Skip to main content

Posts

minta doa kalian semua

Assalamualaikum. tengok tajuk macam ada kes emergency je kan..? tapi, rasa-rasa macam emergency jugak la.. bukan apa..esok final exam untuk sem ni. start esok dan berakhir pada hari Ahad ni. minta maaf jugak kepada sesape yang tinggal komen kerana tidak dapat menjejaki belog - belog kalian. *ayat bajet + poyo so.. sambil - sambil korang yang dok baca entry ni.. doalah sekali untuk aku agar dapat jawab exam dengan terbaik ye. terlintas dalam hati pom tak pa...haha.. mana tau kot kot ada makbul doa dari kalian. islam juga galakkan umat dia supaya sama tolong menolong. tapi tak guna jugak kalo korang dok doa tapi aku dengan selamba je tak membaca ye...? so, skang ni aku dok tengah baca ni..struggle gila2 sampai ada kalimah typo dalam ni pom aku tak tahu...yang entry sebelom ni bertajuk wordless tu, mati2 aku ingat yang ari tu adalah hari rabu.. tu la.dok dalam zon selesa sangat.. last2 minit baru nak baca.. untuk entry wordless tu..ada je gambar aku..kalo perasan aku pakai baju tshirt ...

wordless

**ps : cuba cari mana satu aku..haha

EXAM AL QURAN

Alhamdulillah..hari isnin, dengan baiknya aku dapat melalui exam Quran. exam Quran tak de yang bertulis kat sini. Semuanya oral. disebabkan oral la aku rasa cuak sikit time nak masuk dan bersemuka dengan panel penanya soalan. sukatan hafalan adalah surah Ali Imran. Banyak ke...? Tapi, apa - apa pom alhamdulillah. dah lepas kan..? tak de la sampai tak masuk exam di sebabkan tido. Seawal 7.40 pg lagi member aku mesej suh p kelas untuk exam. Setahu aku, exam pukol 8. Jadi..cepat - cepat sarung jubah terus p kelas. macam yang aku jangkakan..sampai awal pom bukan terus start exam. last - last, aku antara orang yang terlast amek exam. hampir pukul 11 baru aku start kena soal. ni pasal malas beratur la.sape nak awal, beratur untuk tunggu giliran. yang bujang macam aku ni..bab beratur dan tunggu menunggu ni memang leceh la. lebih baik dok borak - borak sambil tunggu orang sikit kan..? melangkah masuk dalam kelas utk exam tu.. seram sejuk je rasa..kot - kot tak leh jawab..kot - kot tersan...

entry jumaat

paham tak jadual ni..?haha salam jumaat semua. minta maaf banyak banyak sebab sekarang ni macam dah kurang dah aktiviti blogwalking. banyak blog blog yang selalu singgah dulu tak sempat nak singgah. tak sempat nak baca entry baru daripada rakan rakan bloger. tambah-tambah sekarang ni penghujung sem. kalo blogger yang masih study tu tau la time2 macam ni. mesti sibuk study untuk final exam kan...? aku pom sama la. 31/12 ni start exam untuk final. semalam lagi dah start study week. study week pom..bukannya nak belajar pom. main bola, main bola..tu je..haha exam minggu depan tak lama. dalam seminggu lebih je. start hari sabtu. ahad depan tu baru habis. depend kepada subjek yang diambik. kalo yang aku tu, sem ni amek 7 subjek. semuanya bertulis, kecuali subjek Al-Quran. Ujian lisan utk Quran hari senin ni..nak detail jadual aku, tengokla gambar kat atas ni. bajet plak siap letak jadual kan..?haha insyaAllah..habis exam ni aku keluar dari saudi. jalan jalan cari pengalaman kat te...

kak LM nak pandangan

salam jumaat. kak LM ada mintak pandangan tentang memakai niqab jika keluar berjalan-jalan dengan suami. aku sebenarnya tak tahu sama ada pandangan aku ni boleh diterima atau atau tak.haha..kalo tak boleh akak bgtau la. kak LM, bagi saya...baiknya dan amat baik jika kak LM memakai niqab jika keluar berjalan - jalan dengan suami. Ini kerana untuk mengelakkan daripada mata - mata liar mat arab qatar memandang wajah akak. memang memakai niqab bukannya wajib, tetapi ada kebaikan besar pada si pemakainya. tersirat mahupun tersurat.  tambah - tambah plak kalau wajah akak ni ala - ala pan asia.hoho kebiasaannya arab-arab ni gersang sikit. pengalaman saya jumpa dengan mat arab buat setakat ni. kat qatar pom macam tu ke kak..? jadi, biasanya diorang suka memandang kaum wanita yang bukan dari kalangan arab. ye lah.. dah jemu dengan muka arab. macam tuan belog la..nk usha gadis2 arab je.haha.. kan takut terlebih pandang, lain pula jadinya..tapi, kalo dengan berniqab..sekurang-kurangnya kur...

wordless

**credit gambar utk saudara _________(tak ingat nama)

yang perlu ada untuk exam - tawakkal

mungkin ada antara korang yang tengah baca entry ni duduk tersengih, sedangkan aku dalam keadaan tengah dok menjawab soalan test untuk midsem..minggu ni sahaja ada 3 test untuk midsem. termasuk sekali dengan test yang aku rasa tak dapat full mark sebelom ni..walaupun tak dapat full mark..kita jangan cepat fedup..kita je rasa tak dapat full mark..mana tau ada percaturan Allah di sebaliknya.(ayat nak sedapkan hati) selasa. test untuk feqh. kitab zakat. merangkumi bab - bab penting zakat dalam kitab bidayatul mujtahid wan nihayatul muktasid karangan ibnu rushd. bermula dari bab siapa yang wajib dikenakan zakat, harta apa yang dikenakan zakat dan sedikit daripada nasab ataupun jumlah yang perlu dikenakan zakat. pukul 8.25 am waktu tempatan aku exam..haha itu adalah separuh daripada kitab zakat. nampak sikit ke banyak? aku yang baru lepas membaca ni rasa banyak yang terlampau2..ada dalam 35 masalah yang kena ingat untuk exam esok. setiap masalah kena ingat pegangan imam mazhab untuk mazha...