Skip to main content

entry yang keboringan::


Assalamualaikum…
Aku sekadar menaip di kala keboringan je. Tak la sampai setiap hari aku nak taip dan karang satu cerita untuk dimuatkan dalam blog ubibadok ni.
Pada saat aku menaip entry ni, header blog aku dah berubah da. Aku pom tak tahu pasal apa aku ubah daripada header blog yg sebelum ni.
Mungkin utk mencuba sesuatu yang baru sempena tahun baru Hijrah 1432 yang sebelum ini dan juga tahun Masihi yang sudah 2011.
Suka – suka kita sambut tahun baru pom, kena ingat yang mati semakin mengejar  kita. Ingat tu je…kita dah jadi hamba yang bijak. Tak percaya? Cuba try…

Baru je sudah membuat bahas atau bahasa lain macam assignment untuk madah Sirah Nabawiyah. Tajuk bahas yang diberi adalah “ujian dan mehnah Khalifah Abu Bakar As-Siddiq R.A semasa pemerintahannya”.
Pada permulaannya, aku memang konpius nak tulis macam mana. Konpius tu sebab aku pom dapat tahu fasal bahas ni dalam 3 minggu sebelum final exam ni. Nasib baik la syeikh kat sini baik2 hati. Syeikh nak bahas tu sebelum akhir minggu ni iaitu minggu terakhir untuk sem ini. terima kasih syeikh. Tu la, dah 2 minggu syeikh bagitau, tapi aku baru je nak buat. Biasalah, slogan hero. Hero tak perlu kalut2…
Hahaha…

Kalo korang yang kat luar belajar sejarah tentan Abu Bakar As – Siddiq R.A, tentu tahu macam mana ujian yang terpaksa dihadapi oleh beliau. Mungkin korang sangka yang ujian Abu Bakar R.A semasa menjadi khalifah tidak setanding dan sehebat ujian yang melanda Khalifah Usman R.A dan juga Ali R.A mahupun Umar R.A. Tapi,
Ingatlah yang kita tidak mampu menilai seberat mana ujian dan juga tidak mampu untuk kita membuat perbandingan.

Aku kalo nak scan bahas aku dan masukkan kat sini pom rasa segan je sebab aku buat bahas tu dengan cincai je. Ehehe.. tapi, mana tahu dalam cincai – cincai pom ada kehebatannya. Tapi, kalo ada permintaan utk dimasukkan dalam scribd pom, mungkin boleh je aku upload. Mana tahu kot2 ada orang yang nak wak research pakai dokumen aku. Ehehe…

Korang jangan ambik serius la kalo korang yang membaca ni nampak aku poyo semacam je. Dah la tiap kali taip entry memang perkataan tu tak de yang singkat – singkat macam bahasa mesej. Kalo ada pom, jarang jarang je. Kalo korang yang dah terbiasa dengan bahasa mesej tu, mungkin tak biasa dengan bahasa blog ni. Jangan salahkan anak korang kalo diorang dapat gred c dalam pelajaran BM. Salahkan anak yang tak menjawab soalan je….

Ok..aku rasa rasanya tak de gmbar pom nak upload untuk menghiasi entri ni. Mungkin korang yang membacanya juga akan berasa boring seperti mana boringnya aku dok tengah menaip ni. Tapi, aku tak pe sebab sambil sambil aku menaip aku dengar lagu retro. Boleh la nak melayan jiwa yang tengah lara ni. Ehehe

Semalam senator Mashitah ada datang kat tempat aku belajar ni. Ada la gambar sekeping dua. Dia ni telah mejemput semua pelajar yang study kat sini pergi dinner dengan dia. Memang power la dinner dia. Aku yang pergi ni memang bajet nak makan je. No 1 adalah makan, yang no lain tu adalah sampingan je. Yang penting, isi perut dulu baru boleh buat benda lain. Tambah tambah pulak aku dengar yang satu kepala kos makan malam itu adalah 50 Saudi Riyal. Lagi la bertambah selera aku nak pergi ni. Haha.. tapi, masalahnya, perut aku ni tak cukup besar untuk nak isi semua makanan dalam harga 50 Saudi Riyal tu…haha..
Untuk cerita tu, kita tunggu di lain hari je la…

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.