Skip to main content

Politik dan Kehidupan

Nun jauh di Malaysia mesti tak habis lagi pasal politik. Tajuk entry pun aku nak letak perkataan politik jee. Haha. Dah memang sebati dah politik dengan kaum melayu ni. Pelbagai isu hangat dimainkan sekarang ni. Pelbagai manifesto sibuk dijulang. Lepas PRU nanti, redalah sikit tu. Tunggu 5 tahun lagi untuk hangat kembali. Tunggu manifesto baru pula. Kita lupakan manifesto yang tak terlaksana.

Ni bukan entry politik, ni adalah entry bebas. Tidak terikat dengan mana - mana parti politik. Tidak terikat dengan mana - mana syarikat kerajaan. Hanya seorang yang miliki account google dan menggunakan khidmat google blog untuk menulis. Hehe. Kalau google bertanding, menang besar ni.
Ni juga bukan nak cerita pasal google. Sebernarnya ini adalah cerita kehidupan. Manusia seperti kita ni, tak kira dari parti apa pun.. kerja apa pun, asalkan dia itu adalah keturunan adam dan hawa, semuanya akan menjalani empat peringkat yang kehidupan.

Itu adalah kepercayaan Islam. Lain dengan kepercayaan agama lain. Kalau agama Hindu, ada banyak kehidupan, tak ada last, tak ada kehidupan. Asyik hidup menjelma jadi orang lain. Kalau buat jahat, then mati... lepas tu dia akan hidup lagi dalam jelmaan jasad orang lain. Kalau hidup sebelum tu diorang jahat, kehidupan selepas itu mereka akan diberi pilihan untuk bertaubat. Karma katakan. Nanti dah habis manusia kat bumi ni habis la kot kehiupan diorang. Sebab tu keling kalau gaduh rela mati sebab tahu diorang akan hidup balik. hehe. Ini bukan nak mengata Karpal Singh yang menolak hudud ye.

Sekarang kita telah berada diperingkat kedua dalam peringkat kehidupan. Iaitu hidup di dunia dan di atas muka bumi. Peringkat pertamanya kita semua sudah melepasinya ketika kita berada di rahim ibu kita. Ketika mana ditiupkan roh kita ke dalam jasad. Ketika itu kita sudah hidup, berada di dalam janin. Tapi, semuanya memori teringah kat sana kita lupa. Memori kehidupan mereka masa tu. Sudah tidak ingat apa yang mereka lakukan selama 9 bulan di sana. Masa tu kita juga tidak tahu betapa peritnya ibu kita menanggung sakit.

Hanya tinggal dua lagi baki kehidupan kita. Iaitu hidup di alam barzakh atau pun di alam kubur. Tak perlu risau kerana kita semua pasti akan melaluinya. Setiap orang kubur masing - masing kan.. ? Sibuk buat apa kan..? Last sekali adalah kehidupan di akhirat. Kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Kehidupan yang kekal abadi. Bergembiralah orang yang kekal hidupnya di syurga, dan meranalah orang yang kekal hidupnya di neraka Allah.

**Lelaki itu punya tanggungjawab yang besar. Bimbinglah isteri kamu dan ahli keluarga kamu menuju syurga kerana kamu adalah ketua mereka. Setuju tak FA? Heee

Comments

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yang ci