Sup Gearbox Namanya adalah Warung Atas Parit. Terletak di Lubok Jong, dekat dengan perumahan PR1MA Lubok Jong. Masuk lorang sebelah Taman Tengku Anis. Nanti masuk terus sahaja. Ada signboard tertulis Warung Atas Parit. Kedainya memang standard kedai warung yang berada di kampung. Tak jumpa juga korang waze atau search di Google Maps Warung Atas Parit. Pasti akan jumpa sebab aku sendiri dah cuba cari di Google Maps. Kebetulan masa aku pergi tadi hujan tengah turun renyai-renyai. Hujan-hujan pekena sup gearbox dengan daging goreng. Makan dengan nasi putih panas-panas. Emphhhh... Memang rasanya menghairahkan. Daging goreng Daging gorengnya memang sedap. Lembut. Selembut kapas. Terbaik. Katanya guna daging lembu tempatan. Bukannya yang import dan frozen. Usai makan, hirup pula air kelapa muda. Nyaman dan segar rasanya. Alhamdulillah. Harga? Sup Gearbox + daging goreng + telur dadar + nasi 5 pinggan + air kelapa muda 3 + 1 nescafe o ais = RM 68.00 Tak nak makan nasi? Boleh cuba mee celup.
melakar apa yang minda sering kusut