Skip to main content

Fabregas akan stay setahun lagi

Salam semua. Hari ini adalah hari last exam aku. Jadi, buat masa sekarang ni, mungkin aku ada ruang masa untuk mengupdate sedikit sebanyak blog ni. Ehehe. Aku mintak maaf la pada korang yang mengunjung blog aku tapi, aku tak de pom update untuk sebelom-sebelom ni. Biasala, orang exam kan, sibuk la skit. Ehehe.

Jadi, aku tak nak citer panjang pasal cerita - cerita yang telah lepas tu. Cerita yang lepas tu, biar la dia lepas. Kita buat dia sebagai sejarah. Ehehe. kat sini aku nak citer tentang kapten kita iaitu Fabregas. Dengar-dengar kata yang dia sememangnya tak jadik pergi ke Barcelona untuk musim ini. Satu berita baik untuk fans Arsenal.

Dia sedar yang fans sangat berhrap yang dia dapat lagi kekal di Arsenal. Kalo boleh, fan Arsenal ni nak dia stay dengan Arsenal sampailah fan dah rasa jemu nga dia ni. Ehehe. baru betol kan? Fan diutamakan. Disebabkan itu lah, pemain Barcelona, Andres Iniesta rasa sedikit frust. Tak leh nak tarik Fabregas pulang kembali ke Barcelona.

Cukupla Iniesta..tempat ko tu dah banyak dah pemain star. Kalo Fabregas, tak sure pom dia akan dapat starting. Henry dan Hleb boleh dijadikan bukti la. Sia-siakan saja bakat mereka ni. Ehehehe.. kita tak nak la Fabregas jadi macam ni. Kalo dia stay kat Arsenal tu, sure je dia dapat pemain Arsenal, tambah pulak jadi kapten pasukan kan?

Iniesta ni memang terbaik la dalam World Cup yang lepas. Mungkin orang dok kata yang disebabkan faktor Iniesta la Sepanyol dapat menjulang piala Emas World Cup. Mungkin orang yang mengata sedemikian minat sangat dengan taktik permainan Iniesta. Aku tak nafi yang Iniesta ni hebat dalam menggelecek, tapi, yang aku tak suka satu je. Kuat sangat dia ni main rebah badan. Sikit2 rebah, sikit2 jatuh. haha,. Lembik je. Sama je nga Busquet tu. haha..

OK, aku tak nak tulis panjang, penat korang nak baca kan?ehehe. Aku chaw dulu. Hahaha

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.