Skip to main content

Posts

Adab Sudah Pergi

Assalamualaikum. Perlahan tangan merayap untuk mengetip keyboard yang kecil. Nampanya cuti bakal berkakhir sehari lagi. Ahad ini sudah mula sesi persekolahan dan terpaksa pula berdepan dengan midterm exam. Mengeluh tiada guna. Seminggu yang berlalu sangat tidak produktif. Tiada guna. Tanggung sendiri. Sudah tidak boleh direkonsiliasi lagi. Cuma fokus dengan apa yang ada sekarang. Sambil membelek laman facebook, ternampak seseorang cuba menulis di wall kawannya dengan perkataan 'hb'. Sudah dapat mengagak apa yang dimaksudkan. Singkatan 'hb' itu untuk 'happy birthday'. Bagi aku, kalau sekadar nak tulis 'hb' sebegitu dekat wall seseorang sebagai tanda ucapan hari lahirnya, baik tak payah ucap langsung. Cuma senyap buat tak tahu. Itu jalan pintas yang paling baik bagi aku. Nampak sangat tiada keikhlasan dekat situ. Memang betul yang ikhlas itu hanya tuhan yang dapat menilai. Namun, tanda - tanda tiada keikhlasan itu sudah dapat dikesan  melalui gaya bahasany...

Cuti Sekolah Mac Ini

Musim cuti sekolah. Kebetulan cuti di Malaysia sama dengan cuti dekat sini. Malangnya cuti kali ni seakan tiada rehat yang sebetulnya. Midterm test menanti sebaik sahaja cuti habis. Memang betul, hidup tak pernah ada rehat. Mati nanti adalah rehat yang sebenarnya. Usah jemu dengan hidup, kerana hidup ini bukan pengakhirannya. Ada hidup yang jauh lebih abadi, hakiki dan penuh rekonsiliasi. Rebutlah peluang yang diberikan untuk kehidupan ini untuk kehidupan yang akan dating. Peribahasa Melayu memang ada benarnya, 'berakit - rakit ke hulu berenang - renang ke tepian, bersakit - sakit dahulu, bersenang - senang kemudian.' MH 370 masih lagi belum dijumpai. Entah hidup entah bagaimana nasib penumpang pesawat tersebut. Hampir masuk 2 minggu dan berita tentang penemuannya masih lagi tiada yang konkrit untuk membuktikannya. Seakan ghaib tanpa jejak. Hanya sekadar teori yang didokong oleh akal untuk mengatakan yang ianya adalah hujah yang kukuh. Tahulah, kuasa manusia t...

Berhati - hati Ketika Berada di Tanah Suci

Mungkin masih ramai yang mengganggap orang - orang yang berada di sekitar Mekah atau Madinah semuanya adalah baik - baik belaka. Tidak salah untuk bersangka baik terhadap semua orang bahkan itu adalah yang lebih baik dan lebih elok. Namun, perlu diingatkan yang tempat yang suci, tempat yang mulia tidak menjamin bahawa manusia - manusia berada di dalamnya turut mulia. Dalam kawasan Tanah Haram (Mekah dan Madinah) ada sahaja pencuri - pencuri dan penyeluk saku. Mereka itu Islam tetapi mereka seakan tidak takut dengan hukuman Allah even Kaabah berada dekat dengan mereka ataupun kubur Nabi S.A.W hampir dengan mereka. Sebab itu, mana - mana jemaah yang datang menunaikan umrah ataupun haji, diminta untuk berhati - hati. Sentiasa mengambil berat tentang dompet yang berada dalam saku ataupun kocek lebih - lebih lagi selepas melakukan urusan penukuran mata wang. Terbaru, ada satu kes yang mana ada seorang lelaki yang dipercayai ahli Syiah yang menyamar sebagai perempuan. Menyamar perempuan ...

AHMAD HAFIZUDDIN

Cerita Arsenal dah lepas untuk minggu ini. Arsenal menang bergaya dengan Sunderland di tempat sendiri dengan jaringan 4 - 1. Namun, masih ramai yang tengah  mencanang gol Rosicky pada malam itu. Superb gol. Class gol. Kita ada dua game sebelum bertemu Bayern di Allianz Arena. Satu game liga dan satu lagi game FA Cup. Minta semuanya menang. Kita tak nak dihalau oleh fans lain untuk masuk gua. Haha. Entry kali ni bukan entry bola mahupun Arsenal. Haha. Cerita dua minggu lepas ataupun 3 minggu lepas. (Rasa kekok bila lama tak menulis). Cerita ini adalah cerita pasal kawan aku yang belajar di Jordan. Tercapai juga hajatnya untuk menunaikan umrah dan menjadi tetamu Allah sebelum pulang ke Malaysia. Tahniah dan moga - moga umrah itu adalah umrah makbul dan diterima Allah.  Nama kawan aku ni adalah Ahmad Hafizuddin bin Othman. Aku tak pasti 'd' tu double atau satu. Seawal tingkatan satu aku kenal si budak nakal ni. Masa mula - mula masuk sekolah lagi dah boleh nampak dah...

Arsenal Berentap dengan 10 Orang Pemain, Kalah 0 - 2 Kepada Bayern Munich

Selamat pagi warga Arsenal Malaysia. Apa macam pagi khamis? Haha. Takziah diucapkan buat peminat Arsenal. Arsenal pada pagi tadi tewas di kaki Bayern Munich dengan jaringan 0 - 2. Jangan nak moody sangat, jangan nak pening kepala  nak hadap pemaki hamun atau pun hater - hater nanti. Buat macam orang tak ada perasaan je nanti. Jangan ubah air muka. Ahaks. Jangan risau sebab kita ada 90 minit lagi di gelanggang lawan. Cuba untuk jadi seorang yang positif dan optimis. Hihi. Tak nak ulas panjang. Arsenal hanya bermain dengan 10 orang pemain seawal babak separuh masa pertama lagi ikutan daripada Shezni mendapat layanan kad merah daripada pengadil. Manakala, highlight lain adalah Ozil tidak memasukkan jaringan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil. Jangan nak maki Ozil. Cuba bertenang. Aku rasa kita dapat fight Bayern di Allianz nanti sebab pada awal separuh masa pertama sebelum Shezni keluar, Arsenal berentap dengan baik dan banyak kali bola berada di muara gol Bayern. Chamber...

Arsenal Mara ke Separuh Akhir FA Cup

Entry Arsenal lagi kan? Biasala.. Idea tengah tak ada, jadi Arsenal jadi topik untuk menghiburkan tangan mengetip keyboard. Cerita Arsenal pada hari ini adalah kemenangan Arsenal melawan Liverpool. Round ke 5 FA Cup. Menang 2 - 1 pada malam tadi adalah satu kegembiraan buat peminat Arsenal. Dapat keluar dari gua sejak Arsenal kena bantai di Anfield minggu lepas 1 - 5. Walaupun Arsenal hanya menang 2 - 1 pada malam ini, ianya tetap berbaloi. Wenger hanya menurunkan muka - muka baru pada malam tadi. Hanya Ozil, Koscielny dan Mertesacker yang kekal dari skuad melawan Man Utd yang lepas. Chamberlain dan Podolski sebagai flank dan nampak ia memberi impak terhadap strategi Wenger apabila kedua - duanya menggegarkan jaring lawan. Tak lupa juga, aksi Fabianski pada malam ini memang patut dipuji. Mungkin ramai yang tertanya - tanya mengapa Wenger mengetepikan Lord Bendtner dan menyenaraikan Sonogo sebagai first eleven. Katanya Wenger, "saya ingin memberikan peluang kepada Sonogo untuk berm...

Seri di Emirates

Ramai ke fans Arsenal yang berjaga pagi untuk tengok game Arsenal lawan Menyu? Apa perasaan korang lepas reff tiup wisel penamat? Tak menyesal kan? Fans tegar mana boleh menyesal, always behind the team. Kalah, menang ataupun seri. Tapi, game malam ni memang hambar. Sayu dan layu je.  Arsenal pada pagi ini hanya dapat mengutip satu mata apabila hanya mencatat keputusan seri 0-0 dengan Menyu. Ramai fans yang mempertikaikan kenapa kita hanya mampu seri dengan Menyu sedangkan banyak kelab-kelab bawahan dapat tibai Menyu dengan sesuka hati diorang.  Sudah tersurat sedemikian. Nak buat macam mana kan? Nak tibai tu memang nak bila mana kita kalah 0-1 di Old Trafford pada awal musim ini. Pak Wenger memberi ulasan. Katanya, pemain kita pada malam ini fokusnya hanya tidak mahu gawang dibolosi. Fobia la tu apabila Sabtu lalu gawang Shazwani teruk dirogol oleh Liverpool.  Taktik Pak Wenger adalah menguatkan bahagian defend dengan memasukkan Gibbs sebagai first eleven dan juga Rosick...