“Kawe tak sangka, dalam ramai-ramai sain kawe, ada yang dipanggil babi.” Abon memulakan cerita di warung kopi selepas bermain futsal. . Masalah Abe Li sudah Abon selesaikan. Tapi Abe Li masih lagi gelisah. Kejap pandang handphone. Kejap merenung siling warung kopi. . “Aaa… kasar Bon. Demo sain dengan babi ke sekarang ni?.” Jes terkejut dengan mukadimah cerita Abon. . “Bukan Bos Jes. Macam ni. Masa kawe duduk minum kopi tu, sain kawe mari. Muka dia masam. Lepas tu dia tanya, ‘bi mano bi?’ Kawe binggung. Kawe pun tanya dia, ‘Bi mana ni?’ Dia memuncung mulut sebagai isyarat, menunjuk ke arah sain kawe di meja sebelah yang sedang makan. ‘Tu, babi tu.’ Kawe terkejut Bos Jes.” Panjang lebar Abon bercerita. . “Benda gitu terkejut demo Bon. Mudah terkejut demo ni.” Nyes mencelah. . “Parah tu. Macam mana boleh sampai macam tu Bon?” Abe Li bertanya. . “Macam ni Bos Li. Siasat punya siasat. Kawe boleh tahu sebab dia marah sampai panggil babi adalah berpunca dari gambar!” Abon sambung bercerita. S