Skip to main content

Posts

wordless

**gambar ni khas untuk si dia..miss you..haha

Negara Islam

kejap je hari selasa. tapi, bagi aku.. hari selasa ni lambat sangat. aku tunggu hari selasa ni sejak hari sabtu lagi.. last last hari ni baru hari selasa. selasa datang bukan ada apa.. sebab bila dah hari selasa.. esok tu dah rabu.. bila rabu..esok satu lagi cuti la..hari khamis..haha, pening punya ayat. tadi aku belajar subjek baru. "Hadir Alam Islami". Kehadiran Islam ke Dunia. Lebih kurang macam tu la. hanya sejam seminggu. td kelas awal. syeikh hanya terangkan apa itu maksud negara Islam. Katanya ada perselisihan dengan 3 maksud untuk negara Islam. Pertama negara yang mana 50 peratus daripada rakyatnya adalah beragama Islam. Tu confirm-confirm negara Islam dan pendapat ni la yang paling betul. Contoh, penduduk sesebuah negara ada 20juta orang. 10juta daripadanya adalah Muslim yang mana nisbahnya adalah 50 peratus. Kedua, penduduknya tidak mencapai 50 peratus. Tetapi peratus penduduknya Muslim adalah yang tertinggi. Contoh, 10juta penduduk. 4juta Muslim, 3juta kristian

Strict dengan Masa

guru untuk madah feqh aku sangat tegas. mengajar feqh 4. bab korban, sembelihan dan seumpamanya. serius.. muka syeikh amat garang. terkadang dia senyum juga.. tetapi senyum yang nampak garang.. boleh imagine..?haha dia ada peraturan dia sendiri semasa dalam kelas. peraturan yang dia reka sendiri. boleh bantai apa yang nak. dialah raja. kita rakyat. kena patuh.. kalau tak patuh.. keluar kelas.. cari kelas lain.. senang je.. begitu juga dengan manusia.. kita duduk di atas bumi Allah.. yang mana tak suka dengan peraturan Allah.. tak suka dengan perintah Allah.. tak suka dengan guidelines yang Allah keluarkan.. bila - bila masa je boleh keluar dari bumi Allah..cari bumi lain. buat peraturan sendiri.. syeikh aku ni memang strict dengan masa. dia akan masuk lewat 5 minit dari masa sebenar kelas start. memang tepat 5 minit dia masuk.. mana - mana student yang masuk lepas dia masuk kelas.. maaf la. tak boleh. tunggu esok..even student mengekori dia dari belakang semasa masuk kelas pom tak b

cincinku cincinmu jua

tahukah korang yang negara barat adalah negara di sebelah bahagian barat mengikut kompas di Malaysia...? negara barat kini semakin menjadi rujukan hampir semua aspek.. dari sekecil kecik hinggak kebesar besar aspek. barat sungguh gah di mata dunia. orang orang barat ataupun lebih tepat dengan orang orang kristian, mereka juga menggunakan cincin sebagai simbolik dalam perkahwinan. cincin diorang bukan sekadar bertakhta berlian yang berkarat berkarat beratnya, tetapi kepercayaan diorang terhadap acara tukaran cincin tersebut tidak dapat diterima dek akal. mereka beranggapan yang cincin ini mampu mengikat hati antara pasangan mereka. menambah jangka hayat in relationship. beranggapan yang pasangan mereka tidak mungkin akan curang setelah disarung cincin. itulah anggapan mereka.pegangan mereka. tapi itu semua adalah dusta. khayalan dan imaginasi semata - mata. mana mungkin hati terikat dengan sebentuk cincin. lelaki. sama je.. impian ingin berkahwin lebih dari satu.  kizkulesi, turki

pasanganku merokok

entry ni aku up time aku bangun tido.. jadi kat mesia dalam dekat tengah hari dah.. pejabat pom nak dekat nga time rehat.. aku tak de idea macam inpirasi aku tu.. siap boleh up  6 7 entry dalam satu hari.. artis katakan..tapi tak pe.. aku buat dia jadi sumber inspirasi.. dapat juga aura sikit sikit kan..? ini entry untuk perempuan yang tak berkahwin lagi..hehe. berapa ramai dalam kalangan perempuan yang baca entry ni suka jika pasangan dia merokok..? aku rasa mesti ada yang suka dan ada juga yang tak suka jika pasangan dia merokok. maklum la.. lelaki itu kacak jika merokok..nak nak rokok dunhill pula.. yang aku heran.. ramai je wanita yang meluat jika ada orang merokok dekat dia.. siap kibas kibas tangan lagi... ada tu siap tutup hidung sebagai isyarat tanda tidak senang dengan asap rokok.. silap silap, siap sound direct lagi.. mulut wanita kan..kekadang diluar kawalan... haha tapi.. bila balak dia tu merokok.. senyap pula.. tak de bising bising nak sound bagi nasihat.. ye la.. mung

Minta Maaf Semua

first sekali nak mintak maaf kat sorang tu. maaf bebanyak. tak tahu dia terasa plak dengan komen aku. komen kat entry dia yang dia sedang bercinta dengan seorang blogger. sory ye kalo tersentap. dan jenis aku kot..suka main - main.. tak de niat yang serius.. yang kedua... aku nak mintak maaf juga kepada mana - mana blogger jika ada kat entry dia komen aku yang dia rasa tak sedap hati. mungkin dia sempat padam sebelum publish.. yang tu ok la.. tapi mungkin yang stail publish terus..tak ada penapisan dari dia.. jadi, orang lain boleh nampak komen aku yang buruk tu.. yang ketiga.. entry aku pasal ni la.. nak minta maaf.. aku bukan Nabi.. jauh sekali bukan malaikat yang maksum daripada dosa dan noda. Akhir kalam.. maafkan aku. aku bukan mamat paparazzi..jauh sesekali

Ijma'

entry ni agak ilmiah sikit. korang yang jemu baca cuma perlu gerakkan mata dari atas ke bawah sambil tangan yang memegang mouse skroll ke bawah.. lepas tu tekan butang x kat sebelah kanan tab..haha..dah tahu blog bosan, tapi suh skroll ke bawah jugak kan?? ijma'. ijma' adalah salah satu bab dalam usul feqh dan juga merupakan salah satu sumber rujukan dalam Islam selepas 2 rujukan yang penting, AlQuran dan Hadis. Ijma' kalau dalam bahasa mudah adalah sepakat. sebulat suara. Contoh ijma': semua ulama' berpendapat yang solat 5 waktu adalah wajib. sebulat suara. tak de sorang pom yang nafikan. Makna Ijma' dari segi bahasa mempunyai 2 makna. Pertama adalah sepakat (ittifaq) dan kedua adalah berazam (al-'azm). Manakala dari segi makna istilahnya : sepakat ulama mujtahid daripada umat Nabi Muhammad s.a.w dalam urusan syariah (agama) selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Semua ulama' bersepakat yang ijma' adalah hujah yang digunakan dalam agama Islam kec

sabtu yang kosong

hari sabtu...korang - korang kat Mesia mesti suka kan..? hari minggu.. boleh cuti..santai - santai dengan family.. lepak - lepak bersama member sambil usha awek.. kah3.. tambah malam ni ada match bolasepak plak..kesian kat wanita, terpaksa buat2 minat bola.. tapi, hari sabtu aku bukan hari cuti.. hari sabtu aku umpama hari isnin kalo kat KL. hari Ahad bagi pantai timur Malaysia. Hari sabtu aku adalah hari untuk ke kuliah. terpaksa pergi walaupun tak rela.. sem ni hanya 20 jam kredit sahaja. nampak macam relek je kan..? tapi, 20 jam amat berat. kalau boleh nak 15 je kan??.. kalau aku ambik 15 maknanya makin lambat la aku nak grad..makin lambat la nak kahwin.. haha subjek untuk sem ini **ada 2 subjek lagi untuk hari ni

Jordan #2 Jerash

salam jumaat. cepat je dari jumaat ke jumaat. manusia sibuk sangat dengan urusan kehidupannya sebab itu waktu itu terasa singkat dan cepat. betul tak..? Kalau salah tolong perbetulkan.. entry last aku hari tu pasal wordless. gambar tu masa kat Jerash, Jordan. kota tinggalan orang Rom. biasalah, Rom memang terkenal dengan colosseum. bila aku berdiri di tengah2 tu.. memang bergema bila aku bersuara. padahal berbisik je tu. tak melolong lagi.. bila jejalan kat Jordan, memang banyak tempat2 tinggalan orang Rom. aku pom tak paham.. pasal apa orang orang Rom ni nak berkampung kat Jordan. Padahal Jordan ni penuh dengan gunung berbatu dan pasir berdebu.. tak menarik langsung.. kalau aku jadi orang Rom.. sah2 aku plan pegi buat trip ke Malaysia. nyaman sikit. ada gunung - gunung yang menghijau. pokok pukau yang rendang. tak sejuk sangat.. tak panas sangat.. buat colosseum kat cameron highland ok jugak.. nanti boleh up Malaysia sebagai tempat melancong yang paling top..haha Jerash, Jordan.