Perbincangan untuk memasang bendera di kenderaan |
“Mil, tunggu sekejap. Kawe nak contact Zaki. Nak ambil bendera dengan dia.”
“Bendera? Nak buat apa?” Tanya aku.
“Khairum nak. Kawe nak bagi dia. Katanya nak letak dekat kereta. Biar orang nampak sepanjang jalan dari Sg. Siput sampai Jeli.”
Semangat. Tak sabar. Seronok. Mungkin ini perasaan Khairum untuk balik mengundi sebaik sahaja habis waktu kerja. Beriya dia nak letak bendera dekat King Myvi nya.
Bendera sudah berada di tangan Amin. Siap sedia untuk diserahkan kepada Khairum.
“Nak jumpa Khairum dekat mana?”
“Dia tunggu dekat BHP Salak. Kita jumpa dia dekat sana.”
Khairum masih lagi berbaju batik. Tidak punya masa untuk salin pakaian yang diguna semasa kerja tadi. Hati sudah bergolak, membara, tidak sabar untuk balik.
“Yum, ni bendera.” Ujar Amin. Bendera bertukar tangan. Dari Amin kepada Khairum.
Khairum membelek-belek bendera parti politik yang berada di tangannya. Bendera berwarna biru, bukan merah.
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.