Skip to main content

Posts

:: Fuh..dah Lepas..||

Syukur Alhamdulillah... perkataan Alhamdulillah tu biar jadi amalan kita...tak kira kat mana pom kita berada. jangan jadi orang yang sombong dengan Allah.. iaitu orang yang tak tahu berterima kasih dengan nikmat2 yang Allah Taala  bagi. so, kita tak nak lah jadi orang macam tu, nanti Allah Murka. setakat awek murka tu pom korang semua dah kalut...haha.. Dalam keadaan aku menaip, aku rasa syukur sangat sebab exam AlQuran syafawi aku dah habis dengan jayanya. bab markah tu kita serah kat Syeikh berapa peratus dia nak tulis. seterusnya kita tawakkal je kepada Allah Taala... kot2 dengan tawakkal kita dan juga sangkaan baik kita terhadap Allah Taala, menyebabkan guru kita tersalah ( tersalah??haha ) catit markah menjadikan 100%. mana tahu kan? keberangkalian tu tetap ada walaupun sikit, walaupun sekecik anak kutu babi. korang jangan ambik remeh hal macam ni...tips tu, korang catatla...ahaha.. tapi, yang aku tak tahan nya, dekat nga 3 jam baru sudah exam aku. padehal, time aku disoal tu

|::contest pertama|::

ganbar ni menceritakan segala2nya kat bawah nanti..ehehe mata aku masih lagi sepet tatkala membuka laptop ni. maklum la...tido banyak. tahu yang ari ni ada exam quran tapi buat donor je. haha... tido punya pasal la. tak ngantuk pom pergi jugak paksa tido.... aku sebenarnya telah dihambat perasaan bersalah kat saudara aku kat Mesia nu...mana tidaknya? tiap kali dia buzz ym aku... mmg tak terjawab...maaf la saudara ku Azizi..bukan enta bertepuk sebelah tangan, cuma orang disini yang tak cukup tangan nak bertepuk....haha jadi, untuk mengurangkan rasa bersalah aku...aku pom pergi merayau2 kat blog kepunyaan beliau. mana la tahu kot2 hal ni masuk dalam entry dia...kalo yang sape belom tahu belog dia nama pe, korang boleh tekan link ni . tekan dengan sekali klik je. sekali nafas je...  aku masuk dalam belog nesloo ni sebelom aku tido.  menjenguk skit sebnyak. memang aku nampak la tajuk entry tentang contest yang akan dia adakan. bangun je tido yang tak berapa lelap ni. aku tengok dah 

" Mengapa Saya Perlu Pergi? "

Assalamualaikum... pagi pagi lagi aku dah dapat berita pasal team fevret aku iaitu team Arsenal.  so, aku share la kat sini 2 3 patah perkataan utk aku perbanyakkan entry aku sebab selama ni pom entry aku banyak dengan  benda2 macam ni je...haha.. so, apa ceritanya? ceritanya macam ni, mengapa saya perlu pergi? sape lagi yg nak pergi kalo bukan star fevret gua iaitu Cesc fabregas.  kebelakangan dan jauh kebelakangan ini, entah berapa belakang  dah gia dengar pasar spekulasi ini. sejak musim lepas lagi gua dengar yang fabregas nak pergi Barca. tapi, korang jangan risau sebab  pagi ni aku dapat inbox facebook dari fabregas... apa dia kata? nanti gua bagi original text daripada fabregas. kalo gua main translate ayat macam tu, conferm korang tak cayekan? tu la korang, ingat star bola sepak ni tak layan orang ke?  bukan macam artis tanah air kita, nama naik skit pom dah menggelabah... haha..sape eh artis baru AJL tu? aku pom tak ambik cakna sangat.. rasa2nya ayah dia adalah Rafli. anak Raf

:: Study Week

Assalamualaikum… Pendahuluan memang aku failed la. Serius, memang aku tak tahu nak bukak macam mana. Nampaknya aku memang kena belajar secara khusus dalam bab permbuka kata. Mukadimah sesuatu perbicaraan. Tapi, dalam exam SPM ari tu aku ok je buat pembukaan untuk tajuk esei. Punyalah aku karang pendahuluan tu memang panjang berjela-jela. Serius. Aku pom tak tahu ape benda aku tulis. Yang aku tahu, selepas siap karangan tu, memang aku tak semak langsung. Aku tahu, kalo aku semak memang sah yang aku akan menyalahkan apa yang sudah betul. Boleh faham ke ayat aku kat situ??haha… kalo tak faham, baca sampai faham… Ni, nampaknya sekali aku failed dalam pendahuluan. Tapi, sekadar ucapan Assalamualikum tu memang ok la tu. Sehabis ok yang aku rasa sebab perkataan salam ni sememangnya diiktiraf oleh Islam sebagai satu lafaz yang mulia. Para sahabat Nabi S.A.W amat mementingkan lafaz salam ini. Sehingga sudah menjadi adab mereka untuk berlumba –lumba siapa yang dapat memberi salam dahulu di ka

azam ::

Assalamualaikum.. Sujud dan syukur kepada Allah Taala kerana apa – apa aja… Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. Rasanya sudah terlewat jika aku ingin membicarakan tentang tahun baru 2011. sekarang ni dah 5 hari bulan. Kalau nak cerita fasal azam tahun baru tu memang tak digalakkan. Fasal apa aku cakap macam tu? Sebab kita kena buang stail pasang azam pada tahun baru ni. Kita hidup ni, tiap2 hari memang kena ada azam dan ada target. Tapi, orang cakap yang azam tahun baru ni kena ada. Azam tahun baru ni macam azam yang besar la. Azam yang sememangnya dibajet dalam dua. Sama ada jadi ataupun tak. Sama ada tertunai ada pom tak? Tu yang masalah tu. Diorang memasang azam yang belom pasti lagi sama ada tertunai ataupun tidak. Islam tidak mengajar umatnya untuk bercakap di awangan. Percakapan yang tidak berasas. So, kalo sape yang ada azam kat tahun baru tu, mintak tukar untuk menjadikannya sebagai azam harian. Korang bangun tido tu, first sekali baca doa dan lafa

entry yang keboringan::

Assalamualaikum… Aku sekadar menaip di kala keboringan je. Tak la sampai setiap hari aku nak taip dan karang satu cerita untuk dimuatkan dalam blog ubibadok ni. Pada saat aku menaip entry ni, header blog aku dah berubah da. Aku pom tak tahu pasal apa aku ubah daripada header blog yg sebelum ni. Mungkin utk mencuba sesuatu yang baru sempena tahun baru Hijrah 1432 yang sebelum ini dan juga tahun Masihi yang sudah 2011. Suka – suka kita sambut tahun baru pom, kena ingat yang mati semakin mengejar   kita. Ingat tu je…kita dah jadi hamba yang bijak. Tak percaya? Cuba try… Baru je sudah membuat bahas atau bahasa lain macam assignment untuk madah Sirah Nabawiyah. Tajuk bahas yang diberi adalah “ujian dan mehnah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq R.A semasa pemerintahannya”. Pada permulaannya, aku memang konpius nak tulis macam mana. Konpius tu sebab aku pom dapat tahu fasal bahas ni dalam 3 minggu sebelum final exam ni. Nasib baik la syeikh kat sini baik2 hati. Syeikh nak bahas tu sebelum akhir
Apa khabar anda semua. Harap sihat dan happy di samping orang orang yang tersayang. Bagi orang yang sudah tiada orang tersayang di sisinya, masih belum terlambat untuk mencari orang baru dan cuba untuk menyayanginya. Salam satu mesia. Ape macam? Mesti kat mesia sekarang ni tengah panas dengan pasukan Harimau Malaya menang dengan Indonesia. Aku balik kelas je baru tahu fasal berita ni. Tak de feeling la nak sorak macam orang lain yang tengok live. Tapi, tahniah la buat skuad K.Rajagopal. menang dengan agregat 4-2 tu kira dah boleh berbangga la tu. Betul tak? Yang kita tak leh nak berbangga sangat adalah carca merba yang sering dilemparkan oleh penyokong penyokong yang terlalu fanatik. Ni kelemahan yang perlu di atasi. Aku dah tengok kat facebook tu, bermacam-macam sumpah seranah dilempar ke atas para penyokong. Tak kira la sama ada penyokong tu penyokong indon atau pun mesia. Yang aku hairannya, penonton ini la yang lebih2…muahaha… biasalah, team dah kalah memang macam tu kalo nak m

saje je

Salam dari Madinah iaitu bumi yang pernah berkat dan tersimpan seribu kisah yang sudah terungkai dan juga belum terungkai. Agaknya dah lama diri ini tidak menceburkan diri dalam bidang pengeposan entry untuk blog ubibadok. Post yang sebelum ni pom aku tidak tahu sape yang rajin mengepostkan. Aku baca pom naik pening gak ayat dia. Haha Aku tak de ape yang menarik untuk diceritakan dan juga untuk dikongsi. Sekadar cerita untuk diri aku sendiri je. Aku yakin, kalo sesape yang dengar pom, diorang tak akan rasa seperti apa yang aku rasakan. Melainkan….haha..saspen..dia yang baca ni je terasa sape yang aku tujukan…haha. Biasa la. Kalo aku menaip ni, maknanya aku free la kan.? Nak kata free tu, tak lah jugak sebab esok ada sehari lagi kuliah yang perlu aku pergi sebelum cuti minggu. Cuti minggu tu mmg nikmat sangat la…dapat main bola. Haha..Seperti aku bagi tahu, kat sini, cutinya adalah hari khamis dan hari Jumaat. Kalo rajin, pose sunat ye… So, aku pom kena membiasakan diri dengan cuti k

Rintihan

Kelu dan kesah dalam beberapa hari kebelakangan ini. Dia dalam keadaan mood yang resah dan gelisah. Di luar nampak ceria dan happy je. Sape tahu kat dalam ni macam mana rupanya. Kat luar nampak sinar bahagia je, kat dalam..? mendung bersama ribut taufan. Tapi, itu tak bermaksud yang dia mengalah dan putus semangat. Perjalanan masih lagi jauh. Tujuan utama masih lagi kabur kabur dibawa angin ribut tadi. Dia tahu yang untuk menggapai impian tadi, perlu diketepikan segala gangguan yang kecil kecilan. Tidak mahu hanya masalah yang kecil boleh menyebabkan impian sebesar gunung hancur berderai. Tak sanggup untuk dia sekali lagi menjadi puncanya. First, dia perlu detect masalah kecil itu dengan sehalus mungkin. Tak mustahil masalah sekecil lubang jarum boleh merebak dan membesar sebesar lubang biawak. Kalau lubang biawak, mungkin untuk menanganinya masih lagi tidak sesukar menangani masalah sebesar lubang hempasan batu meteor. Mencegah lebih baik dari mengubati. So, lubang yang kecik itu