Skip to main content

Posts

JALAN-JALAN SG. BESAR PART 1

“Mil, meh la pergi Sg. Besar. Ikut aku.” Ajak Irfan. Pemandu bas selaku pemilik beberapa lagi bas yang lain. Tertera di bas miliknya, Irfan Said. “Buat apa Pan pergi Sg. Besar?” “Ada trip melawat kilang makanan dekat sana.” Ringkas jawapan Irfan. “Berapa hari Pan?” Tanya aku. “Balik hari. Pagi Sabtu dalam pukul 4, pukul 5 kita gerak. Nanti malam pukul 10 11 sampai la balik sini.” Terang Irfan. “Trip mak dara ke anak dara yang ramai ni, Pan?” “Hang kena tengok sendiri la. Aku tak mahu cakap. Hang nak anak dara ke mak dara? Silap-silap nek dara pun ada.” “Okay, jom. Kira jadi!” Jawapan muktamad. “Esok tu. Pukul 4 pagi bas gerak. Hang jangan nak nganjor pula.” Kata Irfan dalam loghat Perak.

ILMU LEMANG PART 1

Lemang siap sedia untuk direbus I lmu buat lemang daripada orang Kg. Kelimat, Sg. Siput U, Perak. “Aku ajar hang dari A sampai Z macam mana nak buat lemang hari ini. Nanti balik Kelantan, hang boleh buat. Tiru je macam mana aku ajar hang.” Abang Khir memberitahu aku. Usianya sudah masuk 5 siri mengikut perkiraan aku. Uban di rambutnya sudah nampak melebat. “Susah ke buat lemang Abang Khir?” Aku bertanya. “Tak ada susah lah. Lepas ni senang saja hang rasa macam mana nak buat. Aku dulu tak pandai juga buat lemang. Lepas kena pergi Sarawak, orang duk suruh aku buat. Menjadi la juga. Itu guna cara bakar. Balik sini, guna cara bakar yang sama tak menjadi!” Terang Abang Khir. 21 tahun dia dalam anggota tentera. Kena berkhidmat di Sarawak jauh nun di sana selama 3 tahun. “Kenapa pula dekat sana cara bakar menjadi, balik sini, guna cara bakar yang sama tak menjadi Abang Khir?” Soal aku. “Itu yang aku pelik tu. Balik sini tak jadi. Aku buat cara rebus je lah. Pasti menjadi dan pasti masak isi d

PENGALAMAN TRAFIK JAMMED AIDILFITRI 2022

Sesungguhnya mengharungi jammed ketika musim perayaan itu adalah sesuatu yang benar dan ini adalah pengalaman pertama aku setelah 30 tahun bernafas di muka bumi ini. Setelah hampir seminggu menyambut Hari Raya Aidilfitri 1443H atau tahun 2022 masihi, maka pada hari raya keenam aku telah mengambil keputusan untuk bermusafir ke Muadzam Shah, Pahang menghantar isteri dan anak. Kemudian, keesokan harinya, aku akan bertolak dari Muadzam Shah ke Sungai Siput, Perak. Satu perjalanan yang jauh dan sememangnya perlu kepada perancangan dan disiplin masa yang tinggi. Lebih-lebih lagi bila perlu mengharungi jammed. Dan lebih-lebih lagi jika ada anak kecil turut ada bersama di dalam kereta. Dari Kota Bharu, aku bertolak pada jam 9.45 pagi. Awalnya perjalanan sungguh lancar melainkan hampir 3 stesen minyak aku singgah kehabisan petrol ron 95. Akhirnya aku nekad untuk mengisi minyak ron 97. Nasib baik ketika itu minyak sudah hampir full, kira-kira dalam 2 bar sahaja untuk full. Itupun RM 60 juga. Kay

BENGKEL TAHSIN AL-FATIHAH OLEH PPD KUK

  Suasana dalam dewan Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar Pengalaman baharu. Tidak semua yang dapat. Hanya yang dipilih sahaja. Bila dipilih, ia akan menjadi terpilih. "Mil, mesyuarat G9 memutuskan untuk demo pergi ke Bengkel Tahsin al-Fatihah hari Rabu ni." Ustaz Mizwan selaku PK Ko di sekolah memaklumkan kepada aku. "Boleh Ustaz Wan. Dekat mana tu?" Dengar sahaja mesyuarat memutuskan, aku tak fikir panjang nak bagi jawapan. Terima sahaja. Adat bekerja dengan majikan. Nak bantah, nak komen, boleh komen sendiri dalam hati.  "Dekat Masjid Ridzwaniah. Pukul 8 pagi hingga 2 petang." Jawab Ustaz Mizwan. Masjid Ridzwaniah terletak dalam daerah Kuala Kangsar. Bersebelahan dengan Kolej Melayu Kuala Kangsar atau dikenali dengan MCKK. Awal pagi lagi aku sampai di masjid ini dengan jentera Honda. Panel pula adalah Ustaz Samad dan juga Ustaz Quddus. Yang Ustaz Quddus cuma menyampaikan teori hukum tajwid. Bahagian klimaks dia adalah penyampaian oleh Ustaz Samad.  Suara d

AHLAN YA RAMADAN

Hidup itu tidak ada rehat. Selama kita hidup, selama itu lah kita bekerja. Kita mencari bekalan yang secukupnya. Sebanyak yang mungkin. Kita menyemai dengan tekun di atas dunia ini. Kita ladangi dia dengan benih yang paling baik. Baja yang paling bermutu dan bekalan air yang sentiasa cukup. Kita semaikan ia, dengan sabar kita menuggu ia membesar. Daripada biji benih ianya bercambah, perlahan - lahan tumbuh meninggi. Sampai masa kita akan menuainya. Kita ambil hasilnya. Bukan di dunia, tapi di akhirat. Selamat datang Ramadan 1444 Hijri. Ahlan. Semoga Ramadan tahun ini adalah Ramadan yang terbaik.

SINGKAT! BAJU KORPORAT 2023

Singkat ke? Macam tak je. “Kawe tak puas hati! Baju kawe singkat! Nak butang pun ketat! Sangkut.” Rintih Amin sambil memegang baju korporat di tangan kanannya. Baju korporat yang diukur sebulan sebelum cuti baru-baru ini sudah siap dijahit. Warnanya lembut dan cantik. Wajib untuk semua guru dan staf. Wajib ambil dan wajib juga bayar. “Sangkut dekat mana Min?” Tanya aku. “Aii… demo… buat-buat tanya. Ni… sangkut sini la.” Jawab Amin sambil tapak tangannya mengusap-usap perut. Sambil usap perut, sambil bibirnya tersenyum bangga. Nak kata boroi, tak boroi. Nampak sado ada lah. Berat Amin 83kg, lebih 3kg dari berat aku. “Betul dah tu Min. Masa demo ukur hari tu, perut demo tak maju ke depan lagi. Dalam masa sebulan lebih ni, perut demo membusung tanpa sedar. Tu jadi tak muat tu.” Jawapan aku seolah-olah berpihak kepada tukang jahit. Seperti bukan salah tukang jahit yang menyebabkan baju Amin singkat. “Masalahnya… bukan kawe sorang. Demo tengok Zikri. Tak muat juga! Sangkut! Lagi terut dari

LATA PERAHU : JANGAN INGAT BANYAKNYA PERAHU

Setahun di Perak, baru sempat jalan-jalan dan pusing-pusing kawasan sekitar. Berbekalkan petrol RM 3 dalam tangki motor berjenama Honda, dapat juga jelajah 2-3 tempat di kawasan daerah Kuala Kangsar dan juga Lenggong. Lata Perahu Mengikut orang tempatan, dulu Lata Perahu dikenali dengan Lata Peghor. Ada sejarah berkait dengan Lata Perahu yang mana dikatakan air dari Lata Perahu ini akan mengalir masuk ke Sungai Temong. Temong pula nama besar dan orang penting dalam sejarah kesultanan negeri Perak. Namanya Tok Temong. Jangan ingat nama Lata Perahu disebabkan sini banyaknya perahu pula. Tempatnya tak adalah besar sangat. Parkiran amat terhad. Dalam 200 meter nak sampai, jalan agak mencanak naik. Tapi Honda Wave boleh naik dan lulus dengan jayanya. Jangan risau, jalan diturap dengan baik. Bukan macam jalan lebuhraya Grik nak ke Jeli. Ada gerai jual makanan dan juga laksa. Boleh makan laksa sambil menikmati pemandangan air sungai yang mengalir. Bunyi uggas-unggas hutan berkicauan mendamai