Skip to main content

MAKAN-MAKAN

salam semua. salam pagi dan salam ceria. aku skang ni berada dalam fasa percutian dan dalam minggu untuk melancong ke Jeddah Taif. Aku sekadar mampu melancong dalam negara je. nak pergi kat UK macam senior2 yg buat tu memang tak mampu lagi. tak mampu zahir dan juga batin. mungkin tahun depan ada rezeki aku p la UK tu.. tak pom dalam bajet aku nk p kat Jordan, Syria dan Turki. dengar2 awek Syria  cun2..kalo ada rezeki memang boleh kawen terus dengan orang dia, lepas tu, bawak balik..pergh...rezeki besar la tu.. sambil2 menyelam sambil timbul.wakaka..

entry aku kali ni tak nak citer pasal citer aku beli laptop nga roomate aku sebab aku nak panggil balik kenangan lalu tu susah skang ni. so, aku nk citer pasal aktiviti terbaru aku je. ni panas lagi ni. tak pecah kat sape2 lagi. lepas je exam aku ari isnin ari tu, terus je aku blah mencari tempat makan, nak lepas nafsu makan ni. dah lama dah aku simpan. dan si kawan yg dok ajak aku tu memang 2 hari yg awal dia sudah exam dari aku. dlm 2 hari tu la dia asyik dok push aku yg apesal aku lmbat sangat nak hbs exam ni. haha..sabar la bro.

malam tu je..terus aku blah dengan 2 lagi kawan aku. waktu dalam pkol 8 40 malam. kira lepas isya'. rancangan awal, kawan aku cakap dia nak drive keta, nak pinjam keta2 member dia. last2, member dia hbs kuar. sutir pom tak de keta nak drive. haha..tu la..dia je yg hbs awal exam.orang lain semuanya sama nga aku..hbs ari tu..haha..

almaklum..kena naik 'kambing' jugak la...kambing tu lebih kurang prebet sapu la. aku pom tak tahu apesal orang melayu kat sini panggil kambing. aku dok pikir2 mungkin pasal driver keta ni keras kepala macam kambing. kalo nak tawar menawar harga tu memang jenuh la..haha.. kitaorang ari tu pergi restoran China. nama je china. aku tengok yg keje indon je. pakai je pakaian Cina.haha..

member guwa yg poyo..haha

ni muka bengang ni sebab tggu lama sangat..

ni muka bajet macho..haha

yg ni tahap maksimum muka bengang..haha

yg ni aku tak tahu nk komen pe,,

yg ni sup..segala seafood ada dalam ni..

ni plak tuan belog..haha..

test2...nk makan sedap ni

ni sotong dibalut tepung..haha

p/s:internet sembab semacam je..aku malas giler nak update..haha

Comments

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.