Skip to main content

CELOTEH WEST BROM VS ARSENAL

Nampaknya game Liga Inggeris bermain lebih awal sekarang dan ini bermakna peminat bola sepak liga inggeris di Malaysia tidak perlu mendera mata kuyu mereka untuk menonton perlawanan pada lewat malam lagi. Game Arsenal dan West Brom pada awal malam ni ye. Maybe orang bujang nampak masih di awal malam, orang dah berkahwin mungkin ala - ala lewat.

Kita perlukan team kita untuk menang kesemua 8 lagi baki perlawanan. Kita perlu menang untuk mendaki di puncak liga biarpun bayangan kedudukan no satu tu sudah tidak kelihatan. Paling puncak sudah runtuh. Paling kurang kita perlu duduk di tempat ketiga ataupun keempat untuk melayakkan kita merebut piala UCL pada musim depan.

"Sudah sudah la Arsenal, sembang kosong je.." haha.. tu para haters Arsenal. Biarkan diorang. Kita tumpukan match kita malam nanti. Nampak yang performance player Arsenal sedikit up sekarang ni dengan menangnya kita ke atas Reading biar pun kita tidak layak untuk mara diperingkat UCL. Gervinho yang aku selalu kutuk dulu semakin menjadi. Aku pun hairan, formula apa yang Wenger bagi kat budak ni. Nampak dia boleh menyeimbangkan team bila mana Wilshere mengisi bangku pemain yang cedera.

Gervinho dan Rosicky. Harap - harap dua orang ni dapat beraksi pada malam nanti. Kira malam la waktu malaysia even kat sana diorang main pukul 3 petang. Haha. Apa - apa pun kita biar kan papa Wenger uruskan tactical yang macam mana, lepas tu serah kan job itu kepada player - player Arsenal untuk mempamerkan di atas  padang. Kita yang duduk kat luar ni, just tengok diorang main dan cukup 90 minit, kita akan tahu Arsnela menangatau kalah. Then, decide... layakkah kita jadi fans Arsenal. hihi

Comments

  1. eh..
    8 game lg ker season nie
    x amik port sgt season ni..
    gara2 team chelsea aku season ni wah mcm2 hal..
    tunggu next season jose murinho kembali..
    hahaha.

    ReplyDelete
  2. jom men game badminton kat tepon :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

Selamat Tahun Baru 2014

Entry pertama untuk tahun 2014. Tahun baru tidak ada makna buat student yang berkesedudukan dengan final exam pada 1 January. Tarikh satu January tidak penting. Apa yang penting adalah menghitung tarikh untuk last paper. Setiap malam dan setiap hari menghitung detik last paper. Stress menghambat.  Memaksa otak untuk berpenat lelah. Memerah otak, mengembangkan kapasiti simpanan dan bersiap sedia untuk dimuntahkan pada esok hari. Kekadang bila fikir pasal study, akan ada satu perasaan yang menghasut jiwa untuk merasakan yang alam study ni penuh dengan tekanan. Berasa yang alam study ni satu alam yang penuh dengan stress dan ingin cepat - cepat masuk ke alam pekerjaan. Sedangkan dalam masa yang sama, orang - orang yang berada dalam alam pekerjaan merasakan yang mereka merasa indah dan seronok bila berada dalam alam pengajian. sama ada alam persekolahan mahupun alam universiti. Nampak di situ? Manusia tak pernah merasa bersyukur. Tak pernah merasa cukup. Haha. Bagi student yan...

CERAMAH PERDANA USTAZ AZHAR IDRUS 21 OGOS INI!!

Sesiapa yang ada masa dan kesihatan tubuh badan, jemputlah datang ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Dalam poster dah bagitau dan sudah pesan supaya bawa alas dan lapik duduk awal - awal sebab tempat duduk biasanya akan tidak mencukupi. Bawak sejadah lagi sedap, macam tempat duduk ala - ala VIP gitu. **Luangkan masa untuk ilmu, insyaAllah berguna dunia dan akhirat.

Emirates Cup : Kalah Tipis Dengan Monaco 0 - 1

Kalau semalam punya entry bukan kemain lagi gembira sebab Arsenal menang besar dengan Benfica. Tu cerita semalam, tapi nampak gayanya hari ni kena sedih sikit sebab Arsenal kalah tipis dengan AS Monaco. Sebab tu orang - orang tua kata, jangan nak beriya sangat masa kita tengah berada dekat atas, kerana ada masanya kita akan berada di bawah. Macam roda la kalau nak contoh yang lebih tepat lagi. Kalau roda kecik, dia rotate cepat sikit. Duduk dekat atas cepat, dekat bawah pun cepat.