Skip to main content

azam ::


Assalamualaikum..
Sujud dan syukur kepada Allah Taala kerana apa – apa aja…
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w.

Rasanya sudah terlewat jika aku ingin membicarakan tentang tahun baru 2011. sekarang ni dah 5 hari bulan. Kalau nak cerita fasal azam tahun baru tu memang tak digalakkan. Fasal apa aku cakap macam tu? Sebab kita kena buang stail pasang azam pada tahun baru ni. Kita hidup ni, tiap2 hari memang kena ada azam dan ada target.

Tapi, orang cakap yang azam tahun baru ni kena ada. Azam tahun baru ni macam azam yang besar la. Azam yang sememangnya dibajet dalam dua. Sama ada jadi ataupun tak. Sama ada tertunai ada pom tak? Tu yang masalah tu. Diorang memasang azam yang belom pasti lagi sama ada tertunai ataupun tidak. Islam tidak mengajar umatnya untuk bercakap di awangan. Percakapan yang tidak berasas. So, kalo sape yang ada azam kat tahun baru tu, mintak tukar untuk menjadikannya sebagai azam harian.

Korang bangun tido tu, first sekali baca doa dan lafaz syukur kepada Allah Taala kerana masih lagi diberi nafas dan juga nikmat kesihatan untuk korang tidor balik pada malam nanti. Syukur fasal apa? Syukur sebab korang mampu lagi untuk beribadah untuk Allah Taala. Tidak lain dan tidak juga bukan, yang kerja kita ataupun tugas kita di atas dunia ini adalah untuk beribadah kepada Allah. Semua makhluk yang Allah ciptakan di alam ini tidak lain hanyalah untuk beribadat kepadanya dengan sepenuh ikhlas.


.  Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.-surah Ad-Zariyat ayat 56

yang atas tu kira macam tazkirah la sikit. Eheh..mana yang baik tu korang ambik je la…hari hari korang pasang la azam dan target korang yang perlu dicapai ari tu. Korang kena pastikan usaha korang tu selari dengan target yang korang nak capai tu. Tak tercapai azam ataupun target korang kalo setakat usaha di bibir saje. Pakai air liur memang senang je. Jangan jadi macam Pok Ping. Nak semua benda pakai niat je. Haha…dia tu tak pe la…ada kerajaan langit. Korang? Apa yang ada?

Ari tu aku ada cakap nak citer fasal lawatan senior yang datang kat tempat aku belajar ni. Aku fikir fikir balik macam tak perlu pom untuk diceritakan sebab tak de point penting yang begitu banyak untuk diceritakan. Mungkin aku tak dengar betul betul time dia cakap ari tu. Maklum la, dari awal lagi aku dah pasang niat yang aku nak p makan. Jadi, memang betul la kan yang niat tu selari dengan perbuatan kita. Hahaha… hujah akal yang aku kemukakan ni harap korang dapat terima dengan akal yang sihat la kan??ehehe..

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.