Skip to main content

Posts

TEAM BUILDING SMANF 2023

Tubuh masih lagi rasa sengal-sengal disebabkan aktiviti pada pagi dan petang tadi. Malam ini diteruskan lagi dengan aktiviti yang diselia sendiri oleh pengetua. Program Team Building yang sangat lama dirancang dan merupakan hasrat pengetua, tetapi dekat hujung tahun 2023 baru dapat dilaksanakan. “Selama saya mengajar dekat sini, tak pernah lagi ada team building. Kalau dapat buat, memang terbaik la.” Kata Wardi pada aku suatu ketika dahulu. Wardi yang merupakan anak jati Kg. Kelimat tempat dimana sekolah ini bertapak sudah berkhidmat selama 15 tahun. Tengok muka pun sudah tahu; dia seorang otai lagi berbisa. Malam itu, aktiviti pengetua cuma santai sahaja. Seorang diberi sehelai kertas. Tiap seorang kena tulis namanya sendiri. Kemudian kertas itu akan diberi secara rawak pada guru. Guru yang mendapat kertas tersebut dikehendaki menulis apa sikap positif pemilik kertas dan sifat negatif yang perlu diubah. Selesai tulis, kertas beredar kepada guru lain yang berada di sebelah. Bila kertas

KEJOHANAN FUTSAL SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

Perlawanan final Kejohanan Futsal Sekolah-sekolah Menengah Agama Peringkat Kebangsaan sudah 5 minit berlalu. Para VIP dan tetamu jemputan sedang asyik melihat perlawanan antara SMKA Arau B melawan SMKA Syeikh Abdullah Fahim. Satu sekolah dari Perlis, satu sekolah lagi dari Pulau Pinang. Perak yang menganjurkan kejohanan, namun sayang tidak ada rezeki untuk mara ke peringkat akhir. Di gelanggang sebelah, kelihatan AJK Persiapan Tempat sedang sibuk menyusun pentas untuk majlis perasmian penutup. Mereka cuma ada lebih kurang 20 minit. Kalut! Semua nampak sibuk. Amin sibuk dengan speaker dan mikrofon. Ditarik wayar extension mencari plug terdekat bagi menghidupkan speaker. “Tarik… tarik… tarik belakang lagi wayar tu.” Arah Amin kepada Zahrul. Peluh yang kelihatan merecik di dahinya tidak dihiraukan. “Angkat meja mari sini. Hampar kain. Lepas tu susun hadiah atas ni.” Cikgu Ili yang bahagian hadiah tak kurang sibuknya. Memberi arahan kepada pelajar untuk membantunya. Tugasnya adalah menyusu

PERGINYA SAHABAT, HANZALAH

Hanzalah di tengah memakai baju belang Ψ₯Ω†Ψ§ Ω„Ω„Ω‡ وΨ₯Ω†Ψ§ Ψ₯Ω„ΩŠΩ‡ Ψ±Ψ§Ψ¬ΨΉΩˆΩ† Telah perginya sahabat kami, Ustaz Hanzalah dari dunia yang fana ini pada malam tadi. Ajalnya telah tiba. Takdir Allah. Tidak lewat seminit, tidak awal seminit. Awalnya, Ustaz Hanzalah dimasukkan ke hospital kerana kemalangan pada awal pagi ketika dalam perjalanan ke sekolah. Ketika itu, keadaannya tidak sedarkan diri. Doktor pula mengkhabarkan ada sedikit pendarahan dalam kepala. Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya. Seorang sahabat yang baik. Tidak pernah merungut jika diberikan kerja. Jarang menolak jika meminta pertolongan. Tuturnya tidak banyak dan bicaranya juga sopan dan tertib. Pernah dulu jika perlu mencari pengganti kelas al-Quran malam, Hanzalah adalah tempat untuk meminta pertolongan. “Lah, ganti kelas kawe malam ni boleh ke?” “Boleh. Beres!” Tanpa banyak tanya, tanpa banyak kerenah, terus saja dia menerima. “Lah, AJK Persiapan Tempat, boleh ke?” “Boleh.” Elok saja dia membereskan tempat untuk suatu program yan

COACH SOFBOL

Atas kertas, tertera nama Jamil sebagai jurulatih sofbol. “Zahrul, tak apa ke letak aku sebagai jurulatih sofbol ni?” “Tak apa. Aku nampak hang ada bakat nak jadi jurulatih sofbol.” Jawab Zahrul, seorang otai sofbol Kuala Kangsar. Atas kertas, namanya sebagai ketua jurulatih. “Hang tak payah risau, kita nombor 2 dalam tangan.” Ujar Zahrul untuk menyedapkan hati. “Okay, kalau macam tu, aku pastikan kita dapat johan. Bawa balik medal emas!”

DONUT SEDO

Kalau sampai Kuantan, rasa macam ada yang tak kena kalau tak singgah kedai donut Sedo. Entah kenapa. Mungkin donutnya betul-betul gebu macam pemilik Sedo. Habis sebiji, nak makan lagi sebiji. Rasanya amat sedap. Tapi, sekarang ni macam susah nak jumpa pemilik Sedo. Asyik outstation. Betul la orang kata, orang bila dah berjaya, masanya selalu sibuk. Nasib baik pemilik Sedo single lagi. Kalau tidak… Emmm…

PERATURAN BAHARU UNTUK KEJOHANAN SMAN?

Usai sudah taklimat untuk sukan sekolah agama bagi peringkat negeri Perak. Nama lain yang mudah disebut adalah SMAN. “Tengok peraturan pemakaian. Untuk tahun ini, kita tidak benarkan peserta memakai seluar pendek dan tight dalam acara bola sepak. Bukan bola sepak sahaja, termasuk semua acara sukan yang dipertandingkan dalam SMAN.” Terang penyelaras teknikal seraya pengurus pasukan melihat kertas peraturan yang terdapat di tangan masing-masing. “Yang dibenarkan cuma seluar track atau seluar tiga suku sahaja. Mana-mana yang tidak setuju, kami tak akan benarkan pasukan tersebut menyertainya.” Dia menyambung. “Tapi, kalau ikut JAKIM, dia benarkan pemain memakai seluar pendek dan tight di peringkat kebangsaan.” Seorang cikgu yang sudah agak berumur mengajukan ketidakpuasan hatinya. Baginya, mungkin susah untuk seorang pemain bola sepak memakai seluar track atau seluar tiga suku ketika beraksi di atas padang. “Ya, saya faham. Tetapi, keputusan ini adalah keputusan mesyuarat di peringkat JAIP

JALAN-JALAN SG. BESAR PART 1

“Mil, meh la pergi Sg. Besar. Ikut aku.” Ajak Irfan. Pemandu bas selaku pemilik beberapa lagi bas yang lain. Tertera di bas miliknya, Irfan Said. “Buat apa Pan pergi Sg. Besar?” “Ada trip melawat kilang makanan dekat sana.” Ringkas jawapan Irfan. “Berapa hari Pan?” Tanya aku. “Balik hari. Pagi Sabtu dalam pukul 4, pukul 5 kita gerak. Nanti malam pukul 10 11 sampai la balik sini.” Terang Irfan. “Trip mak dara ke anak dara yang ramai ni, Pan?” “Hang kena tengok sendiri la. Aku tak mahu cakap. Hang nak anak dara ke mak dara? Silap-silap nek dara pun ada.” “Okay, jom. Kira jadi!” Jawapan muktamad. “Esok tu. Pukul 4 pagi bas gerak. Hang jangan nak nganjor pula.” Kata Irfan dalam loghat Perak.