Ini adalah Ramadhan aku yang ketujuh. Sudah 6 hari Ramadhan berlalu. Tinggal untuk muhasabah apakah enam hari yang lalu terisi dengan amalan-amalan soleh yang boleh menjadi teman kita di alam akhirat kelak. Setiap tahun hanya 30 hari yang dianugerahkan oleh Allah. Hari-hari yang mana amalan-amalan anak Adam akan dilipatkali gandakan. BERBUKA PUASA DI MADINAH Berbuka puasa di Madinah adalah tidak susah bagi orang bujang. Bahkan ia mungkin lebih seronok. Boleh dikatakan setiap tempat mesti ada menyediakan khemah untuk juadah berbuka puasa. Semuanya terpulang kepada kita untuk memilih tempat dan selera yang sesuai dengan kita Bagi jemaah umrah, berbuka puasa juga tidak menjadi masalah. Hampir di segenap ruang dan penjuru Masjid Nabawi disediakan tempat berbuka puasa. Bagi jemaah yang sudah sampai di Madinah pada bulan Ramadhan, gambaran suasana berbuka di Masjid Nabawi mesti meriah. Terdapat pelbagai jenis dan ragam makhluk dari pelbagai negara di sana. suasana di perkarangan Ma
melakar apa yang minda sering kusut