10 Malam Terakhir
Masuk 10 terakhir Ramadan. Maybe kita dengar pasal ramadan itu terbahagi kepada 3 fasa. 10 malam awal dan pertengahan tu adalah fasa keampunan dan fasa rahmat. Fasa 10 terakhir adalah pelepasan dari api neraka. Ketahuilah yang benda tu disandarkan pada hadis Nabi pada awalnya, tapi..disepakati oleh alim ilmu hadis yang status hadis tu tidak cukup kuat untuk diriwayatkan dari Nabi jadi, bimbang takut-takut kita semua berdusta atas nama Nabi s.a.w. Jadi, elakkan.. kalau boleh jelaskan kepada yang belum tahu lagi. Ada juga hadis riwayat Bukhari yang menyuruh kita semua mencari malam lailatul qadar pada 10 malam terakhir. Kita juga tahu yang bagaimana Rasulullah s.a.w memperbanyakkan iktikaf pada 10 terakhir Ramadan. Kita juga tahu yang mana isteri-isteri Nabi juga turut beriktikaf tetapi selepas selesainya suaminya beriktikaf dan sudah semestinya dengan izin suaminya. Kita juga tahu apa doa yang perlu diperbanyakkan bacaanya kalau pada malam seribu bulan melalui pertanyaan 'Aishah ...