takwim hijri takwim terbaik

Puasa dah nak hampir dah. Sama - sama kita doakan agar kita masih sempat untuk mengecapi kemanisan bulan Ramadhan tahun ini. Berazam agar Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan tahun lepas. Itu adalah tanda seorang Muslim yang terbaikkan?

Tapi lain bagi aku kat sini. Menghitung Ramadhan tu samanya dengan menghitung final exam untuk shortsem.  Awal Ramadhan adalah permualaan untuk mula final exam. Okay la tu... tiap kali menghitung final exam... terhitung sekali dengan Ramadhan. Ini adalah disebabkan universiti aku menggunapakai takwim kalendar Hijri dalam pentadbirannya.

Mungkin ada kelebihannya kerana menggunapakai sistem kalendar Hijri dalam pentadbirannya. Rasa-rasa aku, tak banyak negara yang menggunapakai takwim Hijri sebagai takwim rasmi pentadbiran diorang. Mungkin hanya Arab Saudi Mungkin aku patut rasa beruntung dan bertuah. Boleh merasainya.

Daripada yang aku dapat tahu, universiti aku buka sepanjang masa sepanjang takwim Hijri kecuali 2 hari setiap minggu iaitu hari Khamis dan hari Jumaat. Hari tersebut merupakan hujung minggu di sini.Selain hari tersebut, dikatakan 10 hari terakhir Ramadhan universiti aku akan sepenuhnya ditutup daripada pengunjung. Pejabat tutup dan semua kakitangan cuti sepenuh masa. Mungkin bagi peluang untuk kakitangan mengejar lailatul qadar. Sama je kan dengan universiti lain..? Hehe

**ada sesape nak try sistem pentadbiran ikut takwim Hijri ke..?haha

Comments

  1. selamat menjalani ibadat puasa...selamat menempuh exam...huhuh

    ReplyDelete
  2. x sabar nak puasa kan ..
    deabr nie ;)

    ReplyDelete
  3. ikut takwim hijri lebih best dari kalendar kuda!!!

    ReplyDelete
  4. hepi ramadhan.. :)

    u aku xde nak bt takwim...huuhu

    pngarah pun non.

    ReplyDelete
  5. baru akak tau..sana ikut kalender hijrah..

    siap tutup 10 akhir ramadhan lagi. gd3

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum H.J....selamat menyambut bulan Ramadhan ni yer...:)

    ReplyDelete
  7. wah bgs cara tu ikut takwin hijri... staf pun leh cuti n beridah sepenuhnya di 10 malam terakhir... slm ramadhan...

    ReplyDelete
  8. Bagus la mcm tu kan.. Bertuah la dia.. :p

    Kat sni pn exam jugak next week.. Lepas abes exa, tu dok menghitung hari nk balik mesia la.. Haha

    ReplyDelete
  9. selamat berpuasa ubibadokkkk ;p

    ReplyDelete
  10. wah bestnya u mcm tu ye~~ slmt berpuasa dan gud luck 4 yur exam :)

    ReplyDelete
  11. rasanya uni sini takde pun mcm tu.

    untung la dpt merasa.

    ReplyDelete
  12. esok pose dh..selamat berpuasa...salam ramadhan ^^

    ReplyDelete
  13. salam ramadhan..

    bestnya cuti bila 10 mlm terakhir tu..heee

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

hukum main mercun

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK