Tips Menjaga Selipar di Tanah Haram
Dalam satu jemaah umrah yang berkunjung ke Masjid Nabawi di Madinah pasti akan ada seorang ataupun lebih yang mengeluh. Mengeluh? Ye, mungkin mengeluh. Paling tidak pun dalam hati.. Merintih sayu mengadu kepada Yang Esa. Kenapa?
Ini adalah disebabkan oleh alas kaki mereka yang hilang. Kalau sekali hilang, mungkin boleh bersabar lagi. Keluar masjid, beli yang baru dalam perjalanan pulang ke hotel. Biasanya satu pasang dalam SR 10. Tapi, kalau tiap-tiap kali keluar masjid alas kaki ataupun selipar itu hilang, memang boleh bermain tarik tali dengan tahap kesabaran. Silap tarik, memang tak pergi masjid gamaknya!!
Bagi yang berfikiran positif, mungkin dia menganggap itu sebagai ujian kepadanya sepanjang berada di Tanah Haram. Bersabar dan terus bersabar. Mungkin ada hikmah di dalamnya. Tidak mengapa habiskan duit untuk beli selipar. Selipar yang akan digunakan untuk pergi ke masjid. Menunaikan solat dalam mengadap Sang Pencipta. Ini mungkin ada bagusnya.
Mungkin ada cara untuk mengelaknya. Mungkin boleh pakai tips ini :
Pastikan kita membawa selipar kita masuk sekali dalam Masjid Nabawi. Jangan sesekali tinggal dalam kotak di hadapan pintu masuk. Ini kerana banyak sekali jemaah yang letak selipar kat situ. Kebarangkalian untuk selipar jatuh dan hilang itu tinggi.
Untuk keselamatan yang lebih, pastikan selipar kita itu diletak dalam bungkusan. Bawa bersama-sama masuk dalam masjid. Pastikan selipar diletakkan di rak yang berhampiran dengan tempat kita solat. Walaupun letak selipar kat dalam masjid, jangan sesekali jauh daripada tempat kita. Kebarangkalian untuk kita lupa kepada kedudukan rak selipar masih ada.
Last sekali, pastikan kita ingat nombor rak tempat kita letak selipar. Ini mungkin susah bagi orang-orang tua kerana ada nombor yang mencecah 4 angka. Mungkin ini adalah last choice. Kalau kita ingat nombor rak dan kedudukan rak ni, aku boleh jamin berdasarkan pengalaman yang selipar kita tu tak akan hilang.
Mesti kita nak beribadah dengan tenang tanpa memikir masalah selipar hilang bila sampai di Madinah mahupun Mekah. Jadi, itu semua terpulang kepada taktikal kita untuk menjadikan ibadah kita tenang ataupun kucar-kacir.
Pakai sliper buruk je la gtu
ReplyDeleteguting alik atas slipar jepung tu..ore tak sir la curi sebab rongok :)
ReplyDeleteassalamualaikum H.J...menarik ni tips2 yg berguna sekali...:)
ReplyDeletewawhhh..bgus adk kte terrr..
ReplyDeletemat slipar penah kno curik dop? hahahah
kan... dari tak tenang pk selipar selipar..kang ibadah pun kemana.. huuuu
ReplyDeleteagak ahhhhh.. kes selipar hilang masjid ni mmg tak penah setel...
ReplyDeletekt mne2 ad je kes hlang selipar ni hahaha...
ReplyDeleteHahaha..tengah2 solat dok teringat pasal selipar pulak.. Emm kt sna pn ada jgak kes hilang selipar rupanya..
ReplyDeleteBtw slmt berpuasa :)
akak pki kasut je biasanya. mmg letak kat rak.tp selalu je lupa nmbr rak.hahaha.pucat muka cari kasut takda.
ReplyDeletemak akak baru balik umrah, selipar dia hilang ntah brapa kali. bungkus & letak rak, tetap hilang. lastly, bungkus & bawak..baru settle problem.
ReplyDeleteJust wanted to say you have a great site and thanks for posting!…
ReplyDeletetak payah cakap dekat Makkah dan Madinah lah kan, dekat Malaysia ni pon ha selalu hilang selipar kalau pergi masjid. mungkin ada yang tersalah sarung ke. kot. kalau sengaja curi tu, memang tempah bala lah kan.
ReplyDeletethanks for the tips..
ReplyDeleteselalu dengar pasal isu ni..lagi2 kat kat sana kan..bagus tips ni H.J..boleh beringat awal2 sebelum terjadi~
ReplyDeletebagus tips nie dik
ReplyDeleterasanya kalau di masjid besar di sini pun
ramai yg amalkan tips nie
sepcially wanita .. memang kerap ilang selipar ..
ohh.. kat sana pon byk kes curik selipar ke. xtaw menahu plak. btw jom baca pngalaman sy http://hajimins.blogspot.com/2012/08/hilang-versi-selipar.html
ReplyDeletehari tu aku pun hilang selipar kat sana.. kalau nk simpan, selamat bungkus dlm beg platsik atau simpan ditempat yg strategik skit, jgn open sgt..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete