Biasala, pemain bek kiri yang hebat. MEsti ramai kelab yang nakkan dia ni. Kelab² yang menunjukkan minat kat Clichy ni bukan kelab cam Fulham, tapi kelab gergasi beb. Korang jangan ingat yang kelab tu nama gergasi. Kelab gergasi ni kelab² yang besar dan kewangan kukuh la cam Real Madrid dan jugak Barcelona. Diorang tahu yang Clichy ni ada skill, silap² hari bulan main posisi penyerang. Haha.

Comments

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun