Skip to main content

Posts

KG. ORANG ASLI BESWOK, SG. SIPUT (U)

Rancangan untuk ke Beswok tempoh hari yang tergendala akhirnya tercapai. Puncanya dari Zahrul. Zahrul telah mengatur rencana mengajak aku ke Beswok, tidur di sana. Tanpa banyak fikir dan tanpa banyak cakap, terus saja aku mengiyakan. “Boleh, kira jadi!” “Nak pergi dengan apa?” Zahrul bertanya. “Naik Honda aku tak apa. Dah lama tak kasi panas,” jawab aku. “Boleh juga. Aku naik Honda aku. Tak hujan ke? Sekarang musim hujan.” Zahrul sangsi. Walaupun sudah 2 hari hujan tidak turun membasahi Kg. Kelimat. Turun untuk mengambil wudhuk ***** “Pergi dengan kereta aku la. Kita pergi lepas Zohor, malam lepas Isya’ kita balik. Okay ke?” Zahrul mengajukan soalan. Buramnya nampak ada perubahan. “Okay je. Sebab apa nak balik terus? Hari tu kata nak tidur dekat sana?” Aku bersetuju dahulu baru bertanya akan sebabnya kepada Zahrul. Itulah politik gaya Hanat. “Aku tak boleh la chor. Kena hantar anak aku pergi Rawang. Aku tak teringat.” Zahrul memberi alasan. Alasan yang cukup kukuh.

BALIK MENGUNDI PRU 15

Perbincangan untuk memasang bendera di kenderaan “Mil, tunggu sekejap. Kawe nak contact Zaki. Nak ambil bendera dengan dia.” “Bendera? Nak buat apa?” Tanya aku. “Khairum nak. Kawe nak bagi dia. Katanya nak letak dekat kereta. Biar orang nampak sepanjang jalan dari Sg. Siput sampai Jeli.” Semangat. Tak sabar. Seronok. Mungkin ini perasaan Khairum untuk balik mengundi sebaik sahaja habis waktu kerja. Beriya dia nak letak bendera dekat King Myvi nya. Bendera sudah berada di tangan Amin. Siap sedia untuk diserahkan kepada Khairum. “Nak jumpa Khairum dekat mana?” “Dia tunggu dekat BHP Salak. Kita jumpa dia dekat sana.” Khairum masih lagi berbaju batik. Tidak punya masa untuk salin pakaian yang diguna semasa kerja tadi. Hati sudah bergolak, membara, tidak sabar untuk balik. “Yum, ni bendera.” Ujar Amin. Bendera bertukar tangan. Dari Amin kepada Khairum. Khairum membelek-belek bendera parti politik yang berada di tangannya. Bendera berwarna biru, bukan merah. “Tak ada warna lain ke?” Hujan le

KASUT TERBAIK DARI BUNDLE JT6

“Hir, ada kasut lawa-lawa tak? Nak beli. Nak pakai masa balik mengundi nanti.” Aku bertanya kepada Syahir yang kebetulan bertemu di tempat kursus tanpa dirancang. Syahir, bukan nama sebenar. Seorang sahabat yang mempunyai bisnes kasut bundle secara kecil-kecilan. “Kanda serius ke main-main ni?” Syahir bertanya semula. Ayat orang bisnes ni manis. Membahasakan pula diri orang lain dengan perkataan ‘kanda’. Biasanya orang bisnes, bila prospek tanya, dia tak akan closed dengan ayat tanya macam tu. Boleh jadi memang orang bisnes sudah lali kalau-kalau ada kawan sendiri yang nak beli produk mereka. Kawan yang nak support kawan berbisnes ni ramai. Dia nak beli, tapi nak beli dengan harga murah! “Dinda serius ni. Kanda tak bawa ke kasut letak dalam bonet kereta?” Aku mula membahasakan diri dengan perkataan ‘dinda’. Baru lawas perbualan antara kanda dan dinda. Ala-ala dialog filem Mat Kilau. “Macam ni la. Nanti habis kursus. Kanda masuk masa dinda buat live dekat Facebook. Dalam tu kanda boleh

LATA SEREIY, SUNGAI SIPUT (U)

“Jadi ke pergi Beswok minggu ni.” Tanya Ustaz Wan. “Jadi. Kira jadi! Hari Sabtu kita pergi.” Aku membalas. Tekad. “Boleh. Kawe pun nak pergi! Kita ride.” Tambah Khairum yakin. “Kawe pun nak pergi. Kita bakar-bakar la dekat sana. Bakar ayam ke.” Zikri mencelah. Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis pun berlalu. “Esok dah ni. Jadi ke nak pergi Beswok?” Aku bertanya inginkan kepastian. “Sehari dua ni hujan je. Jadi ke?” Ustaz Wan turut bertanya. “Nak pergi ke?” Khairum juga bertanya. Semua saling berpandangan antara satu sama lain. Mencari jawapan. Tinggal Zikri yang tengah leka menekan skrin telefonnya. “Best ke mandi sungai musim hujan macam ni?” Tanya Zikri sambil mata tak lepas dari memandang skrin telefon. Juga soalan! Tak bertemu jawapan. Soalan bertemu soalan. Kebiasaannya, bila soalan bertemu soalan, jawapannya tak jadi! Beswok dah tak jadi. Alang-alang ada masa luang, terus saja aku ambil keputusan untuk pergi Lata Sereiy. Tak jauh. Dekat dengan starting point untuk ke Bukit Berekeh. Ma

PRU 15 - NAK UNDI SIAPA?

“Min, nampak macam tengah fikir banyak benda tu?” Aku menyapa Amin yang ketika itu sedang duduk di kerusi ruangan bilik guru. Amin cuma diam. Tidak menunjukkan apa-apa respon. Kehadiran aku yang menyapanya sebentar tadi seperti tidak wujud. Amin seolah-olah sedang berada di alam lain. Matanya bulat merenung siling dan lampu. “Min… ooo… Min!” Kali ini aku mengeraskan sedikit suara. Amin tersentak. Berkalih dari melihat siling terus memandang ke arah aku. Bibirnya meleret tersenyum. “Fikir apa tu sampai tak dengar kawe tanya demo?” Sekali lagi aku bertanya kepada Amin. “Banyak benda Mil. Banyak benda kawe tengah fikir sekarang ni.” Amin membalas. Nada suaranya tenang. “Demo orang hebat Min. Biasanya demo tolong fikir masalah orang lain. Benda apa yang banyak tu?” Aku sekadar berbasa-basi, mengisi masa dengan bersembang. “Kawe tengah fikir, kawe balik masa mengundi nanti nak pangkah parti yang mana.” Amin meluahkan apa yang sarat di fikiran sejak dari tadi. Mukanya sudah ada senyum. “Lep

KEINDAHAN PANTAI SEPAT, KUANTAN

Hari Isnin sempena Hari Raya Deepavali, rancangan untuk ke Kuantan nampaknya berjaya. Rancangannya adalah untuk ke Pantai Sepat, kemudian terus pergi ke Zoo Teruntum untuk melihat haiwan-haiwan yang melata di sana. Alhamdulillah, cuaca pada hari itu mendung sedangkan semalamnya hujan dengan selebat-lebatnya di kawasan Muadzam Shah.  Aku sekeluarga bertolak dari Muadzam pada jam 9.40 dan perjalanan sejauh 100 KM lebih ditempuh dengan tenang dan lancar. Tidak ada sangkut dalam kesesatan dan kesesakan jalan raya. Ketika ini, google maps memainkan peranan penting sebab ini adalah kali pertama aku ke Pantai Sepat. Tahu nama Pantai Sepat pun lepas search google dengan menaip ‘tempat-tempat menarik di Kuantan’. Sampai di Pantai Sepat, aku terus park bersebelahan dengan pagar masjid. Awal aku park sebab aku tengok banyak khemah-khemah yang dipacak di bawah pokok di belakang masjid. Aku fikir, mungkin depan sana semua tempat parkir sudah penuh. Elok sahaja aku parkir, tidak perlu nak berebut-re

ABANG BOMBA

Perasan segak dengan uniform bomba! Tidak pernah terfikir dan juga terlintas dalam fikiran yang aku akan menyarung uniform lengkap seorang bomba. Dulu, pernah ada cita-cita untuk menjadi askar. Pakai celoreng, masuk hutan, mengendap dan menyorok dari musuh, kemudian bertempur dengan pistol dan juga senapang. Tapi itu ketika masih lagi zaman kanak-kanak yang terpengaruh dengan cerita Arnold Schwarzenneger dalam movie setiap Rabu pada pukul 10.00 malam. Kemudian, cita-cita itu lebur bersama masa yang bergerak tanpa henti yang seiring dengan fikiran turut menjadi matang. Terpengaruh juga dengan kata-kata kawan yang jadi askar boleh cepat mati. Askar akan berada di barisan yang paling hadapan bila mana berperang. Bila di barisan hadapan, bila kena tembak, yang depan akan tumbang terlebih dahulu. Darah membuak merata-rata, ambulans tidak dapat nak menolong, akhirnya rebah menjadi mayat. "Mu nak mati awal ke jadi askar?" soalan ini pernah dilontarkan kepada aku. Ahh... sudah. Tukar