ENTRY ARSENAL Game semalam ternyata satu aib yang besar buat pasukan kita. Kena lanyak 6 - 3 dengan Manchester City. Kita mungkin dapat bagi alasan dengan bermain di tempat lawan. Tapi alasan tu hanya alasan budak sekolah rendah. Tak boleh nak pakai sangat kalau nak diikut kirakan. Macam tak boleh nak terima hakikat pun ada sampai 6 gol Shezni bolos semalam. Ternyata game lepas ni menjadi penentu Arsenal akan terus berada di puncak liga ataupun tidak. Arsenal akan menentang Chelsea di Emirates hari Isnin 23 haribulan nanti. Wenger menurunkan Walcott sebagai kesebelasan utama menentang City. Ternyata Walcott memang berbisa dengan menjaringkan 2 gol. Satu harapan yang baru kepada Arsenal sementara Giroud ketandusan jaringan gol. Sagna pun turut turun sebagai kesebelasan utama. Cuma semalam tak tahu mana yang silapnya. City terlalu mudah menembusi benteng pertahanan kita. Lebih - lebih lagi bila pertahanan terbaik kita Koscielny terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan lutut dan d
melakar apa yang minda sering kusut