Skip to main content

Ramadhan di Madinah 2

Ini adalah Ramadhan aku yang ketujuh. Sudah 6 hari Ramadhan berlalu. Tinggal untuk muhasabah apakah enam hari yang lalu terisi dengan amalan-amalan soleh yang boleh menjadi teman kita di alam akhirat kelak. Setiap tahun hanya 30 hari yang dianugerahkan oleh Allah. Hari-hari yang mana amalan-amalan anak Adam akan dilipatkali gandakan.

BERBUKA PUASA DI MADINAH

Berbuka puasa di Madinah adalah tidak susah bagi orang bujang. Bahkan ia mungkin lebih seronok. Boleh dikatakan setiap tempat mesti ada menyediakan khemah untuk juadah berbuka puasa. Semuanya terpulang kepada kita untuk memilih tempat dan selera yang sesuai dengan kita

Bagi jemaah umrah, berbuka puasa juga tidak menjadi masalah. Hampir di segenap ruang dan penjuru Masjid Nabawi disediakan tempat berbuka puasa. Bagi jemaah yang sudah sampai di Madinah pada bulan Ramadhan, gambaran suasana berbuka di Masjid Nabawi mesti meriah.  Terdapat pelbagai jenis dan ragam makhluk dari pelbagai negara di sana.
suasana di perkarangan Masjid Nabawi. Hamparan khemah warna hijau dan safrah berwarna putih.

Setiap tempat dalam kawasan Masjid Nabawi akan dihamparkan dengan khemah-khemah dan diatas khemah itu akan dihamparkan pula dengan 'safrah'. Di atas 'safrah' itulah adanya makanan untuk para jemaah. Rutob, roti, dan yoghurt perisa asli adalah antara menu tetap. Manakala, untuk menu-menu spesel seperti nasi lauk kambing dan nasi beriani lauk ayam, itu adalah atas usaha sendiri untuk mencarinya. Tak semua tempat yang ada menu spesel.

Jika diperhati secara teliti, setiap khemah yang terhampar akan ada yang berlainan warnanya. Setiap warna mewakili setiap orang ataupun group yang bertanggungjawab untuk menguruskan juadah. Biasanya diorang ni adalah secara ikhlas yang menyediakan makanan untuk orang ramai. Semua kos dan dana adalah dari harta mereka sendiri. Jadi, semua itu terpulang kepada mereka apa yang mahu disponsor ataupun diinfakkan.
menu spesel adalah bekas yang bertutup. suspen betul ada apa kat dalam tu.

Setakat ni, aku hanya mencari port di bahagian luar kiri masjid. Kat situ biasanya ada menu spesel. Berdekatan dengan tandas bernombor 13. Kalau dalam masjid pula, memang tak akan ada menu nasi. Yang ada cuma rutob, roti dan yogurt bersama air zam-zam yang pastinya. Kalau bernasib baik, ada kopi arab. Tu pun kalau ada yang dapat minum.

Pastikan untuk berada di perkarangan masjid sejam ataupun setengah jam sebulan waktu maghrib kerana biasanya tempat yang ada menu spesel ni mennjadi serbuan utama. Mengikut perhatian aku, ramai mat-mat India dan Pakistan mendapat tempat yang pertama. Aku datang je dah penuh dengan diorang. Mungkin diorang bertapa kat situ lepas asar lagi.

DALAM UNIVERSITI


port berbuka berdekatan dengan universiti

Sepanjang shortsem di universiti, memang boleh dikatakan tak ada makanan melainkan kena masak sendiri untuk berbuka mahupun bersahur. Cuma, ada masjid yang berdekatan universiti menyediakan juadah berbuka. Cuma masjid-masjid yang tertentu sahaja. Itupun dalam 2km luar dari universiti. Itu sebab kita perlu rasa bertuah kalau dapat roomate yang rajin memasak. Sedap atau tak itu adalah hal yang lain.
satu juadah untuk 2 orang. menu nasi + lauk kambing di masjid berdekatan universiti.

Masjid berdekatan dengan universiti aku ni memang setiap hari ada menyediakan khemah untuk berbuka. Biasanya hanya dipenuhi dengan mat-mat bangla yang bekerja kat sini. Selebihnya adalah mat-mat indonesia dan mat-mat Mesir dan lain-lain mat lagi. Selama 2 hari berturut-turut aku try berbuka kat sini. Menunya aku rasa akan sama sampai penhujung Ramadhan. Nasi mandi dengan lauk kambing. Satu talam untuk dua orang. Banyakkan?

Comments

  1. habis ker makan tu?? 1 talam pon dah banyak..tapi nampak lauknya sikit..
    alhamdulilah..rezeki..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...murah hati diorang nak sedekahkan makanan berbuka puasa sebanyak tu.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum H.j...kat sana dah hari ke 7 berpuasa yer malaysia baru hari ke 6..

    banyaknya nasi dia kalau 2 org makan tu mesti berlebih2 je kan...:)

    ReplyDelete
  4. kopi arab x sedap! ade bunga cengkih kan

    pernah try ari tu...huuuu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah rezeki rezeki.. ehh kurma tue nmpk mcm sgt sedap jer x pernah jmpe kt sini

    ReplyDelete
  6. waahhh..suke meriah2 cm ni time bukak pose....

    ReplyDelete
  7. my dream nk sambut ramadhan kat sana...

    sonoknya.. meriahhh

    ReplyDelete
  8. paling suka yg bawah skali tu...:)

    ReplyDelete
  9. balik raye ni kompem kau gemok weh

    ReplyDelete
  10. itu kurma ke? cantik!

    selamat berpuasa. :)

    ReplyDelete
  11. byk betul portion utk sorang..sume besar..kurma, roti, yogurt tu.

    safrah tu akak panggil kain saprah..

    ReplyDelete
  12. wow!
    nasi ngan lauk kambing tu makan dua org?? habis ke tuh? banyak tuh..
    selamat berposo:D

    ReplyDelete
  13. makan free ehh? banyak tu nasi untuk 2 orang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.