“Min, nampak macam tengah fikir banyak benda tu?” Aku menyapa Amin yang ketika itu sedang duduk di kerusi ruangan bilik guru.
Amin cuma diam. Tidak menunjukkan apa-apa respon. Kehadiran aku yang menyapanya sebentar tadi seperti tidak wujud. Amin seolah-olah sedang berada di alam lain. Matanya bulat merenung siling dan lampu.
“Min… ooo… Min!” Kali ini aku mengeraskan sedikit suara.
“Fikir apa tu sampai tak dengar kawe tanya demo?” Sekali lagi aku bertanya kepada Amin.
“Banyak benda Mil. Banyak benda kawe tengah fikir sekarang ni.” Amin membalas. Nada suaranya tenang.
“Demo orang
hebat
Min. Biasanya demo tolong fikir masalah orang lain. Benda apa yang banyak tu?” Aku sekadar berbasa-basi, mengisi masa dengan bersembang.
“Kawe tengah fikir, kawe balik masa mengundi nanti nak pangkah parti yang mana.” Amin meluahkan apa yang sarat di fikiran sejak dari tadi. Mukanya sudah ada senyum.
“Lepas tu, ada keputusan dah ke nak pangkah parti yang mana?”
“Ada dah. Keputusan yang paling senang kawe buat.”
“Demo nak undi siapa?” Aku bertanya lagi.
“Kawe balik kampung nanti, kawe nak tengok ayah kawe pacak bendera apa depan rumah. Kawe akan pangkah mengikut bendera yang ayah kawe pacak. Kalau bendera bulan, kawe pangkah bulan. Kalau bendera dacing, kawe pangkah BN.” Panjang lebar Amin menerangkan prinsip untuk dia mengundi bagi PRU 15 kali ini.
“Okay, Min. Jelas. Demo seorang anak yang taat dan patuh kepada ayah. Emmm… Min, kat mana dah kampung demo?”
“Kampung Tempoyak, Kadok, Ketereh, Kelantan!”
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.