Skip to main content

yang perlu ada untuk exam - tawakkal

mungkin ada antara korang yang tengah baca entry ni duduk tersengih, sedangkan aku dalam keadaan tengah dok menjawab soalan test untuk midsem..minggu ni sahaja ada 3 test untuk midsem. termasuk sekali dengan test yang aku rasa tak dapat full mark sebelom ni..walaupun tak dapat full mark..kita jangan cepat fedup..kita je rasa tak dapat full mark..mana tau ada percaturan Allah di sebaliknya.(ayat nak sedapkan hati)

selasa. test untuk feqh. kitab zakat. merangkumi bab - bab penting zakat dalam kitab bidayatul mujtahid wan nihayatul muktasid karangan ibnu rushd. bermula dari bab siapa yang wajib dikenakan zakat, harta apa yang dikenakan zakat dan sedikit daripada nasab ataupun jumlah yang perlu dikenakan zakat. pukul 8.25 am waktu tempatan aku exam..haha

itu adalah separuh daripada kitab zakat. nampak sikit ke banyak? aku yang baru lepas membaca ni rasa banyak yang terlampau2..ada dalam 35 masalah yang kena ingat untuk exam esok. setiap masalah kena ingat pegangan imam mazhab untuk mazhab diorang. teruk sangat sem ni..MALAS.. tak tahu la final exam ni macam mana. kitab zakat, puasa dan haji. tu baru untuk subjek feqh.. haha

tapi..yang penting..usaha perlu ada. bukan setakat usaha.. kita kena berserah sepenuhnya kepada Allah Taala. selalu je dengar di corong - corong radio yang tawakkal tu last sekali. iaitu selepas usaha dan doa. sebenarnya, tawakkal tu mesti selalu je dengan kita. tawakkal di awal hingga akhir. takkan kita tak tawakkal kepada Allah agar apa yang kita baca tu betul - betul kita paham dan ingat?

**rabu ni exam hadis plak..tapi hidup kena relax je kan??haha

Comments

  1. semoga dapt menjawab dengan baik..

    ReplyDelete
  2. bakal ostad..kenalah byk ilmu kan..
    skrg jwb soalan exam, esok2 jwb soalan org.

    wish u gd luck!

    ReplyDelete
  3. goodluck tau..lama dah tak singgah sini.semoga HJ sihat2 jer =)

    ReplyDelete
  4. betul tu, usaha dulu.dah puas berusaha,serahkan segalanya kepada DIa

    btw,gud luck ye =)

    ReplyDelete
  5. SETUJU....
    USAHA DULU..
    BARU TAWAKKAL...
    JANGE DUK TAWAKKAL JAH TANPA USAHA..HUHU

    ReplyDelete
  6. usaha tangga kejayaan! pastu jgn la byk mgeluh sgt..hihi

    ReplyDelete
  7. haishhh gud luck^^

    ReplyDelete
  8. awak. awak.
    kite harap awak study bersungguh2.
    agar dapat menjawap semua soalan yang diberi.
    :)

    ReplyDelete
  9. G.luck HJ.... moga berjaya...

    ReplyDelete
  10. good luck, buat yang terbaik.
    banyak2 doa okay :)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum H.J....semoga dipermudahkan semuanya yer...:)

    ReplyDelete
  12. you need a very strong 'DUIT' right now. these are all doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal.
    i wish you all the best..make it easy..

    ReplyDelete
  13. Good luck yea... Tawakal memang patut teman kan kita dari mula hingga akhir...

    ReplyDelete
  14. Haha cool ok :) Jwb elok-elok, hihi^^

    Good Luck tau.

    ReplyDelete
  15. ye kena tenang kan hati .. insyaallah akan boleh jawab dengan baik :)

    ReplyDelete
  16. Tawakal awal dan akhir.yg akhir tu kalau dah takleh sgt jawab.tawakal je goreng mana patut.hihi.

    Pe pon gud luck for your exam ye.

    ReplyDelete
  17. usaha tu plg penting..:)

    good luck!

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.