Fabregas Mahu Pergi..

 selamat jalan ye...hehe

Salam semua. Aku harap korang yg baca entri ni harap jangan cuba membuat andaian yang buruk² pasal Fabregas sebab entri kali ini aku dah ambil dari sumber yang sahih...Cuma yang aku dok bimbangnya,,sumber ni betol² sahih ke tak pasal bab ni.

Okey..pasal Fabregas yang mahu pergi dari kem Arsenal dan mungkin dia tidak lagi akan menyarung jersi baru Arsenal pada musim depan. Sumber yang aku dapat dari The Sun (UK) bagitahu yang Fabregas sudah bertemu 4 mata dengan Wenger dan meminta benar² agar Wenger ni melepaskan dia untuk bermain di kelab Barcelona pada musim depan.

Bingai betol la. Fabregas ni nampak cam bersungguh sangat nak kuar dari Arsenal kalo  ikut akhbar The Sun tu. Tapi, korang jangan ambik mudah selagi tiada keputusan rasmi yang Fabregas bukan lagi milik Arsenal. Korang kena ingat yang Fabregas ada kontrak dengan Arsenal ni sampai tahun 2014. Barcelona pom aku ada  dengar berita dah buat deal dengan Arsenal untuk dapatkan Fabregas ni. Dengar² 30 juta pound, tapi Arsenal up lagi 10 juta pound, biar kasi 40 juta pound. Kaptenkan, kena la mahal sikit.

Aku dok rasa yang Fabregas ni makan pujuk rayu Xavi dengan kuncu²nya la. Sebab apa? Sebab dalam 2  3 hari lepas ni, aku dok perati yang kuat sangat Xavi dok pujuk si Fabregas ni. Tambah² plak, Fabregas skang ni dok berlatih dengan skuad Sepanyol. Lagi berair hati Fabregas dok dengar pujuk rayu pemain Barca dalam kem Sepanyol.

Sebelom kita dah bising kan yang Barca bagitau Fabregas yang dia akan terima tawaran ni untuk kali terakhir ataupun pintu untuk dia jadik player Sepanyol tertutup buat selama²nya. Ni yang aku rasa Fabregas rasa tergugat ni sebab dia nak sangat main nga kelab Barca. Mana boleh tak nak main, sejak kecik lagi ayah dia hantar pergi main kat akademi Barca. Haha..Entah la Fabregas, ko buat la keputusan terbaik. Tapi, kita orang berharap sangat yang ko tak pergi dari Arsenal.

Jadik, kita engok la apa reaksi Wenger selepas ni. Fabregas mintak kat Wenger supaya urusan kontrak dia ni akan selesai sebelom World Cup. Katanya, senang sikit nak fokus kalo masalah pasal kontrak ni dah setlle. Kalo jadik, Fabregas mungkin akan jadik pemain Barca untuk musim depan dan bersama² ialah penyerang baru iaitu david Villa. Siot betol.. Fabregas dan Villa. Complete r Barca. Tip top. Huh. Bunyi²  yang diorang bersedia nak tukar Ibrahimovich kalo Arsenal setuju nk jual Fabregas. Mal oi...tak yah la Ibrahimovic tu, baik ambik yaya Toure ke..hehe..

Takpe,..kita tunggu je sebelom World Cup ni sama ada Fabregas pergi ataupun tak dari Arsenal..k.Adios..hehe

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

hukum main mercun