Musim cuti sekolah. Kebetulan cuti di Malaysia sama dengan cuti dekat sini. Malangnya cuti kali ni seakan tiada rehat yang sebetulnya. Midterm test menanti sebaik sahaja cuti habis. Memang betul, hidup tak pernah ada rehat. Mati nanti adalah rehat yang sebenarnya. Usah jemu dengan hidup, kerana hidup ini bukan pengakhirannya. Ada hidup yang jauh lebih abadi, hakiki dan penuh rekonsiliasi. Rebutlah peluang yang diberikan untuk kehidupan ini untuk kehidupan yang akan dating. Peribahasa Melayu memang ada benarnya, 'berakit - rakit ke hulu berenang - renang ke tepian, bersakit - sakit dahulu, bersenang - senang kemudian.'
MH 370 masih lagi belum dijumpai. Entah hidup entah bagaimana nasib penumpang pesawat tersebut. Hampir masuk 2 minggu dan berita tentang penemuannya masih lagi tiada yang konkrit untuk membuktikannya. Seakan ghaib tanpa jejak. Hanya sekadar teori yang didokong oleh akal untuk mengatakan yang ianya adalah hujah yang kukuh. Tahulah, kuasa manusia tidak kemana walaupun penuh dengan gajet dan alatan teknologi yang bermutu tinggi pada abad ini. Hanya Allah yang tahu jawapannya. Teruskan berdoa. Pray for MH 370.
Cuti sekolah kali ini juga menjadi satu detik yang sejarah buat kawan - kawan yang telah mendirikan rumah tangga. Satu lagi langkah menuju alam dewasa. Tahniah buat Amirul dan pasangannya. Kawan yang merangkap senior semasa di Maahad dahulu. Tidak lupa juga seorang lagi kawan, Hafizan yang mendirikan rumah tangga dengan pasangannya daripada Kedah. Semoga kalian bergembira dan semoga Allah memberkati perkahwinan kalian berdua dan pasangan. Ingatlah yang perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang hanya berbentuk kegembiraan, tapi ianya merupakan satu lagi amanah yang perlu dipikul dengan bersungguh - sungguh. Dalamnya akan terkandung pelbagai emosi yang bakal terbentuk. Pandulah dengan baik, semoga kalian dapat mencapai keluarga yang mawaddah dan sakinah.

takde rasa pun cuti sekolah ni.
ReplyDeletesebab
bukan budak sekolah lagi
dan
takda anak nak bawak g bercuti
heee
Cuti sekolah tak rasa pape pun sebab kat rumah tak ada siapa pun yang bersekolah hahahaa :D
ReplyDeleteMH 370 sama2 kita doakan.. sesungguhnya kekuasaan dan kehebatan Allah itu melebihi pengetahuan manusia.. selagi tiada apa yg di jumpa.. selagi tu kita terus berdoa..