Skip to main content

Posts

Showing posts with the label outdoor

BERBASIKAL DAN CAMPING DI LATA Y, KUALA KRAI - PART 2

Berlatang belakang Air Terjun Lata Y Ini adalah sambungan kepada bahagian 1. Sesiapa yang nak baca bahagian 1 boleh klik di sini . Perjalanan kami diteruskan. Belum sampai separuh perjalanan lagi. Ada lebih kurang 12 KM untuk sampai ke Lata Y. Dalam perjalanan, terdapat sebuah campsite yang cantik dan betul-betul berada di tepi sungai. Dari jalan balak, boleh nampak dengan jelas sebab kem itu rendah sikit berbanding dengan jalan. Kami tak turun jadi tak pasti cantik ke tidak suasananya.  View dari campsite Kebanyakan orang yang berbasikal ke Lata Y, mereka akan singgah di campsite ini. Bermalam dan rehat-rehat sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya ke Lata Y. Kami mengambil keputusan untuk terus lajak ke Lata Y. Lagipun dekat campsite itu nampak penuh dengan orang. Katanya ada kem yang diadakan oleh guru-guru seluruh negeri Kelantan. Latihan Jurulatih Kokurikulum. Kami meneruskan dengan rancangan asal untuk terus ke Lata Y dan bermalam di sana. Serius tak tipu. Airnya menghijau

BERBASIKAL DAN CAMPING DI LATA Y, KUALA KRAI - PART 1

Air Terjun yang berbentuk huruf Y. Sudah banyak kali melintas di wall Facebook aku gambar Lata Y. Sungguh cantik. Airnya membiru, seperti kolam renang. Air terjun yang bercabang dua dan turun menjadi satu seakan huruf Y. Ahhh... seolah memanggil untuk menjenguk keindahan alam di sana. DI MANA LATA Y? Lata Y ini terletak di daerah Kuala Krai dan lebih tepat lagi berada di Batu Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan. Ianya hampir dengan sempadan negeri Terengganu. Dari Batu Mengkebang, perlu lalu jalan balak sejauh 19 KM untuk bertemu dengan Lata Y. Jalan balaknya masih aktif dengan lori-lori balak yang keluar masuk. Kalau search dalam google maps, ada tempat yang bertanda Lata Y. Kalau yang tak pernah sampai lagi dan plan nak berbasikal, download maps kawasan tersebut untuk digunakan ketika offline. Line telefon memang tak ada dekat sana. Kalau download siap-siap offline maps, nanti boleh guna biarpun tak ada data internet. PLAN LAST MINIT Aku punya plan adalah plan last minit. Plannya adalah

LATA MAWO : SATU LAGI 'HIDDEN GEM' DI JELI?

Lata Mawo, Jeli. Belum lagi ramai pengunjung. Selepas pulang dari hiking Bukit Salor baru-baru ini , guide aku, Kak Adah telah buat satu deal untuk masuk ke Lata Mawo dengan kenalannya. Katanya tempat ini baru sangat dijumpai oleh orang tempatan. Aku cakap okay saja memandangkan hari masih lagi cerah dan panjang. Lata Mawo. Tak pernah dengar. Cantik ke? Menarik ke? Itu pertanyaan yang buat aku jadi bertambah nak masuk tengok macam mana rupanya. Mungkin boleh jadi antara salah satu tempat menarik di Jeli dan juga tempat menarik di Kelantan. Untuk masuk ke tempat ini, perlu menggunakan powil ( four wheel ) atau pick-up truck . Jalan balak dan dan kena menaiki bukit. Ada lopak air dan kena melintasi anak sungai. Kalau pergi dengan kereta Iswara, memang jahanam la kereta. Lagi-lagi kereta tu lowered. Powil yang digunakan untuk mengangkut pengunjung. Jalannya masuk ke Kampung Batu Melintang. Terus sahaja menuju ke Empangan Pergau dan simpangnya sebelah kanan sebelum sampai di Empangan Perga

4 TIPS CAMPING DI PULAU RHU, TERENGGANU

Nun di sana 'view' Bukit Kluang Siapa sangka, pulau yang nampak dengan jelas bila berada di puncak Bukit Kluang itu adalah Pulau Rhu yang boleh tahan cantik dan sangat sesuai untuk berkhemah atau camping. Biasanya, semua orang mesti perasan akan sebuah pulau yang sangat dekat dengan Pantai Bukit Kluang. Itulah Pulau Rhu. . Tak tahu Bukit Kluang? Bukit Kluang terletak di Besut, Terengganu. Tak tahu di mana Terengganu? Ternyata anda adalah seorang anak Alien! . Bagi penggemar camping, ini adalah satu port yang sangat sesuai kerana tempatnya banyak dengan pokok Rhu. Mana-mana tempat boleh hampar khemah dan gantung hammock dengan angin pantai yang lembut membelai wajah, bertentangan pulau dengan pemandangan Bukit Kluang. Ahhh.. memang memukau. . Untuk ke tempat ini, hanya boleh sampai dengan bot dengan bayaran RM 20 untuk pergi balik. Setakat ini, tidak ada lagi orang yang pergi ke pulau tersebut dengan berenang. Dengan kayak mungkin ada. Tapi tak disarankan sekiranya terjadi trage

TRIP CAMPING SAMBIL MEMANCING DI JELI

Adakah dipanggil rancangan sekiranya rancangan tersebut tidak dirancang? Kita namakan sahaja ianya rancangan yang tidak dirancang. Rancangan untuk pergi memancing di kawasan sungai yang bersambung dan bersimpang siur dengan Sungai Renyuk telah dirancang oleh Kak Adah atau lebih popular dengan nama Mami. Aku pun tak tahu kenapa Kak Adah ni membahasakan diri dia dengan nama Mami. Mungkin dia rasa dia sudah lanjut usia dan anggap semua orang di sekelilingnya adalah anak-anak dia. Jadi, semua orang akan panggil dia dengan nama Mami. Boleh ke macam tu? Hahaha. Rancangan dia dalam group whatsapp tu bukan kemain lengkap dengan tentatif dan menu untuk makan sepanjang trip tersebut. Maklumlah, trip ni adalah trip bermalam. Masuk hutan pada petang Khamis, dan keluar pada pagi Jumaat. Ianya lebih kepada trip camping sambil memancing. Tarikh sudah dipacak. Semua bersetuju untuk jumpa di rumah Mok Bibi. Ikut pelan, powil akan bergerak pada jam 6 petang. Tapi, senyum saja sebab ni Gen

TRIP GUNUNG YONG YAP - PART 2

Bersambung part-2. Boleh baca part 1  di sini . 20 APRIL 2019 4.00 gerak Mengikut plan asal gogo, kami akan bergerak pada pukul 3 pagi. Mungkin masing-masing letih dan terlajak tidur. Kalau nak gerak pukul 3 pagi, pukul 2.30 pagi dah kena bangun untuk prepare. Mesti bangun pukul 3.30 pagi, baru boleh gerak pukul 4. Sebenarnya time management kena jaga juga supaya tidak lari dengan rancangan gogo. Naik awal, boleh la dapat sampai puncak tu awal. Dapat kejar sunrise dan tengok cantiknya matahari terbit di puncak gunung. Shalaby Tapi, kalau dah terbiasa melayan tidur, memang susah la nak bangun. Nak buka mata lagi. Tidur pula sedap. Sejuk dengan angin hutan yang perlahan-lahan meniup badan yang berselimut dengan sleeping bag. Memang satu cubaan betul untuk bangkit dari tidur. Alang-alang dah sampai, takkan tak nak sampai dekat puncak kan disebabkan nak melayan tidur? Kami gerak dengan Jula di hadapan selaku guide. Aku, Beji, Koha, Shalaby, Kak Adah dan juga Kak