Skip to main content

Posts

CINTA... KALAU SUDAH TEKAD!

Kita tunjuk kepada yang masih bujang. “Bos Yi, jauh betul demo nak menikah. Rentas negeri tu.” Ambo tanya sain ambo, Bakari. “Jauh pun, bila kawe kata nak, kawe tak hirau dah.” Dia jawab dengan nada sedikit tinggi. “Demo fikir sehabis molek dah ke?” “Hmmm… kawe fikir sehabis,dua habis tiga habis. Banyak kali dah kawe fikir sampai habis. Tapi bila sayang dan cinta itu sungguh tinggi dan menebal, jauh pun kawe rela.” Sambil tangannya buat isyarat tinggi melepasi kepala. “Molek dan sangat molek kalau begitu. Demo ada prinsip. Kawe sebagai sain akan support dan sokong demo. Lepas ni, kita cakap guna ‘hang’ dengan ‘cheq’ pun kawe rela.” “Ermm… hang ni, cheq ligan baru tahu. ‘Kopek’ hang tahu ke padia maksud dia?” Tanya Bakari sambil tersengih. “Amboi… pandai dah sebut ‘kopek’.” **kopek dalam bahasa loghat utara bermaksud dompet/beg duit ******** Tahniah buat sahabat semeja kedai kopi ambo. Sudah melangsungkan perkahwinan. Moga rumah tangga yang dibina sentiasa bahagia dan dalam rahmat Allah

63 TAHUN MALAYSIA MERDEKA

  Di Kem Baha, Jelawang 63 tahun Malaysia merdeka. . Bumi ini bumi bertuah, Bukan kerana Hang Tuah, Bukan juga kerana durian berbuah, Kerana ianya dalam lindungan Allah. . InsyaAllah, mudah-mudahan.

COMMUNITY SHIELD CUP 2020 : ARSENAL JUARA

Siapa sangka Arsenal boleh julang Piala Perisai Komuniti 2020? Tak ada yang sangka kecuali fans Arsenal sendiri. Lawan Liverpool kot. Team paling power dalam EPL. . Tapi, nampaknya team paling power telah tersungkur di kaki Arsenal dan ini menjadikan Arsenal adalah team paling power di seluruh England. Bukan Manchester United, bukan juga Chelsea, bukan juga Manchester City. Tottenham? Lagi la bukan! . Arsenal mendahului dengan 1-0 melalui jaringan Aubameyang. Serius, gol Aubameyang memang sangat cantik sengan rembatan melengkung dari sisi sebelah kiri padang dan menerjah gawang Alonso di sebelah kanan. Gerakan cantik dan Aubameyang pandai menggunakan peluang yang sedia terhidang. . Kemudian, permainan sedikit hambar. Arsenal kelihatan bermain secara bertahan. Tapi boleh tahan juga pertahanan Arsenal. Kukuh walaupun ada David Luiz sebagai Center Defender. Budak muda, Rob Holding dan Tierniey boleh puji. Rajin dan fokus. . Taktik bertahan Arsenal tidak bertahan selamanya bila gawang Mart

HANTU MENYAPA TUKANG MASAK DI KANTIN SEKOLAH

Pagi sebelum Subuh, ambo terserempak dengan Abe Li. Abe Li merupakan seorang bekas tentera yang sekarang ini menjadi tukang masak di kantin sekolah. . Bukan Abe Li kasut pink yang main futsal lipak kawan tu. . Abe Li melihat ambo sebaik saja dia keluar bilik memasak. Bergegas hendak pulang. . “Alllah ustaz… terkena ambo pagi ni.” Spontan saja terucap dari mulut Abe Li sebaik melihat ambo berjalan menuju ke arahnya. . “Aaa… beres. Abe Li kena deh pagi ni. Masa mana Abe Li?” Ambo dah tahu apa maksud Abe Li bila dia cakap dia terkena pagi tu. Maksudnya, dia dikacau hantu. . “Dalam pukul 4 macam tu.” . “Acu cuba Abe Li cerita. Ambo nak dengar.” . “Maso ambo duk memotong bawang tu, dengar pintu roller shutter ni bergegar. Ambo ingatkan budak. Ambo pun kata ‘Mu nak apa?’ Lepas tu senyap.” Abe Li bercerita sambil berdiri. . “Lepas tu Abe Li?” Ambo tak sabar nak dengar. Minat dengar cerita hantu. “Lepas tu dalam beberapa minit, ambo dengar suara perempuan dari arah pintu. Pintu memang dah terb

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

BABI MANA BABI?

“Kawe tak sangka, dalam ramai-ramai sain kawe, ada yang dipanggil babi.” Abon memulakan cerita di warung kopi selepas bermain futsal. . Masalah Abe Li sudah Abon selesaikan. Tapi Abe Li masih lagi gelisah. Kejap pandang handphone. Kejap merenung siling warung kopi. . “Aaa… kasar Bon. Demo sain dengan babi ke sekarang ni?.” Jes terkejut dengan mukadimah cerita Abon. . “Bukan Bos Jes. Macam ni. Masa kawe duduk minum kopi tu, sain kawe mari. Muka dia masam. Lepas tu dia tanya, ‘bi mano bi?’ Kawe binggung. Kawe pun tanya dia, ‘Bi mana ni?’ Dia memuncung mulut sebagai isyarat, menunjuk ke arah sain kawe di meja sebelah yang sedang makan. ‘Tu, babi tu.’ Kawe terkejut Bos Jes.” Panjang lebar Abon bercerita. . “Benda gitu terkejut demo Bon. Mudah terkejut demo ni.” Nyes mencelah. . “Parah tu. Macam mana boleh sampai macam tu Bon?” Abe Li bertanya. . “Macam ni Bos Li. Siasat punya siasat. Kawe boleh tahu sebab dia marah sampai panggil babi adalah berpunca dari gambar!” Abon sambung bercerita. S

ANTARA KOPI DAN FUTSAL

Team Futsal Abe Li Lepas dari bermain futsal semalam, nampak sain ambo mundar-mandir di luar gelanggang. Peluh masih basah. Tangannya memegang handphone. Mukanya berkerut, nampak berserabut. . “Abe Li, beres ke tu? Nampak berserabut. Ada masalah besar ke?” Abon bertanya kepada Abe Li. . Memang Abon ni seorang kawan yang selalu menyibuk masalah kawannya. . “Masalah besar ni Bon. Aduuu la. Berasa bodoh piau dah ni dengan diri sendiri.” Abe Li menjawab. Nadanya cemas. . “Aaa… masalah apa tu Abe Li. Mari duduk. Cuba cerita apa masalahnya. Kita bincang. Ramai sain-sain nak dengar masalah Abe Li ni. Jes ada, Koha ada, Nyes ada, Jamel ada.” Abon nampak bijak menyusun kata. . Abe Li duduk di bangku yang tersedia di luar gelanggang. Peluh bermain futsal masih berjujuran turun hingga basah kasut pink yang dipakai olehnya. . “Kawe lipak sain kawe ni. Ado sain kawe ajak mengopi (lepak sambil minum kopi) malam ni. Lepas tu kawe lipak. Bagitahu dia kawe nak rest malam ni sebab pagi esok nak gerak ke