JADIKAN PAPARAN FACEBOOK DI CHROME LEBIH MENARIK, RINGAN DAN LAJU
Contoh paparan FB menggunakan extension Facebook Flat Ada sesiapa yang pakai chrome sebagai browser untuk surf internet. Bagi aku, setakat ni, browser Chrome tak pernah mengecewakan cumanya ia memakan banyak sedikit memori kalau bukak lama - lama. Rasanya semua browser macam tu. Jadi, kalau sesiapa yang pakai laptop atau pc yang ram dia 4GB ke atas memang tak rasa sangat lah kalau guna Chrome lama-lama. Kalau tak pun dia akan crash je. Haha. Untuk yang selalu surf Facebook di Chrome, aku nak kongsi satu extension yang menarik. Extension yang kalau kita install di Chrome, paparan Facebook kita akan nampak lebih menarik dan tidak berserabut dengan pelbagai iklan yang menyakitkan mata yang memandang. Mana tahu kan, korang tak nak tengok iklan-iklan yang menggiurkan hati sehingga korang terpaksan menghabiskan duit dengan shopping online. Extension ni namanya Facebook Flat dan korang boleh je search dekat Chrome Webster. Lepas tu klik add to chrome. Laptop aku ada proble...