Skip to main content

Posts

PERSEKOLAHAN PERTAMA SESI 2021

Hari ini, persekolahan sesi 2021 bermula biarpun seluruh negara kecuali Sarawak menjalani PKP. Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, cuma pelajar tingkatan 5 dan 4 sesi 2020 yang diwajibkan hadir. Tingkatan 4 meneruskan peperiksaan percubaan SMTQ yang tertangguh. Ada beberapa kertas lagi yang belum diselesaikan. Menunggu peperiksaan sebenar yang bermula pada 26 Januari nanti. Bermula dengan mata pelajaran al-Quran. Harapnya bersedia semua. Manakala tingkatan 5 meneruskan pengajian bersemuka bersama para guru. Persediaan menghadapi SPM tidak lama lagi. Mudir baru, Ustaz Othman Bin Lah menghantar pesanan, meminta semua pelajar menjaga SOP untuk mengelakkan dijangkiti COVID-19. Mana-mana yang dijangkiti semasa peperiksaan, bermakna tiada lagi peperiksaan buatnya. Mereka perlu ulang tahun, dua kali di tingkatan lima. Tambah beliau lagi, para guru lebih-lebih lagi kena jaga SOP. Tunjuk contoh yang baik kepada pelajar. Baiklah tuan mudir. Kantin huru-hara hari ini. Tender baru, Zara Ikhtiar Ente

ANEKDOT : HONDA KEHABISAN MINYAK

Belum lagi E, tapi minyak dah Empty Jarum minyak baru mencecah warna merah. Merah tandanya amaran minyak hampir habis. Meter sampai di E, bermakna tangki minyak sudah kosong. Itu kebiasaannya untuk motor honda wave type R 100 kepunyaan aku. Motor Honda Wave, tapi laju macam motor Yamaha 125z. Tapi, hari ini satu sejarah yang lain dari kebiasaan. Jarum meter baru mencecah merah, tiba-tiba motor yang aku naiki mati. Tak ada kuasa. Dipulas tali minyak, kosong. “Aaa… kalau jenis macam ni, masalah minyak habis,” hatiku mengomel sendirian. Aku syak memang habis minyak. Aku turun dan buka seat. Aku pusing penutup minyak. Ya, memang betul minyak sudah habis. Patut la dari semalam meter minyak tidak berganjak dari kedudukan mencecah amaran. Perjalanan aku untuk ke stesen minyak tidak berjaya. Terkandas di tengah jalan. Dalam 500 meter lagi untuk sampai ke stesen minyak Caltex, Pasir Mas. Nak telefon kawan, tak berbaloi sebab dekat sangat. Aku buat keputusan untuk tolak saja motor. Cuaca baik, r

TEMPAT MAKAN SEDAP DI KELANTAN : KEBAB / SYAWARMA JUST DONER

Cibatta Just Doner. Sebiji pun dah kenyang. Seli Harley sudah berapa kali tak jadi nak pergi Johor. Baru-baru ni tak jadi sebab tunggu pengumuman PM berkenaan PKP. . Hari ni katanya nak makan syawarma yang paling sedap di Kelantan. Beriya dia bagitahu; kat Kelantan tak ada syawarma kambing yang boleh lawan kedai Just Doner. . Kandungan yang ada dalam Ciabatta. Menyelerakan. Kedai dia berdekatan pintu masuk Perpustakaan Awam Kelantan. . “Bang, Order syawarma kambing satu,” Seli memesan pesanan. . Isi kambing memang padu tapi tak berapa juicy. “Saya nak Ciabatta kambing satu,” giliran ambo. . Beberapa minit kemudian. Hidangan syawarma dan Ciabatta sampai serentak. . Pizza Roll. Sedap juga. Banyak dengan sos. Syawarma yang dipotong je ni. “Eleh, kecilnya syawarma. Bang, order Ciabata juga satu lagi. Ciabatta kambing,” belum lagi makan. Tapi Seli dah order menu lain. . “Li, demo tak makan pun lagi syawarma tapi siap order lain dah.” . “Kawe tengok kecil syawarma ni. Ciabatta demo nampak be

RESTORA EL WAFA KITCHEN DI KELANTAN : NASI ARAB MANDY DENGAN LAUK KEPALA KAMBING

RM 35 Bagi sesiapa penggemar kepala kambing, boleh cuba makan nasi arab dengan lauk kepala kambing. Runsing dengan kepala kambing? Runsing nak makan daging selepas heboh dan kantoi kartel daging yang mencampur aduk antara daging halal dengan daging haram? Kali ini usah risau. Restoran El Wafa Kitchen menyediakan kambing tempatan. Apa itu kambing tempatan? Kambing tempatan adalah kambing yang dipeliharanya sendiri di tanah Malaysia. Bukan kanggaroo yang ditembak di Australia kemudian ditampal dengan sticker kambing halal. Penggunaan kambing tempatan adalah dakwaan taukey kedai dia la. Marketing dia dengan memfokuskan kepada penggunaan daging kambing tempatan. Nanti jangan guna nama aku yang beriya mengatakan mereka menggunakan kambing tempatan. Dan aku yakin serta tidak was-was dengan restoran ini. Yakin yang sememangnya mereka menggunakan daging kambing tempatan. Bukan daging import. Jadi apa istimewanya bila menggunakan kambing tempatan? Bila menggunakan kambing tempatan, mereka akan

MEMINTA DOA, MEMINTA TOLONG DENGAN ORANG YANG SUDAH MATI

“Mil, tak ada soalan nak tanya aku? Aku kepuasan ni. Biasanya mu banyak soalan,” Raja Saiful yang merupakan salah seorang dari pewaris Raja Sakti di Kelantan bertanya kepada aku. “Hari ni aku tak ada soalan Su. Tapi, ada satu soalan yang kawan aku tanya. Jadi, aku nak minta mu jawab.” Tiba-tiba terlintas ada satu soalan yang dilontarkan bertalu-talu minggu lepas dalam group whatsapp. “Okay. Acu cuba lontar mari soalan kawan mu tu. Aku nak dengar dan aku nak tahu susah atau senang soalan tu.” Macam biasa. Keyakinan kena tinggi. “Begini soalannya. ‘Sekarang ni, orang hidup yang mendoakan orang mati atau orang mati yang mendoakan orang hidup?’ Tu soalan kawan aku. Aku minta mu jawab kalau betul bahawa mu adalah pewaris Raja Sakti.” Soalan berharga 10K sudah dilontar. “Agak susah soalan mu tu. Betul ke mu ada kawan yang tanya soalan macam tu?” *** Soalan yang panas dalam seminggu dua ini dalam Facebook dek kerana tersebarnya satu video seorang ustaz yang mendakwa boleh untuk meminta tawass

SOP HOSPITAL DI DEWAN BERSALIN SEMASA COVID-19

COVID-19 masih belum reda dan SOP masih lagi ketat diamalkan. Lebih-lebih lagi di kawasan dan bangunan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti klinik, hospital itu sendiri. SOP yang ketat ini terpakai juga ketika di Dewan Bersalin Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) 2 di Kota Bharu. SOP untuk ibu yang nak bersalin dan terpakai untuk suami ataupun saudara mara ibu yang hendak bersalin. 1) Hanya ibu atau pesakit sahaja yang dibenarkan untuk masuk ke dewan bersalin. Selain ibu atau pesakit, kena berada di luar pintu. 2) Di luar pintu, disediakan 2 orang HA untuk membuat saringan COVID-19. Ada borang dan ada mesin pemeriksaan suhu. Dalam borang tersebut ada soalan-soalan yang akan ditanya oleh HA dan perlu dijawab. Jika sihat wal afiat, borang tersebut akan diserahkan kepada pengunjung / pesakit dan pastikan simpan baik-baik. 3) Pelawat tidak dibenarkan sama sekali melawat, menjenguk, meneman ibu yang sudah selamat bersalin. Bermakna, ibu yang dipindahkan dari labour room hingga mas

MICROPHONE TAK BUNYI UNTUK GOOGLE MEET? BOLEH CUBA CARA INI

Musim PKPB, cikgu-cikgu sibuk nak buat kelas online. Walaupun tak semua pelajar yang join kelas online, bagi pihak guru, pengajaran tetap kena teruskan. Itu tanggungjawab. Aku cuba juga berjinak dengan kelas online. Salah satunya adalah menggunakan google meet. Banyak kali aku cuba guna google meet dekat PC, tapi bila guna, ada masalah mic tak berbunyi. Aku beli headset sekali dengan mic. Baru lagi. Mustahil rosak macam tu. Mic bukan kaleng-kaleng. Jenama HyperX. Nak beli mic baru, macam tak cukup sen lagi. Aku cuba minta bantuan google. Taip 'mic problem with google meet' . Memang keluar banyak hasil carian. Aku baca cepat-cepat. Ramai yang complain dan aku rasa ini adalah memang silap dan kekurangan dari google meet. Aku buat kesimpulan yang google meet dekat PC ni memang ada masalah dengan mic! Selang seminggu dua, aku godek dan godek google. Ada la satu jalan penyelesaian dan aku cuba dekat google meet. Terus menjadi. Ini selepas beberapa kali berputus asa dan dan sudah ada