Skip to main content

Eduardo ke Shakhtar Donetsk

Salam semua. PErtamanya aku nak mintak maaf yang sejak 2 3 menjak ni blog aku terbiar macam tu je..Tak de pom update. Kalo hutan tu...memang makin tebal la semak samun dia. Aku bukan saje saje tak nak update, tapi, aku kena fokus utk exam dahuli. ehehe..Ni pom aku saje mencurik ruang masa nak update skit blog ni.

Sebaik saje aku dengar cerita pasal Arsenal yg telah pom menjual penyerang Croatia yang pada masa dahulunya sangat digeruni oleh pihak lawan. Sampaikan Ferguson sendiri menggelarkan penyerang ini sebagai musang di dalam kotak. Aku pom tak tahu kat mana istimewanya gelaran itu. Ehehe. Yang penting, gelaran tu Ferguson bagi untuk pemain yang telah pom pergi ke Shahkhtar Donetsk.

Korang semua mesti dah tahu sape yang aku maksudkan? Sape lagi kalo bukan peyerang yang tak tinggi lampai dari Croatia. Eduardo da Siva. Pemain yang lahir di Brazil ni, telah pom secara sah meninggalkan Arsenal dan menyertai kelab Shakhtar Donetsk di Ukraine. Kita sebagai seharusnya menyokong keputusannya. Ini adalah keputusannya dan sebagai fans Arsenal, hormat la sikit keputusan dia kan?

Aku rasa ada baik jugak kalo Dudu ni pergi ke kelab lain sebab dia dok Arsenal pom Wenger jarang2 je masokkan dia dalam skuad utama. Tambah² pulak sekarang ni Wenger dah ada Chamakh yang diakui  masih muda. Ehehe. Aku bukan tak nak eduardo dok dalam Arsenal. Kita sudah sedia maklum kan yang Eduardo ni banyak gak jasa dia. Tapi, lepas eksiden kaki dia patah 2 tu, sedih gak aku tengok dia. Main kejap je dah injurt. Main satu match, rest untuk 3 match. Tak konsisten la team Arsenal macam ni. Aku harap Dudu memahami perasaan fan macam kita ni. Wakakaka..

Untuk setakat tu je la. Hajat di hati nak update je pasal match Friendly Arsenal yang sedang berlangsung sekarang ni, Tapi apakan daya, aku habis exam hari Ahad ni. Aku harap korang mendoakan aku agar berjaya dalam exam ni. Ehehe. Doa korang ni amat bermakna buat aku. Mana tahu, takut ada diantara korang-korang ni yang makbul doanya. Keke..ok.adios.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.