Skip to main content

Posts

Piala FA 2015 Bukan Milik Kelantan

Seperti yang diramalkan oleh Anuar Musa yang Piala FA tahun ni bukannya dalam rangkulan The Red Warriors. Tekaan yang dibuat oleh Anuar Musa berdasarkan analisis dan faktanya memang betul – betul menjadi realiti. Satu realiti dan juga satu kekecewaan buat peminat tegar TRW. Rilek brader – brader semua. Sokongan brader – brader semua memang terbaik. Penuh Stadium Bukit Jalil dengan baju yang berwarna merah. Aku pun pelik, yang pakai baju merah pun ada yang sokong Lion.  Menang kalah itu adat pertandingan. Apa yang penting adalah semangat kesukanan yang menghubungkan jalan kepada munculnya semangat kesepaduan antara rakyat Kelantan tanpa mengira kaum dan latar belakang politik. Syabas dan tahniah. Harapnya fans Kelantan sudah matang sikap dan perangainya dalam menjadi seorang fans TRW yang sejati. Harap tragedi bakar trak atau pun tragedi bakar stadium seperti fans Terengganu baru – baru ini tidak berulang. Tapi, apa yang kecewa lagi adalah Piala FA buat sulung kalinya dib

Berurusan Dengan Manusia

Ada segolongan manusia, apabila kita berbuat baik dengan mereka, mereka berbuat baik pula dengan kita. Ada pula golongan yang apabila kita berbuat baik kepada mereka, mereka tidak berbuat baik dengan kita. Seorang ulama berkata: والسعادة في معاملة الخلق أن تعاملهم لله فترجو الله فيهم ولا ترجوهم في الله، وتخافه فيهم ولا تخافهم في الله، وتحسن إليهم إليهم رجاء ثواب الله لا لمكافئتهم، وتكف عن ظلمهم خوفا من الله لا منهم   "Kebahagian dalam berurusan dengan makhluk Allah adalah dengan berurusan dengan makhluk KERANA ALLAH dengan mengharapkan Allah ketika berurusan dengan makhluk, bukan mengharapkan makhluk ketika berurusan dengan Allah. Takut kepada Allah ketika berurusan dengan makhluk, bukan takut kepada makhluk ketika berurusan dengan Allah. Berbuat baik kepada makhluk dengan mengharapkan pahala daripada Allah, bukan kerana mengharapkan balasan makhluk. Tidak menzalimi makhluk kerana takut kepada Allah, bukan kerana takut kepada makhluk" [Majmu' Al-Fata

Sudah Lupakah Tentang Rohingnya?

Penghulu Hari Jumaat yang indah dan lagi permai moganya. Harapnya segala urusan dipermudahkan di penghulu hari dan juga di hari - hari yang akan mendatang. Syukur di atas segala bentuk nikmat yang kita perolehi sejak dari kita lahir di dunia hinggalah sekarang ini. Mungkin ada antara nikmat yang kita perolehi itu telah pun kita lupa. Mungkin? Menjadi manusia adalah bukan pilihan kita, tapi ianya adalah satu rancangan yang direncanakan oleh yang Maha Kuasa. Tapi, ketahuilah oleh kita yang hidup ini semuanya berkisar tentang pilihan. Kita diberi kuasa untuk memilih. Mahu pilih pahala atau pun dosa. Mahu pilih bahagia atau pun sengsara. Semuanya di tangan kita. Cumanya ianya tidak secara mutlak atau keseluruhannya. Rohingnya Sudah lupakah kita dengan isu Rohingnya? Oh lupa. Masyarakat kita punya semangat yang tidak menentu arahnya. Corak dan alunan semangat itu tidak dapat dibaca dengan tepat. Selalu bergerak secara rawak. Tidak konsisten dan malar. Lantak diorang lah, as

Dipotong 15 dan Dihumban ke Dalam Mangkuk Tandas, Apa Salah Saya Ibu?

Allahuakbar. Terkejut bila tengok tajuk akhbar hari ini. Manusia sudah kembali ke zaman jahiliyah dah agaknya. Bahkan mungkin lebih teruk dari zaman umat yang terdahulu. Bayangkan bayi tanpa dosa dibunuh dan dibuang ke dalam mangkuk tandas. Tak cukup dengan bunuh, siap dipotong – potong lagi. Macam mak – mak potong tembikai dah. Tak ada perasaan ke manusia zaman sekarang ini? Makin maju manusia dengan teknologi, makin jauh dan hilang sifat kemanusiaan dalam diri mereka. Kita renung balik zaman umat yang terdahulu. Kalau zaman Nabi Musa, bayi lelaki akan dibunuh tanpa banyak soal. Zaman jahiliyah sebelum Nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi Rasulullah, bayi perempuan ditanam hidup – hidup. Zaman sekarang, bayi tanpa mengira status jantina dibunuh tanpa perasaan. Bahkan manusia lebih jahat sehingga tergamak memotong – motong bayi tersebut dan disumbat di dalam tempat yang hina di muka dunia ini. Lubang jamban! Taraf najiskah seorang bayi yang tidak berdosa sehingga perlu dih

Salah ke Selfie Atas Pentas?

Gambar dari Ohmedia.my Ada tengok tak berita tentang pelajar yang kena gantung statusnya sebagai pelajar di Uitm. Sudah jadi viral dekat laman sosial. Tengok ke tidak? Mungkin boleh dijadikan viral tu sebab ianya ada kaitan dengan trend zaman sekarang. Trend selfie. Macam - macam isu kat Malaysia sejak masuk bertebarannya generasi Y ni. Haha.. Ringkasnya, pelajar jurusan diploma dalam bidang fotografi tu digantung kerana aksinya merakamkan gambar selfie semasa di atas pentas untuk menerima scroll pada majlis konvokesyen. Mungkin rasa sangat teruja dan ghairah, tu yang dia terus keluarkan handphone dan snap gambar dengan gaya selfie. Dia sengih sampai cuping telinga dalam gambar tu. Almaklum la... berbaloi dengan penat lelah selama bergelar pelajar diploma. Tapi, caunsellor kat sebelah dia dalam gambar tu nampak serius je. Haha. Spoil betul. Bagi aku, pihak Uitm mungkin mengambil serius dalam hal ini. Perbuatannya seolah nampak tidak beradap dan tiada tatasusila. Biad

Potential Arsenal Lineup for the Weekend Clash With Manchester United

Jangan risau. Entry dalam Bahasa Melayu. Tajuk je yang kemain nampak gempak dalam bahasa inggeris. Haha. Semangat yang berkobar sebagai peminat setia Arsenal tu perlu ada untuk menentang musuh tradisi malam esok. Man United mungkin akan menjadi mangsa kekejaman Arsenal. Mungkin je. Fan Man Utd jangan nak panas pula. Bagi chance sikit dekat fan Arsenal. Fan Man Utd kena ingat, Man Utd bakal dirobek dan diratah ibarat kambing golek. Aummmm... Hahaha. Penjaga Gol Tak lain tak bukan. Ospina semestinya akan mengambil tugas untuk menjaga gawang gol Arsenal. Sejak Ospina fit, nampaknya Ospina sudah mengambil alih tempat Shezni yang selama ini tampak angkuh dengan gambar selfienya. Wenger hanya memberikan Shezni beraksi untuk piala FA. Ya, esok Ospina akan beraksi tanpa ragu. Defender Mengikut perkiraan aku. Wenger akan menggunakan defender favouritenya buat sekarang ini. Favourite Wenger sekarang ini adalah:- Bellerin - Mertesacker - Koscielny - Monreal Cuma, favourite aku