Skip to main content

bila musim dingin



musim sejuk datang lagi seperti kebiasaannya. bagi yang dok kat benua arab ni..sememangnya musim sejuk ni ditunggu kerana pedih mengharungi musim panas. pedih tu orang yang pernah merasainya sahaja dapat tahu tahap kepedihannya.

musim sejuk tahun ni rasa macam lain plak dengan musim sejuk tahun lepas. aku rasa macam tahun ni lebih sejuk je..sampai tak mandi untuk seminggu tu perkara biasa je. cuma kadang kala..sejuk yang melampau ini tak selesa jugak.manusia.selalu je merasa tak cukup.musim panas datang nak musim sejuk.musim sejuk mari nak suam2 plak..tapi..ingat..jangan sesekali kita menghina cuaca., tak kira sejuk mahupun panas kerana Allah lah pentadbirnya.

kalo kak LM kita tu..masuk musim, terus je dia demam..harap harap cepat sembuh ye kak.perubahan suhu yang mendadak kot.kata ulama, musim sejuk adalah rahmat yang besar buat orang orang mukmin..tau tak apa pasal ulama cakap macam tu..? kalo kat malaysia..musim sejuk tu macam musim hujan la.hujan pom sejuk jugak.betul tak..?

musim sejuk adalah rahmat dan diibarat seperti taman yang indah buat orang beriman. musim sejuk adalah hari yang terbaik untuk puasa. ye la..sejuk kan..?dahaga pom kurang..yang mana amalkan puasa hari isnin khamis tu memang tabik la. kalo kat sini..musim sejuk malamnya panjang dan siangnya singkat. dalam pukul 5.30 dah subuh dan dalam pukul 5.30 dah maghrib.

malam yang panjang ini digunakan oleh orangorang yang kuat imannya untuk bangun dan bermunajat di penghujung malam. senangla kan..?dalam pukul 10 tu dah boleh masuk tido..cuma aku..pukul 10 tu tengah mencari aktiviti untuk dilakukan..hoho.iman tak terlampau kuat..

Comments

  1. kalo gitu, puasanya kejap je ke? err

    ReplyDelete
  2. salam HJ

    amin, terima kasih mendoakan kami sht kembali.wahh 10 degree ke kat sana?kat sini 11 degree semalam pun dah tak tahan..huhu.tahun ni mmg mungkin lbh sejuk agaknya sbb last year tak la camni cpt sejuknyer..gigil~~


    posa jap je musim sejuk.best gak kan?

    ReplyDelete
  3. adikku HJ
    salam dari bumi malaysia buat kamu

    thanks tinggalkan jejak di blog kak..
    kak sibyk dgn kedai.. dah kurang BW sangat..
    kalau masuk blog kawan2 sebab depa singgah..

    bukan tak sudi berkawan.. tapi tulah.. kerja kedai makan nie sibuknya lain macam..

    dik, jaga kesihatan, lydia dh makin sihat tu...

    ReplyDelete
  4. posa musim sejuk, bikin perut cepat lapo

    ReplyDelete
  5. wah seronoknya..

    awal tdo awal bangun x?heee

    ReplyDelete
  6. lelaki punbolehjoin GA tu..:D

    ReplyDelete
  7. hujan-hujan ni memang sedap puasa walaupun cepat lapar .
    alhamdulillah da dekat seminggu puasa . hihii

    jaga kesihatan kalau cuca sejuk abg H.J . ececehh -_-

    ReplyDelete
  8. musim sejuk mcm tu..tak mandi pun takpe, tak masam!

    ReplyDelete
  9. wah haji rajin updte la

    sejuk eh..patut aku book flite g madinah..mencari kesejukan hehe

    ReplyDelete
  10. huuhh..10C tu...confirm sejuk la...

    #seminggu tak mandi...kalau kat malaysia...da jadi apa da seminggu tak mandi ni...hee~

    ReplyDelete
  11. dah lame tak singgah sini..dah berwajah baru lahh

    ReplyDelete
  12. kat malaysia nie punn panas dik .. kalau mlm x pasang aircond x tahulah

    kalau ada musim sejuk mcm nie kan best huhuh

    ReplyDelete
  13. kt kuala pilah,n9 pn sejuk je ~~ da mcm oversea je..

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum H.J...kalau kita berpuasa masa berpuasa tu jadi singkat jer la kn...:)

    ReplyDelete
  15. kat tawau ni pun cuaca sejuk ja.. alhamdulillah.. dapat santai2 dengan lenanya atas katil

    ReplyDelete
  16. Sejuk genting pun msred tak tahan.... Kena makan sup kambing bagi panas sket badan...

    ReplyDelete
  17. ooo mak aii..mesti sejuk giler..
    mesti pakai khuf x..

    ReplyDelete
  18. mesti sejuk sangat2. jaga diri di sana sahabat.

    ReplyDelete
  19. wahhhhh sejuk nyee kat sana.
    jaga kesihatan tauuu.
    :)

    ReplyDelete
  20. wah..best nye sejuk..lena tido gitu..wee

    ReplyDelete
  21. 10degree?? huhuhu.. mahu beku nie...

    ReplyDelete
  22. 10 darjah celcius, sejuk tu.. 14 pun dah tak tahan.

    ya, tak baik hina/keji cuaca kan. ALLAH yang tadbir.

    Oo, elokkan berpuasa ya. ingatkan elokkan solat (solat waktu hujan lebat)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.