Skip to main content

:: Fuh..dah Lepas..||



Syukur Alhamdulillah...
perkataan Alhamdulillah tu biar jadi amalan kita...tak kira kat mana pom
kita berada. jangan jadi orang yang sombong dengan Allah..
iaitu orang yang tak tahu berterima kasih dengan nikmat2 yang Allah Taala 
bagi. so, kita tak nak lah jadi orang macam tu, nanti Allah Murka.
setakat awek murka tu pom korang semua dah kalut...haha..

Dalam keadaan aku menaip, aku rasa syukur sangat sebab exam AlQuran syafawi aku dah habis dengan jayanya. bab markah tu kita serah kat Syeikh berapa peratus dia nak tulis. seterusnya kita tawakkal je kepada Allah Taala... kot2 dengan tawakkal kita dan juga sangkaan baik kita terhadap Allah Taala, menyebabkan guru kita tersalah (tersalah??haha) catit markah menjadikan 100%.
mana tahu kan? keberangkalian tu tetap ada walaupun sikit, walaupun sekecik anak kutu babi. korang jangan ambik remeh hal macam ni...tips tu, korang catatla...ahaha..

tapi, yang aku tak tahan nya, dekat nga 3 jam baru sudah exam aku. padehal, time aku disoal tu tak sampai dalam 5 minit pom. yang lamanya adalah menunggu giliran. pergh.."memang capet tunggu lama2 gini sih" kata student indon yang dok sebelah aku tadi. aku tengok dia tadi dah macam biawak pok kea kelaparan...haha..kesian giler..

korang bayangkan...student 112 orang dan seorang guru je yang menyoal soalan... korang tentu boleh bayangkan betapa ramainya student dok keliling syeikh penyoal soalan. aku tadi dah nak naik bengang tengok gelagat student arab ni nak memotong queue...nasib baik...nasib baik syeikh nampak muka aku naik bengang...terus je dia bagi bulatan. dia ikut giliran, sorang dari kanan, dari tengah dan sorang dari kiri. begitu lah giliran sampai habis...

aku syukur sangat2 sebab tadi dah lepas exam oral.. aku rasa exam ni tak macam berat sangat sebab satu juz je yang ditanya. aku buat2 rilek je...tapi, rilek2 pom, tersangkut jugak time menjawab soalan tadi. 2 kali tersangkut. aku tau apa pasal aku tersangkut...ni mesti kes jantung aku kuat berdebar...haha..soalan satu je yang tersangkut...tu pom syeikh buat muka kompius tnya aku betul tak ayat yang aku baca tu?? rupa2nya aku tersilap menambah ayat al Quran. pandai2 dia je tambah..tak cukup ke??haha..tersilap tak pe syeikh...berdebar kuat sangat...

biasalah...soalan satu kan..masuk je soalan 2...memang lancar giler aku jawab..siap dengan irama dan melodi lagi..sungguh syahdu...(aku je rasa syahdu)haha...dalam 2 3 baris je syeikh suh aku berenti. dia dah tahu yang kasi panjang lagi pom konferm boleh jawab....haha..
padehal aku dah spot soalan tu...alhamdulillah..kena target...haha..

guwa chaw dulu..member guwa masak hari ni..guwa nak tengok pe benda dia dok tengah masak...haha..nasib baik dia masak..kalo tak..makan megi je la aku ni..haha


Comments

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.