Selamat Hari Buruh untuk para pekerja di Malaysia. Genap juga sebulan pelaksanaan GST 6% oleh kerajaan Malaysia. Sudah berapa juta, berapa billion hasil GST yang berjaya dikutip? Sudah berapa banyak barang - barang yang turun seperti yang didakwa oleh para menteri yang dapat meringankan beban marhaen? Sebulan pelasanaannya, semuanya boleh dinilai oleh jiwa dan raga. Secara amnya, mental dan fizikal sememangnya terkesan oleh kesan GST ini. Stress jiwa, penat raga. Kalau awal - awal April hari tu, rakyat naik bengang disebakan harga isian prepaid naik sebanyak 60 sen untuk setiap isian yang bernilai RM 10. Maka, datanglah hero malaya, Pak Menteri Kewangan Ahmad Maslan untuk menjernihan keadaan. Kononnya untuk menenangkan suasana. Katanya, dia akan bermesyuarat dengan syarikat - syarikat telco ini dan hasilnya, syarikat telco meminta masa sebulan untuk mengkajinya dan harga prepaid akan kembali seperti asal pada awal bulan Mei. Asalnya dia sendiri kecoh di twitter menerangkan yan
melakar apa yang minda sering kusut