Skip to main content

berhati hati dalam bulan muharam

Apa macam masuk bulan Muharam? Bulan pertama dalam kalendar Islam untuk tahun baru hijrah. Mesti ramai je  blogger yang dok update pasal kelebihan bulan Muharam yang mana terdapat didalamnya hari Asyura iaitu jatuh pada 10 haribulan.

Mesti ramai je antara kita yang nak share kelebihan dan fadhilat berpuasa di hari Asyura. Mencari rujukan di mana mana dan di antaranya yang share status friend kat wall FB dan dibawa masuk ke entry blog. Bagus..memang satu usaha bagus dalam kalangan blogger yang ingin menyemarakkan dakwah agar reader2 mendapat ilmu dan juga beramal dengannya..

Cuma kadangkala tu..kita terlepas pandang dengan entry kita. Dapat je fadhilat ataupun kelebihan Muharam/Hari Asyura, terus je kita post buat entry. Kebiasaanya fahdilat ini selalu disandarkan kepada sabda Nabi Muhammad s.a.w. Seharusnya kita memeriksa sama ada benda yang ingin kita sebarkan tu betul betul sahih ataupun tidak.

Antara satu kelebihan ataupun fadhilat yang didustakan atas nama Nabi Muhammad s.a.w untuk sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura : " sesiapa yang berpuasa di hari Asyura, Allah menulis baginya ibadah selama 2 tahun ". Ini merupakan salah satu hadis maudu' yang sangat popular kat wall fb aku. So, selamat berpuasa pada 9 dan 10 Muharam. Wassalam.

**entry nampak meced ke..?

Comments

  1. ngeh3...btol la tuh..sume dok share hadis yg last tu kat FB..
    :)

    ReplyDelete
  2. erm benar2~ entry sye pgi ni dan lepas juga tentang bulan Muharram...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum H.J....nice n3 ni boleh kita berkongsi sesama bloggerkn...:)

    ReplyDelete
  4. aku x pernah dgar hadis nie..bru tau

    ReplyDelete
  5. byk fadilatnya..

    jom kita pergandakan amal ibadah

    =_=

    ReplyDelete
  6. hati2 menyebarkan dakwah, takut tak benar benda yg disebar.


    HJ,meced tu apa?

    ReplyDelete
  7. yaaa..anda sudah semakin meced..ehehe..makin tua maken matang kann ^_^

    ReplyDelete
  8. timo kasih sbb tulom ngigat kan...

    ReplyDelete
  9. entry je meced
    orgnye xkot huhh

    ReplyDelete
  10. a'ah..kena pastikan betul baru sebarkan. kalau tak pasti...jgn suka2 sebarkan.

    *yelah..HJ mcm lain, matured!
    dah ke arah jadi pemimpin keluarga ya?

    ReplyDelete
  11. indeed, blog post yang menceritakan something that beneficial to read is very good to be read and so with this..:)

    ReplyDelete
  12. Jgn sebarkan benda yg kita tak pasti.... Bahaya.

    ReplyDelete
  13. apa pn kita kena ikhlas la kan? kalau puasa ka buat apa pn semata2 ganjaran, rasa tak terkesan dalam ati tu.

    ReplyDelete
  14. hmmm tu la...kdg2 kita tak perasaan taraf sesuatu hadith dan main lontar keluar je....baru nak ambik berat pun pasai kena buat assigment psl hadith dhaif pro dan kontra dlm pengistinbatan hukum..kdg kita amek remeh je..huhu..(baru nak tersedar nie )

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.