Kelu dan kesah dalam beberapa hari kebelakangan ini. Dia dalam keadaan mood yang resah dan gelisah. Di luar nampak ceria dan happy je. Sape tahu kat dalam ni macam mana rupanya. Kat luar nampak sinar bahagia je, kat dalam..? mendung bersama ribut taufan. Tapi, itu tak bermaksud yang dia mengalah dan putus semangat. Perjalanan masih lagi jauh. Tujuan utama masih lagi kabur kabur dibawa angin ribut tadi.
Dia tahu yang untuk menggapai impian tadi, perlu diketepikan segala gangguan yang kecil kecilan. Tidak mahu hanya masalah yang kecil boleh menyebabkan impian sebesar gunung hancur berderai. Tak sanggup untuk dia sekali lagi menjadi puncanya. First, dia perlu detect masalah kecil itu dengan sehalus mungkin. Tak mustahil masalah sekecil lubang jarum boleh merebak dan membesar sebesar lubang biawak. Kalau lubang biawak, mungkin untuk menanganinya masih lagi tidak sesukar menangani masalah sebesar lubang hempasan batu meteor. Mencegah lebih baik dari mengubati. So, lubang yang kecik itu perlu ditampal dengan segera. Tak usah dan tak perlu menunggu sehingga lubang itu merebak menjadi semakin parah. Ingat, lubang yang besar itu, ada kemungkinan ianya dalam. Mungkin tidak tertuga dengan akal fikiran kita.
Masalah yang dapat dikesan perlu segera diatasi dan dineutralkan. Penawar perlu segera dicari. Usah mengharap penawar dari orang lain terlebih dahulu. Si dia tahu yang dia mampu mengubati penyakit masalah yang dihidapinya. Tenang dan fikirkan dengan akal yang berpandukan Al Quran dan As Sunah untuk penawar yang paling mujarab. Penawar bagi masalah zahir dan batin. Sudah sah dan sudah dibuktikan yang akal yang sihat sememangnya dapat menerima apa yang termaktub dalam Al Quran dan As Sunnah. Usah mencari penawar lain andai diri ini masih lagi goyah dengan dua tunjang ini. Ketahuilah yang masalah paling besar dan paling kritikal adalah meninggalkan dua wasiat Nabi S.a.w kita ini. Segera dan perlu dengan segera. Ayuh, dan bangkit atasi masalah ini!!!
Comments
Post a Comment
Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.