Skip to main content

saje je

Salam dari Madinah iaitu bumi yang pernah berkat dan tersimpan seribu kisah yang sudah terungkai dan juga belum terungkai. Agaknya dah lama diri ini tidak menceburkan diri dalam bidang pengeposan entry untuk blog ubibadok. Post yang sebelum ni pom aku tidak tahu sape yang rajin mengepostkan. Aku baca pom naik pening gak ayat dia. Haha

Aku tak de ape yang menarik untuk diceritakan dan juga untuk dikongsi. Sekadar cerita untuk diri aku sendiri je. Aku yakin, kalo sesape yang dengar pom, diorang tak akan rasa seperti apa yang aku rasakan. Melainkan….haha..saspen..dia yang baca ni je terasa sape yang aku tujukan…haha.

Biasa la. Kalo aku menaip ni, maknanya aku free la kan.? Nak kata free tu, tak lah jugak sebab esok ada sehari lagi kuliah yang perlu aku pergi sebelum cuti minggu. Cuti minggu tu mmg nikmat sangat la…dapat main bola. Haha..Seperti aku bagi tahu, kat sini, cutinya adalah hari khamis dan hari Jumaat. Kalo rajin, pose sunat ye…

So, aku pom kena membiasakan diri dengan cuti kat saudi ni. Masuk kandang kambing kena mengembek..masuk kandang lembu…? Aku dalam dok free ni, masih ada tugasan yang kena buat ni. Maklum la, minggu depan adalah minggu yang last sebelum cuti untuk final exam bagi semester ni. Haha..tak sangka sungguh..dah dekat 2 bulan aku dok kat sini. Tak terasa pom… Pasal apa? Sebab sibuk sangat dengan study..haha.. bajet study je…aha



Hari ni, sempat jugak aku siapkan dan hantar bahas untuk madah Feqh bertajuk biadota imam 4 mazhab. Betapa aku bertungkus-lumus utk siapkan bahas ni. Sejak minggu lepas lg, maklum la…nak kena buat research dulu. Kalo pelajar saudi tu lain la…aku tengok diorang pakai taip komuputer je..pas tu print…senang je keje. Ala..ingat aku tak tahu ke yang diorang tu pakai kopi paste je..wakaka.. saje je..nak sangka buruk kat diorang. Haha.. tapi, tu yang aku dengar dari mulut – mulut diorang sendiri. Diorang kata, kalo syeikh bagi pilihan sama ada nak exam atau nak buat bahas, diorang lebih suka untuk memilih bahas. Haha.. saudi o saudi. Korang tahu tak yang dinamakan dengan saudi tu pasal apa? Sebab Muhammad bin saud adalah pengasas untuk negara Arab Saudi ni sendiri ataupun dengan nama yang kelas skit, Kingdom Saudi Arabia. Haha…



Dalam minggu ni memang sibuk giler, exam usul feqh pom hari ni jugak. Tu pom tahu dekat last2 minit. Punyalah kelam kabut diriku ini. Maklum la… bahas tak siap lagi, pastu, dapat berita yang ada exam usul feqh, so, bahas aku yang last2 tu, dengan cincai je aku buat. Haha.. tak bertanggungjawab langsung kan. Haha.. nasib baik bahas tu tulisan dia lawa. Haha…

Aku sekarang ni masih di awan awangan lagi. Tak tahu yang aku ni masih ada 2 bahas dan 2 exam utk minggu depan. Tapi, asyik dok dengan facebook je. Haha…sungguh hebat penangan facebook. Tu la, facebook ni…sugguh hebat si Yahudi ni. Aku pom tak ingat sape yang cipta. Facebook aku ada satu part bahagian mesej seseorang yang aku tak reply dan seseorang yang masih lagi belom reply mesej aku. Mestila aku tertunggu tunggu dia tu balas mesej dan someone tu mesti tertunggu aku balas mesej dia. Haha… sama2 rasa bila tak dibalas dan membalas mesej. Ok.. aku chaw dlu… nak study untuk sirah dan juga nahu. Haha…


Comments

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.